January 10, 2013

Resepi durian crepe

Assalamualaikum...:)

Saya pernah menulis satu entri tentang crepe suatu masa dulu. Ini menyebabkan ada beberapa atau mungkin ada 2, 3 orang yang ter klik entri itu sebab blog ini memang tidak selalu di muka depan enjin pencarian sebab tuan blog malas buat entri yang ada SEO eh betul ke apa saya merepek ni. Dan bila fenomena durian crepe telah melanda bumi ini, seluruh penduduk dunia yang hantu durian telah merasai kesedapan durian crepe ini. Masa dalam pantang haritu pun dah meroyan saya nak makan sehinggalah terhasil entri ini. Saya, antara yang terlambat merasainya dan malam tadi dengan gigihnya berjoget di  dapur semata mata kerana durian crepe.

Resepi durian crepe ni saya lihat banyak versi. Walau apa pun versi, yang dibuat sendiri dengan limpahan kasih sayang ,bersih  dan halalantoyyiba juga yang sedap kan...hihi. Bagi saya resepi yang mudah menjadi pilihan sebab walaupun tak banyak bahan diperlukan tetap menghasilkan rasa yang sedap.


Jadi dalam banyak banyak resepi durian crepe saya ambil satu resepi dari blog ummuhafiyya dan olah sedikit mengikut sesuka hati saya. Sedikit penderhakaan resepi telah berlaku.  Saya tak letak santan semua sebaliknya campurkan dengan susu sejat. Langkah paling penting ialah mengisar adunan setelah di adun untuk memastikan kita mendapat bancuhan yang halus dan crepe yang licin dan cantik. Satu lagi, pastikan anda menggunakan durian yang sedap dan berkualiti seperti D24 atau MusangKing supaya setiap gigitan crepe itu terasa nikmat tak terkata di lidah, cewahh:) Nak guna durian kampung pun boleh juga asal rasa dia segar dan sedap.

Oklah, mari kita tengok resepi ya. Saja saya kongsikan untuk rujukan sendiri juga bila nak buat lagi nanti.

Bahan-bahan crepe:
250gm tepung gandum
2 biji telur gred B
250ml santan
250ml susu sejat
1/2 sudu kecil garam
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu kecil pewarna kuning lemon

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan, susu dan pewarna. Adun hingga sebati.
2. Masukkan santan dan susu sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu berketul. Setelah itu, masukkan pewarna dan gaul hingga rata.
3. Kisarkan adunan sehingga menjadi halus dan tapis ke dalam mangkuk.
4. Dengan menggunakan kuali "non-stick pan", letak sedikit minyak pada permulaan dan mulalah melempeng adunan. Untuk yang seterusnya tidak perlu letakkan minyak lagi. Pastikan anda menceduk adunan dalam kuantiti yang lebih kurang sama agar mendapat saiz crepe yang lebih kurang sama juga.

Bahan-bahan inti:
Durian secukupnya-saya guna Musang King
500ml  whipping cream (non dairy)-saya guna jenama Rich(ada tanda halal oleh Islamic Community of HCMC Vietnam)

Caranya:
1. Pukul whipping cream menggunakan mixer bermula dari kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan hingga mendapat tekstur krim yang padat dan gebu.
2. Asingkan durian dari bijinya dan di lecek sedikit.
3. Setelah itu, bentangkan crepe dan letakkan krim terlebih dahulu di bahagian tengah crepe.
4. Letakkan isi durian di atas crepe. Pastikan isi durian tidak terkena kulit crepe untuk memastikan durian tetap segar dan tidak masam.
5. Tutupkan isi durian dengan krim juga.
6. Lipatkan ia seperti bentuk bantal.


Oleh kerana dah berjoget sehingga pukul 1 pagi, saya dengan tidak sabarnya terus merasmikan durian cepe ni. Simpan kejap dalam freezer pastu terus ngapp. Adoyai, memang nikmat. Saya makan sampai 3 ketul pastu tidur. En suami yang stay up tengok Hindustan pun makan juga tapi dia makan satu ketul je sebab dia tak sanggup kumpul lemak banyak banyak. Bayangkan lemak dan kolesterol berapa banyak saya dah kumpul!Pagi ni pun sarapan durian crepe juga. Memang demam. Tapi suka, sebab ada kasih sayang dalam tu. Wakaka. Ok, nanti nak buat lagi.

8 comments:

L said...

cantik. L xpenah merasa lagi.. selalu rasa durian yg terus kopek dari buah.. huu

pena rozie said...

Best lg kalau krim tu di gaul sekali gan durian

Kakzakie Purvit said...

Lega... dah 3 ketul masuk dalam perut terus lena hihii....

Pagi buat sarapanlah pulak:)

Izwa Kamaruddin said...

x mkn la..

Unknown said...

pernah rasa beberapa kali...memang sodap!!

A D I A said...

i baru je order durian crepe ni ari my SIL punya officemate. sekotak ada 4, RM10 sekotak. Tak penah makan ni. Teringiiinnnn sangat nak try.

Mama3Q said...

llum pernah rasa lagi....dan maalas nak berjoget..hahaha

Umialya said...

lama daa tak buat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails