April 4, 2011

Bila nafsu menguasai diri, Al-Fatihah untuk adik Saiful Syazani

Salam dan bismillah..

Terkesima betul saya harini..terkesan...sedihnya rasa dihati..

Mesti ramai dah tahu kan, yang adik Saiful Syazani yang dibelasah teruk oleh seorang guru agama telah kembali ke rahmatullah.

Guru yang sepatut jadi pelindungnya, menjadi pendidiknya, yang amat mulia kedudukannya disisi mana-mana agama telah mengikutkan nafsu binatang dan syaitannya. Akibat amarah, terlalu menurut kata nafsu dan hati.

Apalah nak jadi dengan keadaan sekarang ni.

Teringat saya kisah adik Safiah Humaira sekitar tahun lepas yang juga meninggal dunia akibat dibelasah teruk oleh kekasih ibunya.

Bila manusia hilang pertimbangan, dan syaitan menguasai fikiran, perkara sebegini terjadi.

Sedihla...

Lihat wajah anak-anak kita, moga mereka dijauhkan dari insan kejam sebegini...Amin

Al-Fatihah untuk adik Saiful Syazani...

6 comments:

Nia said...

naper keluar malware bila bukak blog u yang,..katanya dari chedet.cc
huhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Al-fatihah.


Sedih betul bila teringatkan dia sebaya Angah.



Belum cerdik lagi budak umur gitu. Apalah yang ada difikiran cikgu dia tu..

DrSinga said...

seksyen 302 kanun kesiksaan
hukuman mati jika sabit kesalahan!

rasakan Beb!!

SyidaGorjes said...

kasi mati itu chegu!

Ann Huda (Ate) said...

Bila nafsu amarah menguasai diri, akal fikiran tak lagi berfungsi.

Ermayum said...

i terkesima jugak marah memang la
but then we dont know what really happen kan - cikgu tu belum lagi dapat mempertahan kan diri dia but if he ever cause this benarlah manusia tetap manusia imam or ustaz tetap boleh melalkukan diluar jangkaan kita

how kerdil and lemah nya manusia - bila datang ujian dan bisikan syaitan tu tewas gak

maybe dia geram sangat sampai hilang akal iya la i pun kalu marah sgt ngan anak2 boleh gak jadi angry ghost :) ishh nauzubillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails