December 8, 2011

Jalan jalan cari makan: Chili's

Salam semua..:)

Jangan marah ye dengan gambar cili "besar" semalam tu, ada yg ingat saya nak tunjuk cili hidup besar punya, hikhikhik

Itu sebenarnya intro tempat saya makan-makan dengan geng bas sekolahkawan sekerja haritu



Kami makan kat Chili's KLCC, selalunya acara jalan jalan cari makan ini ialah setiap kali selepas masuk gaji:), macamla tebal sangat wallet tu nak kabor yerk, saya memang suka "treat" diri sendiri kononnya setelah penat bekerja jadi mau makan sedap!Ehcehwah..


Ini art kat atas meja, cantikkan, artistik


Ini saya makan, Mushroom Jack Fajitas. Ada mushroom of course, dan beef grill with cheese(suka betul makanan bercheezy, yummeh), ia dimakan bersama Tortilla di bawah, tortilla ini ialah bottomless(maksudnya boleh tambah dan agi dan lagi dan lagi, erkkk)







Ini Chicken Club Tacos,  ada grill chicken breast dalam tortilla. Siap ada nasi as side dish. Sedap ;)Sesuai untuk orang yang memang tak boleh kalau tak makan nasi satu hari.


Ini pula Chicken Quasedillas. Ada marinated chicken dalam tortilla. Lebih kurang macam Fajitas tapi yang ini dah siap dibubuh dalam tortilla.


Ini pula Classic Fajitas. Marinated chicken yang di grill juga. Lebih kurang macam Mushroom Jack Fajitas.


Tortilla dan beef tadi tu di sapu dan di makan dengan semua ni, iaitu krim masam yg putih tu, guacamole, pico de gallo dan cheese...


Macam biasa ice lemon tea untuk membasahkan tekak. Ia bottomless, boleh minum sampai kembung!

Bestla Chili's ni, tapi jangan selalu  pergi nanti boring(alasan). Jangan percaya.

Notakakiku: Cuba teka berapa keping tortilla aku makan?(teka je, takda hadiah ye)


Published with Blogger-droid v2.0.1

8 comments:

Dr K said...

Terus terasa nak pergi Chillis lepas baca entri ni..hahahaha..

Tortilla tu selalunya saya beli kat tesco aja..lepas tu wife buat lah ayam kari ke, ayam tandoori ke, fajitas ke...

faraherda.razalan said...

Wow! Mcm menarik. Tapi harga dia juga boleh thn kan?

gadisBunga™ said...

kenyangggg tgk gambo.... :D

Farah Deeb said...

tak pernah gi sini tapi dh tgk ni mcm teruja la plakkannnnn!

Anum Amirza said...

Alahai sedapnya......trus lapooo!

Najwa.H said...

Tak pernah gi chillis. Penang xde.....

Kalo Kami ke Kl lg, Fadilah belanja eh, ekeke.

H A N said...

wow!menggamit!harga dia macammana?...

Mama3Q said...

semua nama asing yang daku tak pernah makan...huhu sedey....kat jb ni takde tempat happening utk makan2...:(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails