December 31, 2011

Demi masa

'Demi masa


Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian


Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh


Dan berpesan-pesan kepada kebenaran


Dan berpesan-pesan kepada kesabaran'


Quran;Al-Asr


Tahun baru, moga semua impian dan hajat terlaksana...Amin;)


Syukur dipanjangkan usia...moga esok diwarnai pelangi ceria...


Published with Blogger-droid v2.0.2

December 30, 2011

Kita bukan sempurna

Salam semua.....;)

Dalam hidup ini ada masa

Kita perlu bersendiri

Biar saja orang anggap kita penting diri

Ada masa kita perlu menangis

Biar sahaja orang anggap kita ini beremosi sadis

Ada masa kita perlu berkata tidak

Walau ia menyakitkan hati sebelah pihak

Tak semua orang suka kita

Yang penting jangan sakiti hati mereka juga

Buat bodoh saja cuma jangan kita nampak bodoh

Tak semua orang sama macam kita

Jadi jangan cuba cari kesempurnaan orang sedang kita banyak kekurangan yang kita tak perasan pun...

Senyum....tak perlu kata apa apa:)

Published with Blogger-droid v2.0.2

December 27, 2011

Sedapnya serawa pulut durian.....

Salam semua;)

   







Musim hujan. Sejuk kadang hingga ke sum sum tulang. Angin kuat juga menambah kedinginan. Ehcehwah, berjiwa jiwa.

Serawa pulut durian adalah pilihan yang bagus. Panaskan badan. Dan bila badan sejuk makan itu mesti.
Alasan.hiks:)

Sebenarnya sedang berkira-kira untuk buat serawa pulut durian lagi.
Gambar di atas ialah dibuat 2 minggu lepas. Saja buat meleleh air liur sendiri. 
Kamu yang lihat kalau kamu itu 'hantu' durian, harus kecur liur juga.

Notakakiku: Bila sudah berhari tiada up date tak tahu nak update apa walau ada banyak cerita. Semuanya ingin dikongsi sampai tak terkongsi. Haish...



Published with Blogger-droid v2.0.1

December 23, 2011

Muaz dan limau

Salam jumaat penuh berkat


Muaz suka sangat makanan masam. Limau,asam, mangga muda. Semua dia belasah!


Paling suka limau!


Musim raya cina makin hampir


Banyaklah limau mandarin dijual.


Bila nak raya cina bukan cina saja suka limau.Melayu india pun berebut beli.Satu Malaysia!:)


Beli 2 kg limau mandarin ,hampir 1 kg anggaran saya muaz kerjakan.hehe.


Dan baru ini ke kedai mamak.


Air teh 'o' ais limau  diorder.


Air limau tu bukan untuk muaz tapi muaz yang conquer!


Sukanya dia sampai limau kasturi itu digigit gigit.


Terhibur tengok telatah dia.Comel:)


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 22, 2011

Terima kasih

Tidak terkesan.


Kata caci.Dengki.Hasad. Gurauan melampau.


Biarlah luncai turun dengan labu-labunya.Tidak berdendam. Biar Tuhan yang balas.


Notakakiku: Kurang buat lawatan ke tapak anda kerana sibuk dengan urusan orientasi mikael di tadika.Nanti sempat saya pasti datang:)


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 20, 2011

Tolong!Isteri saya hilang!

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengahari kut."

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi. Mungkin hitan atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. "Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik,"kata polis menamatkan sesi soal siasat.

????

Pengajaran:
Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya berbanding insan yang kita sayangi?Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci.

Sumber: Solusi Isu No. 38

December 19, 2011

Jiwang karat

Salam semua...

Sejak akhir akhir ni aku suka sangat nak berjiwa-jiwa.Jiwang karat. Hikhik.

Lagi lagi lepas penangan Ombak Rindu.

Sukala lagu ni. Nyanyian Adira dan Hafiz. Tengah drive kereta seronok sangat dengar ni. Layan blues sorang sorang. Ulang-ulang aku play. Best.

Jom layan.

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Sumber: http://www.liriklagumuzika.com/

December 17, 2011

Bila aku malas masak

Salam hujung minggu..;)

Bila aku malas masak lunch.

Inilah jadinya.

Makan pizza je kami untuk "teaner". Hikhik. Sukahati. Teaner = Tea time+Dinner

Sebab tak lunch ialah kerana seperiuk nasi lemak basmathi pagi tadi. Kenyang sampai ke petang!
Sungguh. Tinggi kalori. Hehe. Sesekali. Maaf tiada gambar nasi lemak. Tak sempat nak snap sebab dah kelaparan. Ala, nasi lemak je;)






Konon, buat thin crust pizza. Letak sosej je. Keju mesti mewah!Hehe. Cheese lover. Best.


Reason masak nasi lemak seperiuk sebab pergi kat tempat atas ni pagi tadi. Adhoc. Sebabnya teruna sulung ku Mikael demam dari malam tadi. Biasanya kalau anak-anak demam aku memang rendam dalam air. Bukan lama sangat. Memang sejuk tapi suhu badan cepat turun. InsyaAllah. Makan ubat juga. Ku beri Ibuprofen. Lebih minat ini dari Paracetamol.



Terlalu seronok mandi, tak banyak gambar diambil. Seronok. Balik ku bagi lagi ubat demam, dan petang ni syukur dah kebah. Alhamdulillah..

Sampai sini, selamat berhujung minggu;)

Notakakiku: Yeayy, aku cuti seminggu!



Published with Blogger-droid v2.0.1

December 16, 2011

Sihat sebelum sakit

Salam Jumaat semua...





Terima kasih daddy ziyyad. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Entri semalam.


Gambar di atas, pemandangan di ICU. Unit rawatan rapi.


Ini ialah kisah benar. 


Ibu tiri saya. Kami tidak rapat. Apatah lagi mesra. Tapi dia tetap ibu kepada abang kakak saya. Anak-anak arwah ayah. Aliran darah yang satu. 


Kini dia tenat. Berbulan lamanya sudah dia menderita. Tak pernah saya cerita di sini.


Dia menghidap kanser tulang. Sudah di buang. Tapi perjalanan ceritanya penuh liku. Komplikasi demi komplikasi akibat bedridden dan tracheostomy(bantuan tiub pernafasan yang ditebuk dileher). Ini kali ke 3 beliau di ICU. Paru-parunya lemah dan collapse(tidak mengembang dengan normal). Tidak boleh berbicara. Kenyang perutnya hanya diisi melalui tiub.


Sungguh. Bukan saudara juga saya sayu. Apatah lagi ada hubungan disitu. Saya tak mampu menolong banyak. Sungguh keringat manusia itu terbatas. Hanya doa yang mampu saya titipkan. Dan ziarah yang mampu saya lakukan.


Sihat sebelum sakit. Semoga dia disembuhkan. Mohon doa rakan-rakan. Amin...



'Dan segala nikmat yang ada padamu datangnya dari Allah,kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan,maka kepadaNya lah kamu meminta pertolongan'

Al-Quran, surah An-Nahl(16:53)

Published with Blogger-droid v2.0.1

December 15, 2011

Kehidupan

Assalamualaikum...;)


"Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan"



Lirik lagu Inteam: Kehidupan

sumber: http://www.liriklagumuzika.com


Syahdu kan lirik lagu kat atas ni.



Lagu ni lagu nasyid. Bukan puisi. 


Dengar pagi tadi kat radio. Terus. Google lirik dia. Best. Suka. Ingatkan aku yang hidup ini tak selamanya susah.Begitu sebaliknya. Ujian itu tarbiyah dari Allah.


Insaf.

December 13, 2011

Cara memikat hati ibu mertua

Assalamualaikum...

Tajuk post aku. Bukan nak buat gempak. Macam bagus. Saja. Hiks.

Aku baru balik dari rumah mak dan pak mertuaku. Buat kek pisang kukus masa di rumah mertua. Bajet macam bagus je aku ni. Bodek hobi suka baking and cooking nak buat macamana.Itu ialah second time aku buat kek pisang versi kukus. Sebelum ini selalu buat versi bakar. Resepi boleh rujuk sini.

Semua kata sedap. Aku serius. Bangga.Tahap Gaban.Kihkihkih.

Simple je kek pisang aku ni. Kenapa aku kata menambat hati mertua ialah kerana mak mentua aku puji kemain.Hehe.

Dulu aku buat kek coklat kukus tak pernah pulak dia puji camni. Serius. Yang lagi best siap dia minta resepi kat aku. Dia pun nak menambat hati pak mentua aku.Suka. Suka kalau orang lain suka dan gembira.

Resepi aku ambil dari sini. My resepi.Terima kasih Pn Rohaya. Inilah antara buku rujukan online aku kalau nak masak or baking.Suka. Banyak resepi boleh tengok. Sebab aku bukan lah pandai sangat...



Cantik kan kek pisang kukus ni. Menjilat jari. Yummeh.



Tekstur yang gebu. Kek ini amat lembut. Masuk dalam mulut terasa mencair je.
Malam ni ingat nak buat lagi. Tak puas makan.

Buatla bila balik rumah mertua. Haha. Ikut cakap aku. Macam bagus sangat. Tapi amaran, cuba buat sendiri dulu kat rumah, dah jadi baru buat kat rumah mertua ya. Itu saja perkongsiaan aku. Hihi. Tajuk gempak. Jangan marah.:P

Published with Blogger-droid v2.0.1

December 10, 2011

Penat menangis

Salam hujung minggu semua


Aku penat


Penat nangis


Ombak jahat rindu buat aku penat nangis


Satu lagi aku terharu.


Sebab en hasben yg teman aku walau dia tak nangis. Hehe...suka!


Aku suka.  Tak puas rasa. Mungkinkah aku akan tonton kali ke 2?Haha. Itu mungkin terjadi.


Cuma satu aku terkilan...tudung dan pakaian si Izzah


Kalau Nuramina gadis kampung dlm Nur Kasih boleh pakai tudung dan baju kemas kenapa tidak Izzah?


Itu saja buat ku terkilan. Yang lain mantap.Lagi lagi bila Haris menangis.Aku pun jadi cengeng.


Ombak rindu best!


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 9, 2011

Kau supermak, aku pun supermak!

Salam Jumaat semua...

Aku semacam blur harini;)

Bukan blur mata, tapi fikiranku;)Hah..Nak update pun macam kura kura, nasib kura kura bajet cun kulit dia

Masuk bulan ni dah 7 bulan aku takda maid a.k.a orang gaji.

Dulu sebelum maid aku habis kontrak aku seriau semacam.

Mana nak basuh baju, lipat baju, gosok baju, sapu rumah, mop lantai, cuci tandas, kemas rumah dan jaga anak!

Sungguh aku seriau tak terbuat semua itu!

Aku bukan perfectionist ataupun seseorang yang sangat sempurna. Tapi aku pun macam orang lain. Balik kerja nak rumah bersih, nak makan malam dah siap, nak anak dah siap mandi, nak baju dah siap cuci dan lipat. Pendek kata, akau nak relaks  jadi mem besar tuan puteri santubong bila balik rumah.

Tapi bila aku fikir fikir fikir fikir balik, tak fun la bila semua tu orang gaji buat!Takda kepuasan. Pastu rasa bengang je bila orang tak buat ikut cara kita. Contoh, aku tak suka baju blouse aku dilipat lagi suka di gantung. Jadi, end up baik aku buat sendiri!

Itulah yang jadi kat aku masa ada orang gaji.

Tapi since dah takda ni, eh...ok je, takla huru hara sangat hidup aku. Taklah penat sangat. Taklah kelam kabut sangat. Cuma pada aku suami isteri kena give and take la. Kalau semua isteri buat of course la fengsan. Jadi aku juga ingin tribute pada en hubby sebab dia sanggup tolong aku vakum rumah dan buang sampah walau di malam hari!

Memang aku akui rumah aku dah tak bermop hari hari. Tandas juga tidak bercuci hari hari. Tapi aku happy. Tiada strangers atau orang asing di rumah sendiri. Fun kan hidup aku. Walau setiap kali aku masak aku kena cuci sendiri pinggan mangkuk periuk belanga aku juga happy. Biar tiada orang gaji dari aku makan hati!

Ikhlas ke? Pada aku seseorang perempuan yang dah berkahwin dan ada anak akan serahkan sepenuh jiwa raga untuk keluarga. Pahala dan balasan itu urusan Tuhan.

Aku rasa aku tak perlu orang gaji dah. Ceh. Eksyen. Buat masa sekarang. Akan datang aku tak pasti. Hidup kan ibarat roda.

Jadi, takla teruk sangat kan? Supermak kata Najwa. Kau pun supermak juga la!Meh kita salute sama sama!


December 8, 2011

Jalan jalan cari makan: Chili's

Salam semua..:)

Jangan marah ye dengan gambar cili "besar" semalam tu, ada yg ingat saya nak tunjuk cili hidup besar punya, hikhikhik

Itu sebenarnya intro tempat saya makan-makan dengan geng bas sekolahkawan sekerja haritu



Kami makan kat Chili's KLCC, selalunya acara jalan jalan cari makan ini ialah setiap kali selepas masuk gaji:), macamla tebal sangat wallet tu nak kabor yerk, saya memang suka "treat" diri sendiri kononnya setelah penat bekerja jadi mau makan sedap!Ehcehwah..


Ini art kat atas meja, cantikkan, artistik


Ini saya makan, Mushroom Jack Fajitas. Ada mushroom of course, dan beef grill with cheese(suka betul makanan bercheezy, yummeh), ia dimakan bersama Tortilla di bawah, tortilla ini ialah bottomless(maksudnya boleh tambah dan agi dan lagi dan lagi, erkkk)







Ini Chicken Club Tacos,  ada grill chicken breast dalam tortilla. Siap ada nasi as side dish. Sedap ;)Sesuai untuk orang yang memang tak boleh kalau tak makan nasi satu hari.


Ini pula Chicken Quasedillas. Ada marinated chicken dalam tortilla. Lebih kurang macam Fajitas tapi yang ini dah siap dibubuh dalam tortilla.


Ini pula Classic Fajitas. Marinated chicken yang di grill juga. Lebih kurang macam Mushroom Jack Fajitas.


Tortilla dan beef tadi tu di sapu dan di makan dengan semua ni, iaitu krim masam yg putih tu, guacamole, pico de gallo dan cheese...


Macam biasa ice lemon tea untuk membasahkan tekak. Ia bottomless, boleh minum sampai kembung!

Bestla Chili's ni, tapi jangan selalu  pergi nanti boring(alasan). Jangan percaya.

Notakakiku: Cuba teka berapa keping tortilla aku makan?(teka je, takda hadiah ye)


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 6, 2011

Malaysia Air Festival 2011

Assalamualaikum....


Salam Selasa semua;)

Awas, ini entri manyak gambar

Saya kemalasan hendak mengeditnya,huhu...

Berpanasan setengah hari di sini, panas dan berbahang, tapi sungguh seronok!

Inilah Malaysia Air Festival di Subang Skypark yang kami terjah sekeluarga dalam 2 minggu lepas(haha cerita basi baru nak update!)Hiks...




Banyak sungguh kapal terbang dan helikopter pensendirian yang kami tengok...tak silap lebih 50 tau, fuh..banyak sampai tak tertengok semua



Budak comot 2 orang yang berangan nak bawa balik helikopter ni ke rumah buat jalan jalan :P







Mikael boring dan panas, suka tau dia buat mulut gini, :)




Merasa juga Mikael, Muaz dan abang sepupunya Nadzif duduk dalam army aeroplane ni, perasan macam soldier, kihkihkih:)


 Inilah pilot dia yang ramah mesra, kesian dia duduk dalam ni berpanasan, tapi ceria je




And introducing the co-pilot!!Sengih bukan main dapat duduk kerusi co-pilot!



Ini parajump!Nampak tak kecik tu?



Parajump dah hampir nak turun...



Setengah hari kami disana, ikutkan nak tunggu sampai petang tapi dah tak larat nak berpanasan, tapi macamanapun seronok dapat kenalkan anak anak dan tengok lebih dekat bermacam jenis aircraft.

Notakaki: Pernah verangan jadi pilot masa kecik dulu!Anda semua pernah?

Published with Blogger-droid v2.0.1

December 4, 2011

Tragedi telur pindang

Salam hujung minggu...


Saya di kampung


Semalam menghadiri kenduri kahwin adik angkat


Diberi tuan rumah telur pindang


Telur pindang popular di Johor


Direbus berjam lamanya dengan bermacam jenis daun dan rempah


Mikael suka bebenar bila rumah pengantin berinya telur


Dimakan telur pindang tu dengan sepupunya si comel Fateha


Usai mandi petang Mikael minta susu(setelah seharian dia terlupa minta susu sebab leka main)


Tak lama lepas tu dia mula muntah muntah...bukan sekali tapi berkali kali...


Saya mula panik...tak pernah pula dia macam ni..


Taklama abg sepupunya dtg ke rumah...beritahu yg si comel Fateha juga muntah muntah!


Sah!Budak berdua ini muntah sebab telur pindang itu...huhu..


Aduh...kasihannya budak berdua ni..


Sekarang dah ok sikit, last Mikael muntah pukul 10.45 mlm td..


Hai la telur!


Notakakiku:

Dont judge the book by its cover( telur pindang yang Mikael makan tu elok je rupanya  dan kulit tak retak)-Kun Fa Ya Kun...


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 2, 2011

Sagu tak dapat jika ruyung tak dipecahkan

Manisnya sesuatu nikmat itu lebih terasa jika pahit yang banyak ditelan dahulu




Kenapa perlu bersedih...bukankah Tuhan mengujimu setara dengan apa yang mampu kau pikul? 




Notakakiku: Aku semakin selesa membahasakan diriku aku




Published with Blogger-droid v2.0.1

Tiramisu(aku perasan macam masterchef)

Assalamualaikum...


Ini tiramisu


Aku perasan(baca: bangga)


Ikut resepi satu satu. Tiada step yang tertinggal. Oh...tidak kuderhakakan resepi itu


Step banyak tapi ini kek manyak simple

Aku terus perasan macam masterchef

Lagi kembang hidungku bila somi ku kata sedap...hahaha

Kawan sekerja ku pun kata sedap....

Oh...aku sudah mula riak...tidak!!!!

Notakaki:
1) Selalu aku cakap saya tapi harini aku cakap aku..
2) First time tiramisu ni..aku mahu buat lagi sebab yang ini comot rupanya....


Published with Blogger-droid v2.0.1

December 1, 2011

Syukur

Assalamualaikum...

Syukur......

Masih punyai rumah walaupun hanya sewa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syukur.......

Masih mewah dengan makanan sampai kadang tak termakan dan terbuang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syukur........

Masih mampu berjalan dan sempurna kaki tangan untuk terus bekerja
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Syukur........

Masih boleh melihat keindahan alam dan menulis di blog
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syukur...amat bersyukur....


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
- Quran, Ar Rahman ayat 47-

#pictures from google#

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails