Hai semua, mama nak buat luahan perasaan ni. Mama tak puas hati betul, really angry inside!
Kadang-kadang rasa macam tak tau nak buat apa dah. Maybe because it was all started with a simple mistake. Can i call it mistake, yeahh..perhaps. Ada seorang hamba Allah bergelar 'saudara' merupakan seorang ahli syarikat MLM yang popular la juga. MLM mana tak mo bagitahu, nanti mama kena saman! Dia dan suaminya ni selalu datang rumah untuk promote barang-barang MLM dia tu. Haishh. Mula-mula pertama kali dulu mama akui memang ada layan dia dan beli barang dia, itupun beli set bersalin 3 tahun dulu sebab masa tu mama memang tak tahu nak beli kat mana. Since kebetulan dia dah promote mama pun ambilla satu. Ada la juga ambil sabun dan lotion bagai. Masa tu niat nak menolong la juga ekonomi sesama saudara kan. So, memang sekali tu jela mama beli barang dia.
Yang tak puas hati ni lepas pada tu dia tak sudah-sudah nak promote barang -barang lain pulak. Seriously mama tak minat, dok sibuk cakap kebaikan vitamin kat mama, yang bengang tu dia lupa agaknya mama ni doktor, dia pulak nak mengajar kita makan vitamin itu dan ini. Mama tak kisah tau dia nak promote tapi yang tak sukanya tu cara dia tu. Pastu macam nak paksa2 secara halus kita beli. Kadang-kadang datang kat rumah tiba-tiba tak bagitahu dulu dan pernah juga dia datang waktu yang memang tak sesuai, pukul 6.50 petang nak dekat Maghrib! Mana mama tak hangin satu badan!
Dia selalu sangat hantar SMS untuk datang rumah. Mama tak kisah orang nak datang rumah, lagi suka adala, lagi-lagi kalau saudara-mara yang memang datang untuk ziarah bertanya khabar. Tetamu tu kan bawak rezeki. Tapi kalau datang niat nak jual dan promote barang-barang dia tu yang buat mama rasa loya jek. Mama dah pernah bagi signal kat dia yang mama tak nak beli barang dia. Tapi mama tak faham kenapa dia masih tak faham2.
Tadi dapat lagi SMS yang sama. Ei, tak faham betulla...Allergic saya sama kamu!
Mama bukan nak kata orang yang involve dalam MLM ni cuma mama tak puas hati sebab kalau orang dah tunjuk sign tak suka dan tak minat tu, janganla dok asyik nak promote tak tentu pasal. Pergilah pada orang yang berminat.
Mama risau "allergic" mama nanti jadi anaphylactic shock pulak!
Korang pernah alami tak?