"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengahari kut."
"Dia pakai baju warna apa?"
"Tak pasti la tadi. Mungkin hitan atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."
Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"
"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."
"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik,"kata polis menamatkan sesi soal siasat.
????
Pengajaran:
Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya berbanding insan yang kita sayangi?Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.
Sumber: Solusi Isu No. 38
10 comments:
betullah kata orang, 5 tahun pertama itu untuk kita saling mengenali...
nak bg en.suami baca la jgk...hihihi..
mmg selalu begitu.. dpt pengajaran dr entry ni.. Alhamdulillah.. terima kasih yer..
Maknanya sisuami lebih sayangkan kereta dari isterinya. :(
Selalu mmg mcm tu. Klu nak siasat, kita tgk brg di samping org. Baru bley kesan.
=(
ish...tak guna tau suami mcm ni...huhu...
semua tak pasti. kesian si isteri...
:D
mgkin suami itu jenis bz..jd bersama kereta lbh bnyk bersama isteri..
atau juga dia x da kt rumah ms istri dia keluar
er...
saya mungkin macam suami isteri tersebut....
mnta nak share di wall fb..;)
Post a Comment