January 13, 2012

Mari biasakan dan betulkan dan kisah orang jakun naik bas

Biasakan apa yang betul


Betulkan apa yang biasa


Setuju?


Andai kita belum biasakan apa yang betul...biasakanlah sekarang

Selepas itu barulah kita betulkan apa yang biasa itu

Jangan cepat membuat tuduhan

Jangan mudah jadi penghukum

Diri kita terlalu indah dicipta untuk kita membezakan yang baik dan yang kurang baik


Gambar diatas. Sudah lama saya sebenarnya tidak naik bas. Mungkin yang terakhir semasa saya habis pengajian di universiti 5 tahun dulu.Kalau kawan saya itulah pengangkutan utamanya sebab dia tiada lesen memandu. Berjasa sungguh pengangkutan awam kepadanya. Kalau tiada bas atau teksi tak sampailah dia ke tempat kerja barangkali.


Buat saya.. sesekali naik bas seronok juga.Mengimbau kenangan zaman remaja. Berulang alik ke mana mana dengan bas. Yelah..ibubapa saya tiada kereta. Tiket bas kadang penuh dalam beg tidak dibuang. Hiks. Spesies suka simpan tiket. Itulah berjasanya pengangkutan awam untuk mereka yang tiada kenderaan seperti saya pada waktu itu. Memang sedikit penat untuk tunggu bas sampai tapi yang penting tak perlu pening kepala untuk cari parking.


Sesekali buat apa yang kurang biasa itu juga seronok dan beri kepuasan...


Do the right and do it always...Avoid the wrong and avoid it always...



Published with Blogger-droid v2.0.2

9 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya pun dah lama tak naik bas. Dulu zmn belajar selalu la naik.. best je rasa masa tu.

Skrg ni nak naik bas ekspress dah makin cuak2 rasa.. (sejak kes arwah Suzaily).

faraherda.razalan said...

Pic pertama tu kan mcm bas sy duk nek kat pekan AG dulu! Hiks!

Awak, agak2...mrh tak orang asli jakun bila bace tajuk entri awak? Huhuhuhu....ape kate kite tuka lak.

Kisah 2 org peghak! Hahahahahah!

Gurau je tau!

Unknown said...

alamak.. gambo tak keluar..



dah lama tak naik bas ni...


takut muntah.. erm.. aci tak alasan tu???

tapi LRT naik.... gian naik, asal pi KL ja angkut stroller Iman naik LRT

Rina Rahamat said...

sy pon dah lama x naik bas..ada anak kecil susahla nk naik bas :)

Unknown said...

kakyong pun dah lama tak naik bas.. lepas kahwin masih lagi naik bas.. even masa pregnant anak pertama dok turun naik bas jer pergi kerja, balik suami jemput..

skrg ni setelah hampir 4 tahun tak kerja. maka 4 tahun lah tak naik bas... lagipun xde sebab nak naik bas. .. pernah juga sesaja plan nak naik bas pergi town dgn anak, tp suami pulak tak bagi.. hihii

Mama3Q said...

kalau anak2 saya naik bas mesti jakun jugak, silap2 meraung kot...tak biasa kan...

idasm said...

time sekolah n study dulu, mmg bas banyak berjasa.
banyak kenangan jugak time naik bas ni...

Najwa.H said...

haha, lilly sama macam aku, asal gi KL je mesti angkut anak naik LRT.


dulu kat UKM kampus KL, kalau nak gi jalan2 ke ape, tunggu bas kat chow kit sampai berabuk muka ;)

Unknown said...

teraso lamo sgt dah xnaik bus...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails