Salam hujung minggu..
Sedar tak sedar dah 7 hari di Januari 2012. Tahun yang kalau boleh aku ingin capai apa yang belum. Agak berharap tak ayat aku ni..kehkehkeh...Siapa yang takda impian dan harapan kan..semua orang ada. Pastu, bila ku belek belek balik kalender 2011, baru perasankan sesuatu. Tahun lepas aku tak pergi melancong ke mana manapun! Setakat ulang alik balik kampung dan adala sekali haritu bermalam satu malam kat Golden Palm Tree Resort di Sepang.Sadis nya. Aku ni Kaki jalan sebenarnya. Bukan tak teringin nak ke mana mana tapi ada misi lain yang lebih memerlukan duit .Berbanding misi berjalan jalan. En suami selalu pujuk aku supaya dapat tahan keinginan tu. Tunggu tahun depan. Kata dia. Tahun depan tu tahun ni la. Yang baru 7 hari ni. Ok. Aku ada 359 harilagi!Ehcehwah...macam kejar dateline bagai.Sejujurnya, aku cemburu gak tengok kat mukabuku bila kawan kawan aku letak gambar gambar mereka melancong ke sana sini. Jeles mak aii...Murah rezeki diaorang berjalan sana sini. Takpalah aku tahan lagi.
Sekarang ni bagai aku tak sabar tunggu MATTA Fair.Kotla banyak diskaun. Dah tahap bengong kepala aku ni bila tak berjalan jauh. Rasa tepu je pemikiran aku. Bila berjalan dan mengembara ke satu tempat fikiran pun jadi tenang. Tak payah fikir soal kerja dan released stress.Pastu boleh tengok tempat orang, ragam orang, dan definisi melancong bagi aku dan encik suami mesti ada mandi manda tak kisahla kat pantai, air terjun atau swimming pool.Hehe..
"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah sunnah Allah,kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan(rasul-rasul)."
Quran, Ali Imran :137
Mengembara, melancong ni memang suruhan Allah.Tapi provided niat kita betullah bukan ke arah maksiat. Sebab tu kalau kita jalan jauh tujuannya maksiat kita tak dibolehkan solat jama'.Aku dengar ni kat radio ustaz bagitahu.Jangan tanya aku kenapa ye tapi aku fikir juga ada ke orang buat maksiat yang solat? Jawapan tu tepuk dada tanya iman...
Jadi, sekarang ni tengah berusaha mengumpul fulus yang ada untuk bercuti cuti dan berjalan jalan. Kalau diizinkan memang ingin sangat ke satu tempat ni...memang sangat teringin. Agak agak ada x orang nak sponsor?Kalau ada orang nak sponsor bgtahu yek..Kihkih. Aku gurau.
Sebelum ke 'laut' lebih jauh baikla aku berhenti. Nak sambung berangan melancong tempat aku teringin tuh. Hehe.
Okeh.Babai:-D
7 comments:
wakakaka..tu pasal jgn klik kat FB kalau ada gambar2 member gi melancong kalau takut jiwa terluka..ekekekek..
kalau rajin, susun sendiri itinerary + grab lowest fare seat kat AA, ni yg saya buat..kena rajin bertapa mengadap website AA!
selamat bercuti2...:)
Dz.
oh..kena rajin bertapa depan website AA yek..good idea nih!Tq..
kakyong pun dah lama lebih 3 tahun, tak melancong ke mana2..
sejak tak kerja ni, duit memang kena catu sikit.. x per lah mampu bertahan lagi.. as long tak sgt terperuk dlm rumah.. fine with me..
now hanya melancong melalui blog ajer.. ;)
jom..kita gi langkawi bulan depan.....? tp gaji dah kena potong rm2k sampai bulan 6 ni...tp hati membuak2 nak melancong gak ni...camnae?
Memang bagus gi melancong2 ni, selain bagus utk diri sendiri (release tensen).. utk anak2 juga, apatah lg bila anak kita tu dah ada "memory".. nt sampai besar dia ingat.
p/s : Byk2 tempat melancong... I paling takut gi Pulau sbb tak sanggup tengok org muntah2 sana sini mabuk atas feri... 2 jam atas tu..rasa mcm 2 bulan lamanya... gedix kan I... kekekeke. (sorry terpjg plak komen).
aduihhh....
teringin gak nak pi melancong...
tp kena tunggu adik keluar dulu.. asek tertangguhja, aci pi dekat2, cameron, tepen.. tuhja
kita pun takde pegi mana tahun lps.dah buat reservation bagai,tapi last-last kene cancel sbb papa ada keje.
tgh cuba kumpul duit nak cuti tahun ni pulak.jika ada rezeki.
Post a Comment