January 6, 2012

Karipap sardin dan drakula berwajah manusia



Karipap sardin.

Kecik cenonet.

Dijual 60 sen. Patutkah? Patutkah? Drakula berwajah manusia. Sejak bila pula harga tepung dan sardin naik?

Rasa sungguh ralat. Bila peniaga naikkan harga makanan dan barang sesuka hati. Yang terkilan lain di menu lain di mulut. Nak bertekak malas. Tapi kawan saya yg geram terus berkata ..." tak halal lg dua puluh sen!". Langsung tak beradab dengan pelanggan.


Kisah peniaga cekik darah ni ada kat mana mana.  Hanya segelintir. Ramai peniaga yang masih jujur.  Tidak mengambil keuntungan melampaui batas. Kadang hairan juga ya, ada orang boleh berlebih kurang tapi ada orang sangatlah berkira sampai air suam kosong pun kadang di letak harga 10sen!Kalau kat mamak kebiasaannya air kosong memang free dan ada setengah tu kalau hari Jumaat siap bg pisang free. Murah rezeki peniaga seperti ini insyaAllah...

Notakaki: Pernah makan di kedai yang ada orang lain tolong bayarkan tanpa pengetahuan. Bila ke kaunter minta bil cashier kata sudah bayar.Murah rezeki orang tu bersedekah kepada kami. Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.2

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Manusia bermacam ragam. Ada yg meraih untung tak kira dosa. Ada yg berniaga bukan sekadar untung tapi mencari berkat dlm hidup juga...

faraherda.razalan said...

Ok. Sy suke ini. Drakula berwajah manusia! Sy rs, terbaek! Hahahaha....


Rupa karipap tuh pun sy rs mcm rupa kerang busuk pun ade gak..Adehhh!

Dr K said...

huh, kat mana mamak yg kasik air suam free tu? hahaha..semua mamak yg saya pergi, dia charge 20 ke 30 sen..

Mama3Q said...

yang tolong bayarkan tu mesti secret admirer kan

idasm said...

restoran saya mmg saya kenakan air suam / air kosong 30 sen. bukan utk harga air tp utk servisnya. sebab kdg tu duduk berejam2 lepas tu dok order air kosong je memanjang sampai penuh meja.
tp kalau ambik sendiri mmg free. satu jug pun free.

Unknown said...

dz

ada yg charge free dekat area melawati ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails