Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Wahai diri, ingatlah...segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.
Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata...Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati Allah jua menjadi 'musabbil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.
Firman Allah yang bermaksud:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu menjadi seolah-olah saudara"-
Surah Fussilat: 34
Kini, hatiku tertanya-tanya lagi, siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba! Sedangkan Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam? Ya Allah....
Petika dari Buku 'Di Mana Dia Di Hatiku', hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi, terbitan Karya Bestari.
Kredit to Majalah Nur edisi Jun 2010.
Saya ingatkan diri ini...Jadilah insan pemaaf...Tak semua orang suka dengan kita, dan tak ramai orang yang senang duduk bila tengok kita senang, bukan kamu, kamu atau kamu, tapi mungkin kamu yang tidak baca entri ini. Memang susah kita nak memaafkan lagi-lagi kalau orang tu ternyata menyakiti kita dengan kesakitan yang amat pedih, sukar kan. Saya sendiri pernah disakiti, kepedihannya hanya Allah saja yang tahu. Saya bangun dan sedar, sebab saya tahu saya perlu memaafkan kerana saya tiada rugi sedikit pun jika menjadi pemaaf dan tiada gunanya jika saya menyimpan dendam walaupun peristiwa tersebut menjadi bekas di dalam hati. Allah lebih mengetahui dan ingatlah dia akan selalu bersama orang yang sabar!
6 comments:
nak memaafkan memang boleh, tapi nak melupakan mcm susah je? maaf tapi masih simpan dendam tu kira tak ikhlas jugak kan?
kemaafan dendam yang terindah...
entri yang sangat terkesan..
KADANG2 MULUT KITA UCAPKAN KEMAAFAN..
TAPI hati KITA.. SUKAR UTK MEMAAFKAN..
TAPI.... AKAN SELALU UTK MENJADI PEMAAF.. SESUNGGUHNYA..SETIAP MANUSIA X DPT LARI DRP KESILAPAN.
saya ni tengah cuba nak memaafkan beberapa kawan sekolah saya dulu. huhu..
betul..tak semua orang suke kite..
kite kne percaye yg dlm 10 orang yg bergelak tawa bersama kita itu akan ada terselit seorang yg cemburu dgn ape yg kite dpt.
semoga sy dijauhkn dari perasaaan itu.
Post a Comment