June 20, 2010

Hari Sabtu kami

Salam dan bismillah...

Damainya berada kat rumah semalam dan hari ini setelah 2 minggu kerja non stop. Weekend lepas saya kena buat weekend rounds, so cuti pun macam tak cuti sebab dekat tengahari baru habis round. 

Em, semalam kami sekeluarga sarapan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis cili api. Ubi rebus ni sebenonya dah dekat sebulan dalam peti ais, sebab banyak sangat, haritu dah penah buat kuih cek mek molek, kek ubi kayu yang tak berapa nak jadi sebab terlebih ubi. Huhu, maklumla "chef handalan". Inilah penangan bila balik kampung sekali sekala, habis seguni ubi kayu angkut balik KL. Sudahnya habis idea nak buat apa. 

 ini sambal edisi terlebih minyak, bibik saya ni, dah ku pesan jgn banyak minyak, dia terlebih sudah...
matchingkan pulak dengan teh tarik kaw kaw

Pagi dan tengahari tu kami tak keluar ke mana-mana. Mama blogwalking, main ngan budak kecit dua orang tu dan masak. Tengahari tu masak sup sayur ngan sambal sardin je sebab malas nak keluar gi pasar. Gambar tak snapla, ala, gambar sardin je, ekeke..

Petang tu, lepas Asar kami pergi Tasik Titiwangsa, tempat riadah kegemaran kami sekeluarga. Mula mula pergi round- round dari satu kedai ke kedai lain untuk survey susu Enfagrow A+ for Mikael yang murah kat mana sebab baru ni kan naik harga. Last2 baru kami tahu yang paling murah kat Pasaraya kat taman rumah kami ni je, citt, punyala jauh mencari..

Oleh kerana sampai di Tasik Titiwangsa dah pukul 6.50petang, maka tak jadila nak bawa Mikael pergi playground dan main bola kat situ. Maka kami pun duduk2 dan jalan2 tengok view saja. Tengok air pancut dan tasik yang mendamaikan. Sorryla, gambar tasik takda, lupa nak snap, haha, boleh?

Macam biasa, budak kecit baju oren tu excited tengok rocks takmo pandang camerawoman nih

Nampak tu? Excited nya anak mama ni, En hubby kata, inila gaya budak tak pernah keluar rumah

Mama dan baby Muaz yang steady, ewah...

Muaz ni suka benor kerut dahi, pikir masalah negara kot?hahaha...

Baba dan baby Muaz

Kami balik pukul 7.15 sebab dah nak Maghrib dan En hubby nak tengok World Cup: Belanda lawan Jepun. En hubby sokong Belanda dan diaorang menang match tu semalam...
Seronoknya spend time dengan keluarga walau sekejap..

Oh ya, tempat riadah mana yang kawan-kawan selalu pergi?



9 comments:

LYaFRINA said...

waa.. ubi.. dh lama sgt x jumpa sirna..bpuluh tahun dh kot,, seingt lya..masa ada arwah tok wan dulu.slalula merasa.. lps arwah mninggal.. dh x pernah.. sbb arwah tanam sndiri j ubi tu. rindunya time tu...

waa.. bby muaz.. bakal doktor tu..sbb tu suka bkerut.

Unknown said...

ye ke lya, ada lagi ni ha, nnt kita pos g kuantan.ekeke...

takmo bg anak2 jd dokte, nnt busy la, kesian derang,hehe...tp kalo derang sendiri minat besok kita tak halang

Dr Singa said...

hehehe....
saya pun taknak anak saya jadik dokter...
:)

Syida said...

ubi = angin, teh tarik = angin,betul tak dokter?

A D I A said...

tu sambal apa tu sirna? nampak cam kaler hijau. kita biasa makan cicah dgn sambal ikan bilis, uish sedap :)

hari yg bermanfaaat ye, bekfes lunch masak, ptg round2 :)

Nia said...

Patut buat bisnes jual ubi kayu hari tu, mesti laku.. kat sini kalau jual kat cafe pun sampai rm8...huhu..

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Suka tengok keluarga bahagia ni.tunggulah bila Mikael dah pandai jalan..haa penatlah mamanya kejar dua orang tu...

Unknown said...

drsinga---erm..jadi businessman berjaya la pulak ek...

syida---haha...betulla tu, tapi kita makan juga, nasib baby Muaz tak meragam n kolik

adia---sambal ikan bilis juga, tapi pakai cili api, sebab tu kaler ada ijau2 sikit

nia---buat bisnes?haha, ada ke org nak beli;p

sweetie---thanks, sekarang pun dah letih, 2 hero Malaya!hahaha..

dokterFaryn said...

saya pun tak mahu anak jadik dokter. dokter gigi takpe.


:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails