January 20, 2012

Anak anak tekno

Zaman teknologi.

Serbi serbi pantas, cepat, mudah dan senang yang kita mahu. Semuanya di hujung jari. Dail no saja, cakap sikit sikit sampaila McD depan pintu rumah setengah jam kemudian. Mudah kan hidup?

Dulu dulu orang nak cari makan pun susah. Masuk hutan bagai, gali tanah cari ubi untuk sumber kanji.

Sekarang ni semua senang sedia ada, asal ada duit hulur saja dah dapat barang yang diingini.

Samalah macam budak budak zaman sekarang, kecik kecik dah pandai ifon la, ai pad la, touch screen  kat smart phone tu jadi macam 'batu seremban' kegemaran. Itu belum pasal laptop, boleh kata dah masterla. Dah takda main baling selipar, galah panjang, dan dulu masa saya kecil selalu main jambatan merah sudah roboh. Haha..indahkan zaman kanak-kanak.Tak perlu teknologi.

Wah, kemain lain luahan perasaan. Eceh..

Sebenarnya nak cerita tentang Mikael anak sulung saya yang sekarang pandai minta macam macam. Lagi lagi lepas masuk playschool ni makin betah bercakap.

Ada satu malam tu minta belikan aircond dibilik dia. Mama, abang nak beli aircond....Di rumah saya hanya bilik saya ada aircond. Itupun jarang guna kecuali musim panas. Sejak Mikael school kami berjaya asingkan dia di biliknya sendiri. Dalam hati saya, eh, pandai pulak budak ni cakap nak beli aircond. Saya tanya dia, abang ada duit? Geleng. Diam. Pakai duit mama lah....hihi, dah agak dia akan cakap gitu. Kenapa nak aircond? Abang panas la, kipas tak cukup...Oklah, nanti mama ada duit lebih sikit mama beli ok. Dan, saya sudah berjanji padanya tanpa sedar. Janji kena tepati kan, nasib saya cakap kalau ada duit lebih sikit. Jadi bolehlah saya tangguh lagi permintaan dia.

Itu kisah pertama. Ada satu hari, encik suami bawa Mikael ke Jalan Pudu untuk cari barang sikit. Agaknya dia ternampak banyak kedai kedai jual playstation. Balik rumah, terus cakap kat saya. Mama, nanti belikan abang game ye, yang besar besar tu bole tekan tekan, sambil gayakan tangan dia dua dua belah. Saya fahamlah dia maksudkan playstation sebab dia pernah nampak playstation di rumah abang saya. Jawapan sama saya bagi, tapi saya kata tengok dulu ya abang, duit mama belum cukup ni. Hihi.Balik balik alasan sama. Haishhh....request dia semua boleh tahan dan masuk akal juga. Nasib dia tak request mac book ke,i pad ke...Botak kepala mama nak...


Pada saya kenalkan dan ajar anak teknologi ni perlu dengan keadaan semasa sekarang. Cumanya, kita kena pantau dan hadkan penggunaannya. Anak anak masih perlu diajar perkara semulajadi macam mak ayah kita ajar kita dulu, pergi tengok haiwan kat zoo, main main kat taman permainan , main masak masak atau paling senang main aci sembunyi. Seronok juga buat perkara yang tak perlu guna gajet canggih pun.  Malah, saya rasa ia lebih seronok. Minda anak anak pun boleh terbuka luas.


Tadi baru je selesai sambutan cny kat school dia. Nantila saya upload gambar kalau sempat. Lepas ni kami sama sama bercuti panjang. InsyaAllah blog tak cuti ye cuma mungkin kalau balik kampung broadband tidaklah laju macam F1. Jadi, mungkin kurang buat kunjungan ke rumah anda semua. Pst, kadang saya berkunjung melalui phone je cuma mungkin susah tinggal komen ye.

Ok, selamat bercuti dan semai kasih sayang dengan keluarga. Babai!




4 comments:

Unknown said...

betul2...


ingat lagi dulu2, tgk my cousins ambik gambar berdiri tepi tv yang ada pintu tu, siap tanya diorg.. "perluker amek gambo gitu?"

sekarang... budak2 kenal TV nipis tuh, kecik2 dah tau remote control, handphone..

mcm2...

cikpuanhady said...

betul2, budak zaman skang canggih btol..ingat kita2 dolu2 sek. men baru kenal komputer, hs segala bagai..

nak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater

thanks..

idasm said...

budak2 sekarang mmg canggih. Si amira tu... baru setahun setengah dah terer main ipad...

bertuah betul diorang ni kan...

Najwa.H said...

Zaman berbeza.. huhu. Kalau tunjuk gambar zaman dulu kat anak kita, mesti diorang gelak.

Aku bagi Irfan main iPad, kalau ke mall,asyik nak masuk toysrus,bankrap poket...huu.tapi bila balik kg, aku bawak dia main parit,,naik kubota,masuk kebun,macam2 aku tunjuk cara aku main dulu2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails