April 17, 2011

Date cake with caramel sauce and vanilla icecream

Salam semua....

Dah seminggu saya perap gambar-gambar ni, asyik terbantut je nak publish. Buat date cake atau kek kurma ni minggu lepas lagi. Lama sangat meroyan teringin nak makan dan buat sendiri selepas sebulan saya makan kek yang sama di Restoran Delicious. Dek terkenang-kenang kelazatan dan aroma yang mengasyikkan makan kek ni, saya sampai termimpi-mimpi kesedapannya yang amatla yummylicious. Nak harap pergi Delicious lagi untuk makan kek ni lambatla sebab bukan selalu makan kat situ sebab mahal dan tak puas makan sebab tak boleh ulang banyak kali..kuikuiku. Tak lama lepas tu saya ada merayau-rayau kat blog Izah dia pun ada buat kek kurma ni,tapi Izah buat versi eggless tapi still nampak sedap..lagila hati saya meronta-ronta nak makan lagi...Tergoda tau!

Aroma kek ini memangla menusuk kalbu. Macam bulan Ramadhan pulak ada kurma yek. Jenuh juga cari kurma  sebab bukan bulan puasa jadi kurma tak semewah dijual macam bulan puasa. Mula-mula pergi JJ tak jumpa, ada pun kurma yang jenis keras tu, pastu harga pun agak mahal, last-last dapat cari kat pasaraya yang dekat dengan rumah. Nampak kurma  yang jenis lembut tu buntang mata terus rembat dan bayar kat cashier.


Bila kurma dah ada apalagi projek pun jalan. Kek ini memang amat mudah dan ringkas tapi rasanya amatla sedapnya. Resepi saya ambil dari blog ni: Meera's Kitchen. Meera ni saya rasa orang Arab berdasarkan feature penyampaian dan blognya dan resepi ni dia cakap resepi air tangan ibu dia. Yeah...i love resepi ibu-ibu ni sebab resepinya mesti yang terbaek. Tapi saya ada la olah sikit-sikit sesuka hati saya. Anyway, thanks to you Meera, love the recipe so much!



Yang bestnya, kek ni kan tak sempat nak tunggu sejuk dah di alihkuasa dimakan oleh 2 hero Malaya Mikael dan babanya. En hubby biasa kalau kuih manis lambat sikit nak makan tapi tup-tup keluar je oven dia pulak yang potong sendiri dan makan dengan Mikael. Tak sempat saya nak menghias bagai dengan karamel dan vanilla icecream.


Siapa teringin nak makan bolehla cuba buat. Resepi yang sangat ringkas dan senang, tak sampai sejam dah siap.Rasanya memang sedap!Sumpah tak tipu, lembut dengan aroma kurma yang sangatla wangi semerbak Oh sangatla heaven...Jom kita zass resepinya...

Date cake with caramel sauce
Resepi Asal: Meera's Kitchen
Resepi diolah: Ladysirna

Bahan-bahan:
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam halus
1 cawan air
1 ½ cawan kurma yang dibuang biji- resepi asal 1 cawan
2 biji telur gred B
½ cawan gula perang-dikisar halus(resepi asal gula biasa)
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan minyak sayuran- saya guna minyak jagung

Cara-caranya:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 165 C
2.Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak
3.Masakkan kurma dengan air hingga mendidih dan tutup api. Masukkan baking soda dan gaul rata(anda akan nampak tindakbalas buih2 putih selepas baking soda dicampurkan). Biar sejuk- step yang ini saya tak ikut Meera sebab dia rendam kurma dalam air panas dan tutup dengan aluminium foil, boleh cuba langkah ini juga
4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk.
5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan vanilla hingga kembang dan putih. Tambahkan serbuk gula perang dan pukul lagi hingga sebati.Kemudian, masukkan minyak dan kacau sekata.
6. Lenyek sedikit kurma yang telah dimasak tadi dengan sudu dan setelah itu masukkan kurma tersebut di dalam adunan telur dan gula tadi dan gaul sekata.
7. Akhirnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lenser dan bakar selama 30minit atau sehingga masak pada suhu 165C. Sementara menunggu kek masak boleh buat sos karamel.

Untuk sos karamel:
 
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
2.Perlahankan api dan gaul hingga gula larut. Tak perlu tunggu mendidih tutup api setelah adunan pekat dan sebati.
3.Hidangkan bersama date cake atau kek kurma yang suam suam bersama aiskrim vanilla.

Cuba, jangan tak cuba...Daa...=)


8 comments:

transformed housewife said...

sedap nampak kek kurma tu. siap ada hias dgn aiskrim vanilla dan karamel sos.

norh said...

mampu tengok je lah..nak buat? hmmm..tak rajin & tak pandai...

Najwa.H said...

bestnya pandai buat kek segala ni... sedap seh...~

Diyana said...

mak eh...meleleh..;)

Nia said...

ala,..ingatkan ade jual tadi..hehe..kes malas nak buat la nih.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Date cake? Wow! Good! Bleh cuba nanti.

Cik Ina Do Do Cheng said...

makcik nengok pun dah terliur .ini garenti sedap.rajin ye memantapkan skill membaking.ekekek

Rina Rahamat said...

bilalah sy nak dpt kekuatan membuat kek sedap mcm nih? hampeh tul tgn nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails