January 26, 2013

Cukuplah Allah bagiku

Assalamualaikum semua...

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Salam maulidurrasul semua, kalau di Johor orang sambut Maulidurrasul sampai sebulan..Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah kerana baginda tak pernah melupakan kita...Berikanlah kami syafaatmu di akhirat kelak ya Rasulullah...

Lama tak update, maaflah tuan blog ada banyak kekangan. Kekangan masa, kekangan kesihatan...Saya kembali bekerja Isnin yang lepas, kembali bekerja dengan penuh semangat. Hari pertama saya sudah incharge scan yang bersusun. Pesakit rata rata merupakan pesakit kanser yang baru di diagnosa. Agak gementar kerana sudah lama tidak bekerja, bimbang melakukan kesilapan kerana kerja saya melibatkan manusia. Namun perancangan Allah itu lebih besar dari yang saya jangkakan. Hari ketiga bekerja saya dikejutkan dengan suatu perkara yang tak terduga. Hampir terduduk. Tapi saya bangun. Kita hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari rutin hidup biasa. Dan juga tak dapat lari dari di uji dan di rundung masalah. Menangis boleh, tapi usah meratap. Cukuplah Allah bagiku...Cukuplah Allah bagiku...Setiap yang Allah beri itu ada seribu satu hikmah tersembunyi...Kadang sampai kita juga kurang mengerti, sweetkan Allah? Kita mahu cintaNya maka perlu melalui ujianNya..


Selamat berhujung minggu buat semua...minggu ni memang ramai yang bercuti panjangkan sampai hari Isnin..Selamat bercuti dan menghabiskan saat terindah bersama keluarga tercinta...Saya juga bercuti, tapi cuti kali ini ialah cuti sakit yang panjang...Keluarga jugalah penguat saya waktu ini, en hubby kata dia tetap sayang saya walau apa pun terjadi, bila saya sakit lagi dia sayang(saya percaya itu juga kata hatinya). Terima kasih wahai suamiku, moga rumahtangga ini berkekalan hingga ke akhirat...amin:)


January 21, 2013

Terkenang zaman dahulu-pengalaman naik bot

Assalamualaikum...



Zaman menjadi pelajar perubatan. Masa ni saya di tahun 2. Menyertai program anak angkat sekaligus menjalankan kajian. Pertama kali merasa naik bot tau. Sebelum tu memang tak pernah. Ini di Kampung Nelayan, Tumpat, Kelantan. Kebanyakan mereka yang tinggal di situ ialah nelayan. Kampung tu pun memang kat tepi laut. Pakcik tu ialah ayah angkat kawan saya budak cina lelaki tu, Khar Ming. Sekarang Khar Ming dah ada 1 anak. Comel sangat.

Tudung biru tulah saya. Tutup mata sebab malu terkena flash. Heheh..Sebelah ialah Qudsiah. Pun dah kahwin dan ada 2 anak perempuan yang cute sangat. Cepatnya masa berlalu. Itulah pengalaman pertama naik bot tau. Seronok sangat. Sampai sekarang tak pernah lagi naik bot. Teringin lagi rasa.

Kawan kawan pernah naik bot tak?

January 19, 2013

Ayam masak tempoyak dan petua memasaknya

Assalamualaikum....

Harini saya masak simple je untuk lunch. Simple tapi inilah kegemaran kami sekeluarga terutama en hubby dan anak sulung saya Mikael. Masak tempoyak atau gulai masam ni amat terkenal di negeri Pahang dan Perak. Kalau di Pahang tentulah patin sungai menjadi pilihan untuk dibuat gulai tempoyak. Tapi di KL ni susah nak jumpa patin yang segar dari sungai jadi saya gantikan dengan ayam. Sedap juga jika kena cara masaknya.




Cara masak senang saja. Bahan bahan untuk masak pun tak banyak. Yang penting ada kunyit hidup dalam seinci setengah, cili api dalam 15 biji, tempoyak asli dalam 4 sudu besar, dauk kesum secukupnya dan ayam setengah kilo. Basuh ayam bersih bersih dan toskan, tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat lepas tu masukkan tempoyak dan tumbuk sehingga tempoyak halus. Masukkan air dalam 1 liter ke dalam periuk, masukkan campuran tempoyak dan cili lepas tu masukkan ayam dan daun kesum. Letak atas api dan gaul gaul sedikit dan masukkan 1 keping asam gelugor. Perasakan dengan garam dan tutup api setelah mendidih. 

Memang nampak tak susah masak gulai tempoyak ni, tapi tulah kena praktis banyak kali juga baru dapat hasil yang sedap. Saya pun kali pertama masak memang tak sesedap mak mertua masak. Tapi cuba dan cuba buat lagi sampai jadi. Petua ayah mertua saya ialah cili api harus di tumbuk lumat supaya rasa cili tu tak pijar sangat sebab cili tersebut tidak ditumis. Petua kedua ialah pastikan gunakan kunyit hidup secukupnya, jika guna kunyit serbuk memang tak sedap jadinya. Petua ke tiga, jika tempoyak digunakan tidak cukup masam, tambahkan asam keping mengikut kesesuaian. 


Lawan makan dengan pucuk paku goreng kicap, memang sedap!



January 18, 2013

Gemuruh

Assalamualaikum...

Jumaat terakhir saya menghabiskan cuti bersalin 3 bulan. Rasa nak lompat ke bintang sebab hari Isnin sudah kembali bekerja. Cuba untuk fokus. Perasaan ini suatu yang sukar diungkap. Bukan kerana malas untuk bekerja.  Oh, tiada istilah itu. Rindu sebenarnya. Kerja inilah rumah kedua saya. Tempat saya mencari rezeki. Cinta hati saya kerana ia cita cita saya sejak kecil. Apa perasaan itu? Dalam hati hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Terasa ingin menyanyi lagu ini.


Gemuruh - Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa





January 17, 2013

Rahsia Sembahyang

Assalamualaikum semua...

Mari kita lihat 13 rahsia sembahyang.

1. Niat sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.

4. Al-Fatihah
Fadilatnya sebagai pakaian yang indah indah di dalam kubur.

5.  Ruku'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian Sirotol Mustaqim.

8. Duduk antara dua sujud
Akan menaung panji panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara dua sujud(akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.

10. Tahiyat akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang di kemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11. Selawat nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

12. Salam
Memelihara kita dalam kubur.

13. Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

Sumber: Buku - Sakit Apakah Ubatnya?Penelitian daripada Al-Quran dan Hadis

imej dari google



Parodi wabak "Listen11x"

Assalamualaikum...

Saya teringin nak kongsi video parodi ini. Semuanya gara gara wabak "Listen" yang sudah menjadi pandemik. Listen ya, bukan sekadar parodi. Terbaikla Ahmad Luthfi:)


Notakaki: Perlu tonton video asal dulu baru faham parodi ni.

January 15, 2013

Kicap, telur dan mayonis

Assalamualaikum semua...

Lama tak cerita pasal Muaz. Muaz anak paling semangat badannya dulu. Mikael dan Mifzal pun tak se bam bam dia masa kecil. Itu dulu. Sekarang tak chubby dah, sejak selalu sakit sakit masa hantar taska dulu dulu, terus slim ko. Tapi ada chubby juga sikit. Heheh.

Muaz ada 3 makanan kegemaran. Kicap, telur dan mayonis.

Kicap.

Satu item yang tak boleh takda bila Muaz makan. Actually saya pun tak pernah ajar dia makan kicap beria tapi kesukaan dia kepada kicap mula masa dia tinggal dengan pengasuh lama. Kut dia bagi Muaz makan kicap hari hari. Jadilah kicap ni favourite dia. Tak selera makan kalau takda benda ni.

Telur

Ada masa saya dah beria masak nih. Masak lauk ayam ke ikan ke. Tiba tiba kat meja makan bila kita dah siap siap nak makan dah baca doa makan dia boleh minta telur goreng?Dengan muka kesian, "mama, Muaz nak ellor boweh tak ma?"

Mayonis.

Benda ni satu lagi. Makan nugget atau fries dengan mayonis ok lagi. Ada satu masa saya buat cekodok pisang pun dia nak cicah mayonis!Pulak tu kalau cicah sikit takpa tau, ini cicah sampai penuh kat tepi mulut mayonis tu.

Tapi satu yang saya suka ialah Muaz suka sangat minum air masak. Dia memang ada botol air walau belum pergi kindy lagi. Kalau isi botol air tu penuh waktu pagi, petang dah habis atau dah tinggal sikit. Good boy. Dia memang ikut saya kuat minum air masak. Jadi, hari hari memang dia akan buang air besar dengan lawasnya. Jarang sangat kena sembelit.

Last but not least, previously chubby boy....


And now, he is a big brother...:)





January 14, 2013

Bersemangat ke sekolah

Assalamualaikum....

Dah hampir 2 minggu abang Mikael bersekolah. Tahun ini masih di tadika yang sama seperti tahun lepas. Jadi Mikael taklah kekok. Dah ada kawan kawan dan dah kenal cikgu cikgu. Persiapan sekolahnya pun taklah sehebat tahun lepas. Cuma belikan dia beg sekolah, kotak pensil dan alat tulis baru. Yang lain semua lama, uniform lama(masih muat lagi dan tak lusuh), kasut dan stokin lama, botol air dan bekal tupperware lama. Selagi boleh guna yang lama kita gunalah dulu.

Beg ni baba Mikael yang belikan, beg lagi besar dari badan dia, tapi sebab Ultraman Mebius beg besar pun takpa

Kotak pensil begini agak praktikal untuk Mikael, boleh buka depan belakang,  siap ada  sharpener sekali

Pandangan belakang kotak pensil

Sempat lagi tengok TV sebelum pergi school...
Oleh kerana sekarang Mikael dah masuk kelas untuk student 5 tahun, dia dah mula ada homework. Minggu lepas saja dah ada 3 kali teacher bagi homework iaitu nombor, tulisan jawi dan bahasa melayu. Oleh kerana saya masih cuti, petang petang lepas Zuhur saya akan monitor dia buat homework. Yang mana dia tak tahu baru saya tunjuk. Lepas ni kalau saya dah kerja , mungkin kena monitor waktu malam.  Dulu Mikael akan stay sampai petang di tadikanya sebab takda orang jaga tapi sekarang dia balik awal pukul 11.30 pagi sebab en. suami dah mengajar sessi petang dan kami dah ada pembantu rumah. Petang bolehlah Mikael rehat dan temankan Muaz main sebab malam ada kelas mengaji Iqra' pula. So far nampak dia teruja sangat pergi sekolah dan kelas mengaji. Bersemangat bukan main. Tak pernah kata penat ke, tak mahu pergi ke. Alhamdulillah. Moga semangatnya itu sampai ke bila bila.

January 11, 2013

Masa mandi baby Mifzal!

Assalamualaikum semua..:)

Demam durian crepe dah habis, demam Adam dan Hawa pun dah habis. Jadi berbaliklah kepada dunia realiti. Haha. Cuti saya pun dah tinggal sipi sipi je lagi, seminggu je lagi jadi housewife, lepas ni dah kerja semula. Nanti dah kerja mesti rindu kat mereka ni....

3 Ahmad~ Muaz, Mifzal dan Mikael

Okeh, nak masuk kerja kena bersemangat!Nak dapat anugerah khidmat cemerlang. Ekeke. Kenalah semangat kan, surat naik gred pun dah dapat, so, looking for the good beginning for this year:)

Jom tengok baby Mifzal mandi. Budak kecik ni suka mandi tau. Kalau dalam besen tu duduk berendam lama pun dia suka. Geram tengok. Awas ye, gambar di bawah adalah sedikit censored:P

Memandikan baby Mifzal jadi lebih mudah dengan  bath cushion yang lembut ni.  Baby tak stress pun. Dah tak guna cushion asal yang keras tu.
Aw chak! Kita main bubble dulu...

Alalala....tahu je mama nak ambil gambar dia ye..
Dah bilas badan, dia mula tunjuk tanda mahu susu, laparlah tu!
Dah siap! Baby Mifzal like bathing time...;)





January 10, 2013

Resepi durian crepe

Assalamualaikum...:)

Saya pernah menulis satu entri tentang crepe suatu masa dulu. Ini menyebabkan ada beberapa atau mungkin ada 2, 3 orang yang ter klik entri itu sebab blog ini memang tidak selalu di muka depan enjin pencarian sebab tuan blog malas buat entri yang ada SEO eh betul ke apa saya merepek ni. Dan bila fenomena durian crepe telah melanda bumi ini, seluruh penduduk dunia yang hantu durian telah merasai kesedapan durian crepe ini. Masa dalam pantang haritu pun dah meroyan saya nak makan sehinggalah terhasil entri ini. Saya, antara yang terlambat merasainya dan malam tadi dengan gigihnya berjoget di  dapur semata mata kerana durian crepe.

Resepi durian crepe ni saya lihat banyak versi. Walau apa pun versi, yang dibuat sendiri dengan limpahan kasih sayang ,bersih  dan halalantoyyiba juga yang sedap kan...hihi. Bagi saya resepi yang mudah menjadi pilihan sebab walaupun tak banyak bahan diperlukan tetap menghasilkan rasa yang sedap.


Jadi dalam banyak banyak resepi durian crepe saya ambil satu resepi dari blog ummuhafiyya dan olah sedikit mengikut sesuka hati saya. Sedikit penderhakaan resepi telah berlaku.  Saya tak letak santan semua sebaliknya campurkan dengan susu sejat. Langkah paling penting ialah mengisar adunan setelah di adun untuk memastikan kita mendapat bancuhan yang halus dan crepe yang licin dan cantik. Satu lagi, pastikan anda menggunakan durian yang sedap dan berkualiti seperti D24 atau MusangKing supaya setiap gigitan crepe itu terasa nikmat tak terkata di lidah, cewahh:) Nak guna durian kampung pun boleh juga asal rasa dia segar dan sedap.

Oklah, mari kita tengok resepi ya. Saja saya kongsikan untuk rujukan sendiri juga bila nak buat lagi nanti.

Bahan-bahan crepe:
250gm tepung gandum
2 biji telur gred B
250ml santan
250ml susu sejat
1/2 sudu kecil garam
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu kecil pewarna kuning lemon

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan, susu dan pewarna. Adun hingga sebati.
2. Masukkan santan dan susu sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu berketul. Setelah itu, masukkan pewarna dan gaul hingga rata.
3. Kisarkan adunan sehingga menjadi halus dan tapis ke dalam mangkuk.
4. Dengan menggunakan kuali "non-stick pan", letak sedikit minyak pada permulaan dan mulalah melempeng adunan. Untuk yang seterusnya tidak perlu letakkan minyak lagi. Pastikan anda menceduk adunan dalam kuantiti yang lebih kurang sama agar mendapat saiz crepe yang lebih kurang sama juga.

Bahan-bahan inti:
Durian secukupnya-saya guna Musang King
500ml  whipping cream (non dairy)-saya guna jenama Rich(ada tanda halal oleh Islamic Community of HCMC Vietnam)

Caranya:
1. Pukul whipping cream menggunakan mixer bermula dari kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan hingga mendapat tekstur krim yang padat dan gebu.
2. Asingkan durian dari bijinya dan di lecek sedikit.
3. Setelah itu, bentangkan crepe dan letakkan krim terlebih dahulu di bahagian tengah crepe.
4. Letakkan isi durian di atas crepe. Pastikan isi durian tidak terkena kulit crepe untuk memastikan durian tetap segar dan tidak masam.
5. Tutupkan isi durian dengan krim juga.
6. Lipatkan ia seperti bentuk bantal.


Oleh kerana dah berjoget sehingga pukul 1 pagi, saya dengan tidak sabarnya terus merasmikan durian cepe ni. Simpan kejap dalam freezer pastu terus ngapp. Adoyai, memang nikmat. Saya makan sampai 3 ketul pastu tidur. En suami yang stay up tengok Hindustan pun makan juga tapi dia makan satu ketul je sebab dia tak sanggup kumpul lemak banyak banyak. Bayangkan lemak dan kolesterol berapa banyak saya dah kumpul!Pagi ni pun sarapan durian crepe juga. Memang demam. Tapi suka, sebab ada kasih sayang dalam tu. Wakaka. Ok, nanti nak buat lagi.

January 9, 2013

WW: Cinta minah dan manap

Si Minah...mulut comot makan pisang, tapi cintanya hanya untuk si Manap:D

Si Manap...Jom Minah kita lompat lompat nak, bosanlah...




January 8, 2013

Sesi bersama Mikael

Assalamualaikum semua...:)




Suka bukan main. Wajah gembira Mikael.  Ceritanya begini. Bawa Mikael ke pasar malam haritu. Biasalah nama je pasar malam tapi kami pergi petang lepas Asar. Masa pusing pusing tu seperti biasa ramai la peniaga yang menjual permainan kanak kanak ni kan. Jadi, bila pergi pasar malam bawa duit RM 10 memang tak cukup. Kesimpulannya, jangan bawa anak pergi pasar malam selalu supaya wallet anda tidak cepat nipis. Bahaha...



Dalam banyak banyak permainan, jigsaw puzzle yang dipilihnya. Adoyai anak, ini puzzle orang tua macam mama pun pening nak main. Masa beli ni dah terdetik dalam hati habislah jawabnya mama yang kena main dengan Mikael. Dahla puzzle ni kecik kecik. Balik rumah tak sempat nak makan dah sibuk nak main. Mujur dengar cakap dan setuju untuk main esok. Punyalah teruja.

Seperti yang di jangka, esoknya lepas je sarapan terus di ajaknya saya main puzzle. Tak sabar dah. Sebenarnya saya pun seronok sebab main puzzle ni boleh uji ketajaman mata dan kesabaran jiwa. Hihi. Jadi, untuk permulaan saya pilihkan Mikael satu persatu puzzle tu dan suruh dia letak sendiri mengikut yang dia rasa padan. Letihla juga menunggu dia mencari padanan yang betul. Dekat satu jam nak bagi habis. Saya pun pening mabuk laut.

Dah hampir nak siap.  Memang budak penyabar. Saya pula yang letih  menolong dia.


Bila Mikael dah buntu sangat dan tak jumpa padanan yang betul, sayalah yang tolong dia. Mula mula main, memang saya banyak tunjuk, tapi lepas 2 3 kali main, dia dah tahu dan cepat je buat.



Dah siap. Ben10. Kesukaan dia. Punyalah lama melayan dia main. Tu pun ada berhenti kejap kejap sebab menyusukan baby Mifzal. Lain kali kena beli jigsaw puzzle yang besar sikit supaya tak penat nak mencantumnya. Haha. Lesson to learn for mama.

January 3, 2013

1 Januari kami

Salam semua...

1 Januari 2013. Tiada yang terlalu istimewa. Mulanya kami sekeluarga (baca: saya) merancang untuk ke Taman Burung. Awal pagi kami dah pun gerak. Sampai ke destinasi , perasaan dan badan sudah tidak sedap. Seram sejuk. Hilang terus semangat. En suami pun kata tak payahlah jalan kat bird park, kita jalan dalam kereta je(hati kecewa tapi badan yang kurang sedap terpaksa pasrah). Maka, pusing pusing saja kami di sekitar Jalan Duta. Tengok istana negara dari kejauhan.

On the way balik boleh pulak badan rasa ok sikit. Singgah makan kat KFC dan balik rumah. Telan paracetamol dua biji dan tidur. Bangun dari tidur badan dah rasa ok. Rumah tiada air masa tu. Apalagi, kepala ligat fikir nak mandi mana. Air yang ada hanya cukup untuk minum dan basuh hasil kumuhan. Heheh. Oleh kerana badan dah sedap sikit, kami pun pergi ke Kompleks Renang Sri Siantan yang dekat dengan rumah ni. Swimming plus mandi. Yeehaa.  Bayar 4 ringgit dewasa. Mikael dan Muaz free sebab kurang dari 6 tahun. Kat sini nak mandi memang kena ada swimming attire. Kalau pakai baju  biasa alamat memang kena tegur dengan pekerja di situ dan di arahkan keluar dari kolam renang.


Mikael dah pandai swim, tapi kena guna swim arm band
     

 Muaz penakut sikit

Balik rumah dah dekat nak Maghrib tapi air masih belum ada. Mujur dah mandi. Makan malam pun beli je. Air ada semula lepas Isya'. Syukur sangat. Dengarnya teruk juga krisis air di sekitar gombak dan ulu klang ni, ada kawasan yang berhari hari tiada air. Terpaksa tunggu lori SYABAS bawa bekalan air. Moga cepatlah berakhir krisis air ni. 

Itulah 1 Januari kami yang tak berapa nak best sangat, tapi tetap bersyukur sebab masih di panjangkan usia dan di beri nikmat yang banyak oleh Maha Pencipta.  


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails