January 30, 2012

Tak mahu naik motor lagi!

Salam semua...

Dah berapa hari tak update. Maklumlah cuti seminggu. Blog pun cuti. Bukan saya sengaja. Kelajuan broadband di kampung amat lah mendukacitakan. Semput. Hidup segan mati tak mahu. Hihi. Connected tapi no internet access. Berblogwalking pun guna handphone saja. Jadi susah nak tinggalkan komen. Maaflah saya rindu kamu sebenarnya. Nanti saya jalan jalan ye. Ecehwah.:)

Banyak cerita ingin dikongsi. Tapi yang satu ini saya kongsi dulu. Kejadian hari Sabtu.

Mikael ni kalau balik kampung suka sangat mengajak mak usunya naik motor. Mak usu pun suka naik motor juga. Hihi. Hari sabtu itu saja sampai 3 kali pusing kampung naik motor. Dan yang kali ketiga sungguhla malang itu tak berbau...Mak usu , Mikael dan Muaz jatuh motor!Sudahnya dapat satu benjol sebesar telur gred C di dahi dan benjol juga di kaki kiri. Huhu. Mujurlah tak patah riuk. Mak usu pula lebam di kaki. Mujur Muaz takda apa apa. Jenuh juga mak usu dibebel aki dan en suami saya.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari kejadian. Ini selepas di tuam dengan air panas berbalut towel. Punyalah bercinta masa nak tuam ni. Nak baba je pulak yang tuam. Tak mahu mama. Haishh...demand bujang sorang ni. Benjol telur dah jadi leper sikit.


Ini kat kaki. Kurang sikit ni. Tapi biru juga. Syukurlah tak teruk sangat.



Ini gambar semalam. Dah boleh senyum. Siap boleh lari walau kaki kiri masih bengkak dan sakit. Benjol di dahi dah makin kurang. Jadi hari ni saya sambungkan cutikan Mikael lagi(baca: ponteng). Kesian pula nak hantar ke school dengan kepala masih merah. Mungkin esok dah ok sikit. Bila tanya dia nak naik motor lagi tak? Terus geleng. Tak mahu. Serik terus dia. Tapi dia kata kalau baba yang bawa motor dia mahu!Hihi...Mikael memang strong boy..;)

Saya rasa semua orang ada pengalaman jatuh motor kan?Saya sendiri dulu pernah jatuh motor. Masa tu tingkatan 4. Habis koyak dagu. Huhu. Berparut hingga kini. Nasib parut tak ketara sangat.Sekarang ni memang dah tak berani naik motor. Lesen motor pun takda. Bawa motor sesekali saja kalau balik kampung. Itupun dalam kampung saja. 


Harapnya cepatla surut merah kat kepala Mikael ni. Kesian dia. Tapi saya rasa tentu pengalaman ini ajar dia yang naik motor itu bukan untuk seronok saja.




11 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

alah ciannya mikael, nasib baik tak de apa-apa.tak tahan boleh tersenyum lagi. jatuh motor, scary cik ina pernah kena time pregnant.

Kakzakie Purvit said...

Itulah risiko naik motor kan tapi tak apa boleh adikan pengalaman bila besar kelak. Org yg tak ada kg tak rasa ini semua kan...

gadisBunga™ said...

lebam lebam pun comel. hehehe!!!

Mama3Q said...

keciannya mikael...bulat besor tu..tak tuam dgn ais batu yer..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

I kan dah terlalu lama tau tak naik motor, then satu ari tu blk kg.. konon2 nak kembali "menggedix" la kat kg.. merempit kejap, tetiba sampai selekoh lupa pulak kat mana nak tekan break.. ahhaha.. last2 termasuk semak, sib baik x jatuh parit. Sejak tu terus serik nk naik motor lg sampai la skrg.

faraherda.razalan said...

Ya Allah! TEruk benjol tu nak oi!!! Sy lak tersentuh hati tgk Mikael dok lebam sane sini.

Tapi tak pe....hero mst nak kene ade experience mcm nie. Baru hebat! Hahahah!

Kalamhati said...

huhu siannya dia..alhamdulillah jugak sbb tak teruk sangat..

Najwa.H said...

Nasib baik tak patah riuk.....strong boy!!

Dulu aku minah rempit, 5tahun bwk motor kat KL masa medical student. Pernah juga kena rompak masa bwk motor sorang2 depan bank darah Negara....

Sekarang aku dah pencen :)

idasm said...

kesian mikael. manis senyumnya tapi.. hehe.

ida pun ada pengalaman jatuh motor. berparut kaki. sampai sekarang x naik motor. lesen pun xde... hehe...

Syida said...

rasanya semua org ada tanda kat betis kene exhaust moto kan?

wahida said...

mmg pernah jatuh motor dulu...jatuh depan pakwe lak tu...huhu...malu okeh...


p/s: kesian mikael...besar betul lebam dia...cepat sembuh yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails