January 3, 2012

Selamat bersekolah abang!

Salam semua..

Dah terperap lama sebenarnya entri ini. baru hari ini sempat di publish. Tentang Mikael. Dua minggu lepas sibuk dengan orientasi Mikael di tadika barunya.

Hari pertama bukan main bersemangat dia. Tapi mamanya lebih bersemangat. Bangun awal nak siapkan sarapan dan baju Mikael. Mikael siap bangun lambat lagi tapi bila dah bangun tak sabar terus nak ke school katanya. Saya dan encik suami turut 'berorientasi' temankan dia. jadi hari pertama tak nangislah sebaba mama dan baba temankan dia.


Malu malu lagi. Ini hari pertama orientasi. Belum pakai uniform sebab baru dapat. Rambut pun panjang belum potong.


Pakai tag nama supaya semua guru kenal dia. Tengok tu senyum simpul malu kucing.


Tengah dalam bulatan untuk menyanyi  nyanyi. Tapi Mikael sungguhla refused untuk singing. Memang dia sangat la pemalu.


Cat tangan untuk buat cop mohor. hehe.


Ini hari ke dua. Pakai T-shirt yang baru dapat. Seronok dapat buat topi angry bird. 


Muaz pun tak mahu kalah, nak juga. Walaupun Muaz belum nak masuk tadika lagi tapi dia nampak lagi bersemangat dan friendly.


Ini masa minum pagi. Hari ke 2 juga. Masuk hari ke 3 saya cuba tak teman dia. Cikgu kata Mikael menangis cari mama. Tapi sekejap je pastu dia ok. Cikgu kata boleh je dia singing masa saya takda. balik rumah pun siap ulang ulang lagu Twinkle twinkle little star walau banyak salah dan tunggang terbalik. Takpalah, beri dia masa. Umur pun baru 4 tahun. Biar dia meneroka lagi dunia baru persekolahan dia.

Esok, bermulalah sesi pertama dia. Risau juga ni. Harapnya dia dapat la sesuaikan diri.

Notakakiku: Tak pernah masuk tadika, terus loncat darjah satu. Melalak juga hari pertama sekolah....



Published with Blogger-droid v2.0.1

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Teringat masa kakcik hantar anak ke tadika. Kakcik biarkan dia melalak dalam kelas dan kakcik selamba je balik ke rumah. Akhirnya kini anak itu punya keyakinan diri yang tinggi (dah Tingkatan 3 pun). :)

Anum Amirza said...

semoga jadik anak yg cerdik pandai ye mikael...sekolah elok2....:))
mama mikael, kejab je anak2 da besar kan...emmmm...

Dr K said...

tadika ni fasa pengenalan anak anak sebelum ke sekolah darjah satu...

saya tak tahu apa perasan saya nanti masa anak saya masuk tadika! haha

Unknown said...

kakcik...

tula, budak budak ni kalau kita takda baru dia jadi diri sendiri dan berdikari kan..syukurlah anak kak cik dh jd seorang yg berkeyakinan...

Unknown said...

Anum

Thanks...terharu sebab rasa macam baru je lahirkan dia, tgk2 dah 4 tahun dia...

Unknown said...

DZ

betul tu, tak lama turn kamu pula...boleh mula survey dr sekarang tadika untuk ziyyad..;)

kurus said...

salam kenal dari akak

wahh abang sgt2 happy mula sek ya .. semoga abang terus berjaya ;)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tetiba teringat balik time the first day of school si bujang I.. nangis..ari2 nangis. Alhamdulillah bila dah nak naik darjah satu ni, dia pulak yg tak sabar2 nak sekolah. Lapang rasa fikiran ni.

Cik Sara said...

selamat bersekolah adik kecik.. salam perkenalan untuk mamanya..=D

Najwa.H said...

hantar anak mula sekolah, sure kena cuti seminggu ;)

Syida said...

esok dah start skolah untuk aqid juga.training untuk mandi pagi adalah sukses.3 minggu kita training woo....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails