December 9, 2011

Kau supermak, aku pun supermak!

Salam Jumaat semua...

Aku semacam blur harini;)

Bukan blur mata, tapi fikiranku;)Hah..Nak update pun macam kura kura, nasib kura kura bajet cun kulit dia

Masuk bulan ni dah 7 bulan aku takda maid a.k.a orang gaji.

Dulu sebelum maid aku habis kontrak aku seriau semacam.

Mana nak basuh baju, lipat baju, gosok baju, sapu rumah, mop lantai, cuci tandas, kemas rumah dan jaga anak!

Sungguh aku seriau tak terbuat semua itu!

Aku bukan perfectionist ataupun seseorang yang sangat sempurna. Tapi aku pun macam orang lain. Balik kerja nak rumah bersih, nak makan malam dah siap, nak anak dah siap mandi, nak baju dah siap cuci dan lipat. Pendek kata, akau nak relaks  jadi mem besar tuan puteri santubong bila balik rumah.

Tapi bila aku fikir fikir fikir fikir balik, tak fun la bila semua tu orang gaji buat!Takda kepuasan. Pastu rasa bengang je bila orang tak buat ikut cara kita. Contoh, aku tak suka baju blouse aku dilipat lagi suka di gantung. Jadi, end up baik aku buat sendiri!

Itulah yang jadi kat aku masa ada orang gaji.

Tapi since dah takda ni, eh...ok je, takla huru hara sangat hidup aku. Taklah penat sangat. Taklah kelam kabut sangat. Cuma pada aku suami isteri kena give and take la. Kalau semua isteri buat of course la fengsan. Jadi aku juga ingin tribute pada en hubby sebab dia sanggup tolong aku vakum rumah dan buang sampah walau di malam hari!

Memang aku akui rumah aku dah tak bermop hari hari. Tandas juga tidak bercuci hari hari. Tapi aku happy. Tiada strangers atau orang asing di rumah sendiri. Fun kan hidup aku. Walau setiap kali aku masak aku kena cuci sendiri pinggan mangkuk periuk belanga aku juga happy. Biar tiada orang gaji dari aku makan hati!

Ikhlas ke? Pada aku seseorang perempuan yang dah berkahwin dan ada anak akan serahkan sepenuh jiwa raga untuk keluarga. Pahala dan balasan itu urusan Tuhan.

Aku rasa aku tak perlu orang gaji dah. Ceh. Eksyen. Buat masa sekarang. Akan datang aku tak pasti. Hidup kan ibarat roda.

Jadi, takla teruk sangat kan? Supermak kata Najwa. Kau pun supermak juga la!Meh kita salute sama sama!


6 comments:

faraherda.razalan said...

Tangan sendiri lagi puas dr tangan org lain.

=D

Unknown said...

Betul...especially masak sendiri, walau hanya goreng telur mata kerbau!

Unknown said...

tak percaya pado maid...tambahan kakak papa mifz ado bad experience dg maid...

Mama3Q said...

pun tak percaya pada maid, dan tak pernah ada maid....semua buat sendiri..biar rumah sedikit sepah, tp hati bahagia takde strangers....lagipun kat fb pernah nampak video dr cctv somebody...maid tu pijak2 badan anak kecil umur 2 tahun gitu.....kesian sgt budak tu...mau patah riuk tulang blkg

Umialya said...

baik wat sndiri

Unknown said...

so far tak pernah putus pakai maid..rasa macam susah sgt time takde terutama bab nak uruskan anak2 bila balik sekolah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails