Assalamualaikum....
Dah lama saya nak berkongsi cerita yang satu ini..tak berkesempatan sebelum ni..kisahnya haritu saya menghadiri sambutan maulidurrasul 1434H...tajuk ceramah agama ialah rahmatan lil 'alamin...atau bermaksud rahmat seluruh alam...
Penyampaian ceramah ustaz tu memang mantap...sebak di dada bila dia menceritakan tentang akhlak Rasulullah S.A.W...Dalam pada tu diselitkan juga lawak jenaka yang tidak keterlaluan dan siap menyanyi lagu Rahmat rockers lama tu..
Ceramahnya banyak berkisar perihal akhlak nabi. Nabi Muhammad ialah seorang insan yang paling banyak senyum..menarik sekali bila ustaz sentuh tentang akhlak nabi kerana islam itu ialah akhlak...akhlak yang baik perlu seiring dengan hati yang baik. Pernah tak dengar orang berkata begini "aku ni mulut je jahat tapi hati aku baik"...kalau saya memang pernah dengar orang cakap gini. Jadi ustaz kata kalau ada yang cakap gitu tak betul sebenarnya sebab orang yang mulutnya jahat mana mungkin hatinya baik..
Yang paling seronok Ustaz kata amalan paling baik ialah sedekah. Sedekah ni besar maknanya dan bukan terhad sedekah duit saja. Senyum sedekah, buang kayu di jalan sedekah, tolong angkat barang kawan sedekah. Sedekah yang paling besar pahala disisi Allah kata Ustaz pula ialah seorang suami yang menyuapkan makanan ke mulut isterinya. Menarikkan...:-)semua hadirin pakat seronok bila tahu ni...hihihi..Jadi, Ustaz cakap balik rumah karang pakat bagitahu kat pasangan masing masing suruh suap nanti waktu makan untuk dapat pahala banyak:)
Kadang kita malu kan nak suruh pasangan kita suap makan, tapi bila ada reason macam ni seronok pulak rasa nak usik suami suruh suap makan...
Menyelit sikit..Nasi dagang kat atas ni beli kat kiosk IPR masa pergi follow up semalam. Sedaplah. Suka sambal dia pedas. Tapi yang ni makan suap sendiri. Hubby takda waktu ni pergi tempat lain ada hal.Hihi. Selamat bercuti cuti sekolah. Saya pun cuti juga Khamis dan Jumaat depan, insyaAllah..
15 comments:
Betul ni... Kalau tolong orang dengan ikhlas tentunya makin berkat kehidupan kita.
memberi makan kepada isteri adalah satu sedekah:)
best kan bile suami suap makan...hihihi;p
tak merasapun hubby suapkan makanan ke mulut..
tertarik: orang yang mulutnya jahat mana mungkin hatinya baik..
senang dibuat,tp besar pahalnya...betapa pemurahnya ALLAH...disamping tu dapat mengeratkan hubungan suami isteri
he he he...saya memang selalu disuap oleh betterhalf pun...
Sy baru pasan, skg ni klu mkn kat luar...dah jarang kami suap-menyuap antara satu sama lain. Haihhhh!
Tapi klu main2 suap kat luar, agak2 org mengata gedik tak? Huhuhuhu...
Terus rasa nak gi beli nasi dagang, makan sepinggan dgn wife dan suapkan..hihihih...
Isteri yg hari2 masakkan utk suami & anak anak, pun sedekah...setiap amalan kita, kalau ikhlas...itu sedekah...indah kan Islam ;)
Daku paling suka makan disuap suami..keh3. Kdg macam segan juga org tengok....tapi macam buat xpeduli. Haha. Pernah le beberapa kali habis sebungkus nasi dia suapkan....mengada x? Haha
Jom amalkan!!. Bestnyaa.... tentu menambah kebahagiaan.
kadang2 selalu juga nak manja2 minta suami suapkan.... ekekekke, nasib baik suami pun layan jer karenah si isteri ni :)
lama dah hubby knur tak suapkan. asyik kita dok suap anak2 mkn je ni. hehe
BAGUS NI, LEH SURUH SUAMI BACA NI, MASALAHNYA DIA MALU SGT...HIHI....
EH TERCAPS LOCK....SOWI...
saya dan suami kadang suap menyuap je... yang pelik tu, bila kami suami isteri suap.. org keliling pandang semacam... tapi bila pasangan yang belum halal tu suap menyuap... tak pulak pandang semacam... haih pelik!
Indahnya Islam tu kan, yang kecil2 tapi sangat melekat dihati.
baru bertambah sayang :)
Post a Comment