April 16, 2011

Keranamu Maharaja Lawak

Salam dan bismillah...


Selamat Hari Sabtu semua...ke mana korang harini?Saya tak kemana, duduk rumah rehat-rehat, relak-relaks dan yeay...tidur berhibernasi...tambah pulak sejuk-sejuk hujan nie, Ya Allah bestnya tak terkata...dah lama tak cuti sabtu sebab dah 3 minggu saya asyik marathon lokum sabtu, bila dah Ahad rasa tak heaven langsung sebab Isnin dah kena keja, so cuti 2 hari ni akan ku manafaatkan semaksimum mungkin untuk bergolek-golek berehat-rehat dirumah..

Masih rasa mengantuk sekarang ni sebab tidur lambat semalam. En hubby takda hari ni,pergi Janda Baik untuk cari port baik punya for school camping, so, mem besar rasa macam malas nak masak harini, nak buat donut jek..hehe..boleh?

Maharaja Lawak punya pasalla saya tidur lambat malam tadi, dan kerana Maharaja Lawak juga saya telah tersubscribe pakej Mustika, hehe...punyala saya menggoda menghasut en hubby supaya beli pakej ni semata-mata nak tengok Maharaja Lawak tau!

Awalnya kami ingat malas nak subscribe tapi mengenangkan yang kami tak mahu terlepas pecah perut  maka malam tadi baru subscribe, satu jam sebelum rancangan baru kitaorang langgan tau. Sampai siap merayu kat Astro costumer service malam tadi supaya kami dapat tengok rancangan ni,sebab mula-mula dia cakap 24jam baru dapat tengok, dan kerana kesian dengan kami, 5 minit lepas hubby call terus dapat channel astro wana...yippie...

Memangla pecah perut gelak tak hengat lagi-lagi tengok Sepah, Jambu dengan Nabil. Dan malam tadi pun Alex sangat best! Boleh kata semua best ar kecuali ada la sorang dua yang tak berapa nak best tak termasuk yg dah terkeluar , sapa ek..hehe, tak mahu sebut sini nanti kena saman!

Tak rasa rugi la langgan sebab lawak diaorang memang klas...Sekarang ni dah 3 terkeluar, tinggallah Jozan, Jambu, Nabil, Jihan, Amir, Sepah, Balas, Alex dan Man..

Memang admire la kat diaorang ni...

Sepah tak pernah mengecewakan lagi setakat ni, paling kelakar lawak orang gila minggu pertama...sakit perut gelak..



Jambu ialah paling kreatif dan memang lain dari lain, minggu lepas punya lawak paling best saya rasa ...


Nabil pun lawak tak hengat, boleh pulak buat lalat jadi piano...kreatif betul...


Siapala yang bakal jadi juara kan, semuanya nampak memberi persaingan sihat, dan berusaha nak menghiburkan peminat masing-masing. Bukan senang nak buat orang gelak ni, memang la kena kerja keras..

Korang tengok tak?Siapa yang korang suka?Cer citer cer citer...

*pictures kredit to Astro.com*

7 comments:

gadisBunga™ said...

of kos kene lawak best2, hadiahnya bukannya sikit. mesti kita nak pelawak terbaik menang kan?

tapi so far nampak paling konsisten adalah nabil lah. huhu~

Unknown said...

GB, betul tu, lawak mesti bermutu sesuai dengan namaya...saya pun rasa nabil antara yg paling konsisten dan kreatif

Dr K said...

kecoh juga dalam paper semalam, adfa pakcik bising2 marah pasal nak tgk rancangan ni dah kena bayar pulak(langgan mustika).

entah la..

saya tak tengok benda ni..so tak boleh nak komen..

Rina Rahamat said...

dah lama sy nak masuk blog ni tp x dpt sbb haritu ada malware..ni dah clean br leh masuk..

sy suka maharaja lawak..sy suka jozan,nabil dan sepah hehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Oh hari ni? I nak gi kedai bakery beli acuan2 kuih. Itu je aktiviti.

Ttg Maharaja Lawak tu? I tak tengok. I pun musykil dgn diri sendiri napa tah sejak Nabil frustkan Irma aritu, tertawar ati I pada dia.. susah utk dibaikpulih lg Dr. Sirna.

Ermayum said...

tak sebab i takda mustika hehe

Diyana said...

hmm aaa..hebat jg eh penangan maharaja lawak ni kan..diyana ni maybe tgk skali skala aje masa balik kampung,jdnye keterujaan itu tak berapa nak ade.ade hati jg nak subsribe warna warni etc dot dot tu...hehe.tp dok berkira2 lagi..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails