Hai semua, mama nak buat luahan perasaan ni. Mama tak puas hati betul, really angry inside!
Kadang-kadang rasa macam tak tau nak buat apa dah. Maybe because it was all started with a simple mistake. Can i call it mistake, yeahh..perhaps. Ada seorang hamba Allah bergelar 'saudara' merupakan seorang ahli syarikat MLM yang popular la juga. MLM mana tak mo bagitahu, nanti mama kena saman! Dia dan suaminya ni selalu datang rumah untuk promote barang-barang MLM dia tu. Haishh. Mula-mula pertama kali dulu mama akui memang ada layan dia dan beli barang dia, itupun beli set bersalin 3 tahun dulu sebab masa tu mama memang tak tahu nak beli kat mana. Since kebetulan dia dah promote mama pun ambilla satu. Ada la juga ambil sabun dan lotion bagai. Masa tu niat nak menolong la juga ekonomi sesama saudara kan. So, memang sekali tu jela mama beli barang dia.
Yang tak puas hati ni lepas pada tu dia tak sudah-sudah nak promote barang -barang lain pulak. Seriously mama tak minat, dok sibuk cakap kebaikan vitamin kat mama, yang bengang tu dia lupa agaknya mama ni doktor, dia pulak nak mengajar kita makan vitamin itu dan ini. Mama tak kisah tau dia nak promote tapi yang tak sukanya tu cara dia tu. Pastu macam nak paksa2 secara halus kita beli. Kadang-kadang datang kat rumah tiba-tiba tak bagitahu dulu dan pernah juga dia datang waktu yang memang tak sesuai, pukul 6.50 petang nak dekat Maghrib! Mana mama tak hangin satu badan!
Dia selalu sangat hantar SMS untuk datang rumah. Mama tak kisah orang nak datang rumah, lagi suka adala, lagi-lagi kalau saudara-mara yang memang datang untuk ziarah bertanya khabar. Tetamu tu kan bawak rezeki. Tapi kalau datang niat nak jual dan promote barang-barang dia tu yang buat mama rasa loya jek. Mama dah pernah bagi signal kat dia yang mama tak nak beli barang dia. Tapi mama tak faham kenapa dia masih tak faham2.
Tadi dapat lagi SMS yang sama. Ei, tak faham betulla...Allergic saya sama kamu!
Mama bukan nak kata orang yang involve dalam MLM ni cuma mama tak puas hati sebab kalau orang dah tunjuk sign tak suka dan tak minat tu, janganla dok asyik nak promote tak tentu pasal. Pergilah pada orang yang berminat.
Mama risau "allergic" mama nanti jadi anaphylactic shock pulak!
Korang pernah alami tak?
9 comments:
Tak pernah plak jumpa org mcm ni Sirna... Mungkin beliau terlalu teruja utk "berjaya" dgn cepat kot.. Sebaiknya kalau nak bisnes pun biar la profesional sikit & tidak mengejar untung semata2.
Sib baik la I bisnes on line...tak payah bertunggu tangga rumah org lagi. Huhu...
hmm tak tau apesal org2 macam ni selalu approach i. i ni muka senang di approach kot. the saddest part is, i senang terpengaruh. tapi tu dulu la, now i buat muka bodo je, bagi alasan standard, will think about it la. or elak angkat fon bila dia call. what to do. terpaksa.
org2 yg buat MLM terutama yg syarikat kecik2 ni mmg kena jual brg banyak2 baru diaorg dpt bonus. Knur pun dah bosan dgn MLM ni. cakaplah MLM mana pun sbb hampir semua dah pernah tengok plan dia dan mcmmana diaorg buat untung. tak suka sgt sbb org2 atas akan kaya raya dan yg bawah2 digunakan utk buat duit bg yg dah dpt mcm2 pangkat tu. kalau yg jenis memaksa kita ni lglah menyampah. Why not you tell her that you really are not interested anymore with the products.
ee..bengang nya dgn org yg tak faham bahasa ni kan..selalunya org berniaga mlm ni mmg tebal muka skt, err byk! hehe...;p kesian sirna..
ntahnye sedara sirna tu.takphm2 ke.diyana pn alegik sgt org camni.huhu.
*eh,baru tau sirna doktor.doktor bhgn mane ek?naper tak buat satu ruang,kemusykilan pesakit?;)
ko buat dekkk je lah....
sorry gangs baru sempat balas komen2, busy bangatla minggu ni
MM--tula, i rasa dia nak cepat naik, tu yang muka tak malu asyik nk pomot je brg dia taw
Adia--samala, i ni pun agaknya suka bagi muka kot kat org tu yang org ingat i interested padahal nak jg hati
sara--tula pasal, hm,entahla, tak dapek nak nolong jang oi..
diyana--hehe, dokte picisan jek, bukan specialist pun..huhu
drsinga--betulla kak!
buat bodo jek.
p/s:hadiah masih belum dipos.still intact kat dlm drawer ni.pos office jauh berbatu-batu...huhuhu
hahaha ingatkan foods allergic rupe2nye MLM allergic
memang derang sanggup buat macam2
nak capai kejayaan :D
ngeh ngeh selagi leh tahan layan if dah tak tahan be frank jek :D
Post a Comment