April 30, 2011

Homemade playdough

Salam semua...

Seminggu tak berupdate...ada yang rindu ke?...sigh...perasan bagus

Bersiaran dari Johor

Nak bercerita tentang openday Sarakids yang saya pergi baru ni

Tapi belum buat karangan penulisan berkesempatan

Perasaan saya ke gathering itu...mestilah...ENJOY!!

Ok, tapi entri ini nak share tentang homemade playdough, cerita gathering itu saya simpan dulu la...:p

Ingat tak dulu-dulu, ala, dulu-dulu zaman kita kecil mak ayah belikan tanah liat?Ala, ada juga orang panggil lempung...

Pastu kita main-main , buat macam-macam bentuk objek...buat ikan, bunga, kartun,buku...dan macam-macam lagi...

Ini projek kami haritu...













Homemade playdough

Bahan2:
1 cawan tepung
1 cawan garam
2 sudu minyak masak
2 sudu cream of tar tar
3/4 cawan air
Pewarna makanan mengikut kegemaran masing-masing

Caranya:

Satukan kesemua bahan di dalam periuk.
Kacau dengan api sederhana sehingga adunan tidak melekat
Tutup api
Setelah adunan sejuk, bahagikan kepada empat bahagian dan bulat-bulatkan
Buat satu lubang kecil dan letakkan pewarna makanan di dalamnya
Uli bahagian tersebut hingga warna sebati
Siap untuk bermain!


Kalau dah bosan main permainan yang sama dengan anak-anak, bolehla cuba buat ni
Mesti anak-anak suka...

Tak perlu beli lempung a.k.a tanah liat kat kedai lagi
Jimat dan ianya non toxic playdough...=)

April 22, 2011

Donut sambal pedas manis

Salam semua...

Siapa suka makan donut?

Biasakan donut sambal ni jarang saya jumpa jual, maklumla sekarang kan banyak donut moden, yang manis-manis tu, remember my en hubby kan tak suka manis jadi hari minggu tu saya buat minum petang donut pedas. Donut sambal ni mengimbau kenangan masa zaman persekolahan saya. Makcik kantin tu selalu jual donut sambal, sedap sangat memang terbaek yang saya pernah makan. Makcik tu memang terror buat kuih.

Buat donut ni simple je, kali ni saya try resepi yang tak guna telur. Sedap juga, cuma bila dah keesokan hari keras sikit dah donut tu.

Dapat resepi dari blog ini, tapi ada sedikit perderhakaan resepi, hehe=).Anyway thanks lensa hidup.


Resepi donut sambal pedas manis

Resepi asal: Lensa Hidup
Diolah oleh: Ladysirna

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh dough softener
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan mentega
1 cawan air
2 sudu makan susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
2/3 sudu teh gula

Cara-caranya:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan air, susu pekat, garam dan gula. Tutup api.
2. Dalam satu mangkuk, satukan tepung dan yis. Gaul rata. Masukkan dough softener.
3. Tambahkan campuran mentega tadi dan uli dengan tangan hingga tidak melekit. Jika melekit tambah sedikit tepung.
4. Cetakkan menjadi donut dan tunggu dalam 1/2 jam hingga adunan naik dan goreng hingga keperangan.

Bahan-bahan untuk sambal:

10 sudu besar cili kering yang sudah dikisar(terpulang kalau nak lebih sambal atau kurang)
Air
2 ulas bawang putih- ditumbuk
3 ulas bawang merah- ditumbuk
Garam-secukup rasa
Gula- secukup rasa(saya letak lebih sedikit untuk nampak sambal lebih berkilat)

Cara-caranya:
Tumis bawang hingga wangi, masukkan cili kering kisar, tumis sehingga benar-benar garing, tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendapat sambal yang likat dan garing, masukkan donut yang telah digoreng tadi


Saja buat lebih sambal sebab saya memang obses sambal , memang pantang kalau makan sambal tapi kuah sambal sikit, tak nikmat rasanya, tu sampai nama blog pun sambal


Versi donut moden untuk Mikael dan Muaz

Hari ni dah hari jumaat, selamat bercuti kepada yang cuti dan saya ada event yang sangat happening hari Ahad ni iaitu Sarakids Open Day and Breastfeeding Gathering di Denai Alam Recreation Centre (DARC) Shah Alam Ingat tak saya ada cerita pasal event ni dalam entri yang lepas. Boleh zass ke blog Farah kalau nak tahu lebih lanjut pasal event ni. Terujanya nak ke sana nanti. Okey, selamat berhujung minggu...

April 21, 2011

Nama aku Atan

Salam semua...


Nama aku Atan
Aku datang dari hutan
Aku ada kawan, nama dia Nurul

Tu...dia rambut panjang mengurai
Dia duduk tepi pokok tu...

Melati, melati...(bukan nama sebenar, seorang perempuan Melayu), sambil goyang goyangkan badan
Bukanlah, nama aku Atan!

Kau siapa?
Kau kawan aku kan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Itu ialah dialog seorang patient
Tiba-tiba dia jadi begitu
Simpati tapi tersenyum gelihati kerana dialog itu
Moga dia cepat sembuh

April 20, 2011

Sudah 10kilo

Salam semua...

Adik Muaz baru dapat injection MMR. Hari ini.

Dia dah 13 bulan...

Sila jangan ikut kealpaan ibubapa Muaz  ini. Mama dia sudah lambat bawa dia inject ya. Apala nak jadi mama Muaz ni

Aku lupa, aku lupa!Eh, bukan, saya sibuk berdansa sibuk kerja ya, asyik tangguh hari ke hari sampai tak sedar dah sebulan terlewat. Kejam sungguh. Huhuhu...

Sudah 10 kilo adik Muaz.Patutlah...Mengah, semput dan lenguh tangan kalau mendukung dia lebih dari 10minit.

Muka semalam...letih melayan dia tak mahu tidur, restless so mama snap gambar, see...dia dah pandai senyum depan kamera=)


Muka tadi..sememeh je budak baru lepas kena injection...Tapi dia nanges sikit aja td, adik Muaz kuat sepert Tiger..hehe, Ir Muaz to be=)

Nota kaki: Jangan tiru macam mama Muaz ya, hepp nak kena babab ni lewat bagi imunisasi...

April 17, 2011

Date cake with caramel sauce and vanilla icecream

Salam semua....

Dah seminggu saya perap gambar-gambar ni, asyik terbantut je nak publish. Buat date cake atau kek kurma ni minggu lepas lagi. Lama sangat meroyan teringin nak makan dan buat sendiri selepas sebulan saya makan kek yang sama di Restoran Delicious. Dek terkenang-kenang kelazatan dan aroma yang mengasyikkan makan kek ni, saya sampai termimpi-mimpi kesedapannya yang amatla yummylicious. Nak harap pergi Delicious lagi untuk makan kek ni lambatla sebab bukan selalu makan kat situ sebab mahal dan tak puas makan sebab tak boleh ulang banyak kali..kuikuiku. Tak lama lepas tu saya ada merayau-rayau kat blog Izah dia pun ada buat kek kurma ni,tapi Izah buat versi eggless tapi still nampak sedap..lagila hati saya meronta-ronta nak makan lagi...Tergoda tau!

Aroma kek ini memangla menusuk kalbu. Macam bulan Ramadhan pulak ada kurma yek. Jenuh juga cari kurma  sebab bukan bulan puasa jadi kurma tak semewah dijual macam bulan puasa. Mula-mula pergi JJ tak jumpa, ada pun kurma yang jenis keras tu, pastu harga pun agak mahal, last-last dapat cari kat pasaraya yang dekat dengan rumah. Nampak kurma  yang jenis lembut tu buntang mata terus rembat dan bayar kat cashier.


Bila kurma dah ada apalagi projek pun jalan. Kek ini memang amat mudah dan ringkas tapi rasanya amatla sedapnya. Resepi saya ambil dari blog ni: Meera's Kitchen. Meera ni saya rasa orang Arab berdasarkan feature penyampaian dan blognya dan resepi ni dia cakap resepi air tangan ibu dia. Yeah...i love resepi ibu-ibu ni sebab resepinya mesti yang terbaek. Tapi saya ada la olah sikit-sikit sesuka hati saya. Anyway, thanks to you Meera, love the recipe so much!



Yang bestnya, kek ni kan tak sempat nak tunggu sejuk dah di alihkuasa dimakan oleh 2 hero Malaya Mikael dan babanya. En hubby biasa kalau kuih manis lambat sikit nak makan tapi tup-tup keluar je oven dia pulak yang potong sendiri dan makan dengan Mikael. Tak sempat saya nak menghias bagai dengan karamel dan vanilla icecream.


Siapa teringin nak makan bolehla cuba buat. Resepi yang sangat ringkas dan senang, tak sampai sejam dah siap.Rasanya memang sedap!Sumpah tak tipu, lembut dengan aroma kurma yang sangatla wangi semerbak Oh sangatla heaven...Jom kita zass resepinya...

Date cake with caramel sauce
Resepi Asal: Meera's Kitchen
Resepi diolah: Ladysirna

Bahan-bahan:
1 cawan tepung superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam halus
1 cawan air
1 ½ cawan kurma yang dibuang biji- resepi asal 1 cawan
2 biji telur gred B
½ cawan gula perang-dikisar halus(resepi asal gula biasa)
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan minyak sayuran- saya guna minyak jagung

Cara-caranya:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 165 C
2.Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak
3.Masakkan kurma dengan air hingga mendidih dan tutup api. Masukkan baking soda dan gaul rata(anda akan nampak tindakbalas buih2 putih selepas baking soda dicampurkan). Biar sejuk- step yang ini saya tak ikut Meera sebab dia rendam kurma dalam air panas dan tutup dengan aluminium foil, boleh cuba langkah ini juga
4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk.
5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan vanilla hingga kembang dan putih. Tambahkan serbuk gula perang dan pukul lagi hingga sebati.Kemudian, masukkan minyak dan kacau sekata.
6. Lenyek sedikit kurma yang telah dimasak tadi dengan sudu dan setelah itu masukkan kurma tersebut di dalam adunan telur dan gula tadi dan gaul sekata.
7. Akhirnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lenser dan bakar selama 30minit atau sehingga masak pada suhu 165C. Sementara menunggu kek masak boleh buat sos karamel.

Untuk sos karamel:
 
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
2.Perlahankan api dan gaul hingga gula larut. Tak perlu tunggu mendidih tutup api setelah adunan pekat dan sebati.
3.Hidangkan bersama date cake atau kek kurma yang suam suam bersama aiskrim vanilla.

Cuba, jangan tak cuba...Daa...=)


Gila membaking

Salam dan bismillah...

Actually sejak dua menjak ni saya suka benor membaking atau dalam bahasa pasarnya kita bakor , kita bakor..hehe=)

Maklumla, nak memantapkan skill buat kuih kononnnya. Kuih melayu tradisional pun belum berapa nak pass lagi dah sibuk saya nak try kuih omputih bagai. Kuih muih, dessert dan makanan ni bagai dah sebati dalam diri saya sebab mak saya pun besarkan saya dulu jual kuih je. Seawal 4 pagi bangun buat kuih. Sebelum tu pernah buka kedai makan masa saya belum lahir tapi kena tipu dengan orang dan bisnes lingkup. Lepas bisnes bungkus mak balik kampung dan menyara kami dengan jual kuih. Kadang mengalir air mata saya bila kenang susah payah emak besarkan saya. Ya Allah, rindunya kat emak saya sekarang...waaa...

Ok, berhenti beremo ya cik Ladysirna

Saya perasan saya jadi addicted kat membaking ni sejak pregnantkan Muaz lebih kurang 5 bulan masa tu. Sebabnya, en hubby dapat cabutan bertuah oven@ketuhar masa Family Day sekolah dia. Memang masa tu saya berangan nak beli oven dah tapi tak terbeli-beli. Tak sangka angan-angan saya bertukar jadi durian runtuh. En hubby kalau bab lucky draw memang selalu bertuah tau. Murah rezeki alhamdulillah...

Lepas dapat oven apalagi saya la orang paling gumbira sekali. Start situla saya bereksperimen dengan buat macam-macam jenis dessert, kek dan kuih. Paling terbaru roti..hehe...Sebelum tu saya suka juga memasak-masak dan buat dessert tapi takla sampai setiap minggu. Maklumla orang kerja gomen ni bukan ada banyak masa pun tambah pulak sibuk je memanjang.

Sebenarnya kepuasan memasak ni sukar di gambarkan. Kita rasa seronok bila dapat sediakan makanan untuk family sendiri. Lagi-lagi kalau dipuji. Bukan riak ke takbur cuma kita rasa puas sebab kita tahu air tangan itu yang terbaik. Paling penting ia bersih, berkhasiat dan tidak banyak perasa tambahan yang tak baik untuk kesihatan.

Biarla kadang rupa makanan tu tak berapa nak cantik tapi kalau dah rasa sedap, bak kata en hubby yang penting masuk perut kenyang.  Mak saya selalu pesan air tangan seorang ibu tu yang akan buat anak-anak terkenang kenang gila bayang . Macam saya terkenang-kenang pajeri terung mak saya yang terbaik wok...Air tangan kita juga yang menambat hati suami.  Sebab tu orang tua ada berkata, perempuan belajar tinggi mana pun akan ke ceruk dapur. Dan saya setuju dengan bidalan ini.

Okla, sebelum kelaut saya menulis baik saya stop sini yek. Selamat Hari Ahad dan senyum selalu=)

April 16, 2011

Segmen: BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Salam dan bismillah...

Sedang leka berblogwalking terperasan kat blog Ben Ashaari segmen ni..Terus rasa teruja nak join..






Tujuan Ben gegar lagi ni nak kumpul seberapa banyak blog, so kalau nak tersenarai cepat-cepat buat entry sebab tarikh tutup esok(Ahad)...Ok, selamat minum petang...=)

Keranamu Maharaja Lawak

Salam dan bismillah...


Selamat Hari Sabtu semua...ke mana korang harini?Saya tak kemana, duduk rumah rehat-rehat, relak-relaks dan yeay...tidur berhibernasi...tambah pulak sejuk-sejuk hujan nie, Ya Allah bestnya tak terkata...dah lama tak cuti sabtu sebab dah 3 minggu saya asyik marathon lokum sabtu, bila dah Ahad rasa tak heaven langsung sebab Isnin dah kena keja, so cuti 2 hari ni akan ku manafaatkan semaksimum mungkin untuk bergolek-golek berehat-rehat dirumah..

Masih rasa mengantuk sekarang ni sebab tidur lambat semalam. En hubby takda hari ni,pergi Janda Baik untuk cari port baik punya for school camping, so, mem besar rasa macam malas nak masak harini, nak buat donut jek..hehe..boleh?

Maharaja Lawak punya pasalla saya tidur lambat malam tadi, dan kerana Maharaja Lawak juga saya telah tersubscribe pakej Mustika, hehe...punyala saya menggoda menghasut en hubby supaya beli pakej ni semata-mata nak tengok Maharaja Lawak tau!

Awalnya kami ingat malas nak subscribe tapi mengenangkan yang kami tak mahu terlepas pecah perut  maka malam tadi baru subscribe, satu jam sebelum rancangan baru kitaorang langgan tau. Sampai siap merayu kat Astro costumer service malam tadi supaya kami dapat tengok rancangan ni,sebab mula-mula dia cakap 24jam baru dapat tengok, dan kerana kesian dengan kami, 5 minit lepas hubby call terus dapat channel astro wana...yippie...

Memangla pecah perut gelak tak hengat lagi-lagi tengok Sepah, Jambu dengan Nabil. Dan malam tadi pun Alex sangat best! Boleh kata semua best ar kecuali ada la sorang dua yang tak berapa nak best tak termasuk yg dah terkeluar , sapa ek..hehe, tak mahu sebut sini nanti kena saman!

Tak rasa rugi la langgan sebab lawak diaorang memang klas...Sekarang ni dah 3 terkeluar, tinggallah Jozan, Jambu, Nabil, Jihan, Amir, Sepah, Balas, Alex dan Man..

Memang admire la kat diaorang ni...

Sepah tak pernah mengecewakan lagi setakat ni, paling kelakar lawak orang gila minggu pertama...sakit perut gelak..



Jambu ialah paling kreatif dan memang lain dari lain, minggu lepas punya lawak paling best saya rasa ...


Nabil pun lawak tak hengat, boleh pulak buat lalat jadi piano...kreatif betul...


Siapala yang bakal jadi juara kan, semuanya nampak memberi persaingan sihat, dan berusaha nak menghiburkan peminat masing-masing. Bukan senang nak buat orang gelak ni, memang la kena kerja keras..

Korang tengok tak?Siapa yang korang suka?Cer citer cer citer...

*pictures kredit to Astro.com*

April 14, 2011

Macam siput

Salam dan bismillah...

Hai semua..baru boleh nak update..Fed up sikit dengan line internet seminggu ni, broadband slow yang amat, macam siput..siput pun laju, loading sampai setengah jam!

Nak lompat-lompat blog kawan-kawan pun susah. Page not found...nak kata tak bayar bil, dah bayar siap in advance lagi, entahla labu...

Broadband yang slow
+
Ada course minggu ni
+
         tetap kena kerja walau ada course  
 +
   balik kerja dah lepak
  + 
    Muaz tak nak lepaskan mamanya
  =
     Blog tak update!

Tertekan juga bila tak dapat membebel menulis kat sini, dan terfikir patutkah saya menukar broadband ke talian internet tetap?






   



April 8, 2011

Kwik cut!

Salam dan bismillah...

Jom layan gambar budak-budak hensem lagi comel macam mama dia ni

Baru ni bawa diaorang potong rambut, eh, ke korang panggil gunting rambut...apa-apa jela

Kami bawa Mikael dan Muaz ke Kwik Cut kat carrefour. First time potong rambut sini. Biasa kalau kedai mamak dalam 8 hengget je tapi kat sini mahal la sikit 13 hengget.

Dulu Mikael takut sangat kalau bawa dia potong rambut sebab dia takut dengan mesin cukur tu. Sampai menangis dibuatnya. Tapi sekarang dah big boy, tak takut langsung, lagipun mesin cukur kedai ni senyap je, tak menakutkan budak-budak..

Adik Muaz lagi senyap, kena pegang dengan baba langsung diam je, baik betul, tak takut langsung
Ini first time Muaz potong rambut selepas bercukur dan jadi little shaolin haritu.

Sebenarnya rambut diaorang ni nipis je bukanla lebat beno, taklah nampak serabut sangat kalau tak potong tapi saya suka kalau potong supaya nampak lagi kemas.


selamba je Muaz..memang tak takut..tapi menganga je mulut, pelik apala uncle ni pegang-pegang rambut adik yek...



Mikael yang nampak cam takut tapi control macho...


Notakaki: Pernah nampak kat TV orang potong rambut guna parang/pisau...Seriau betul tengok, tapi hasilnya kemas tau!

April 6, 2011

Roti sosej dan cheese cake

Salam dan bismillah...

Hai semua..maafla, ini sepatutnya entri dah lemau, tapi dengan perasaan 'perasan bagus' (read as: poyo) saya nak tayang roti sosej roll u..saya buat hari sabtu lepas. Kali ni roti saya jadik okey, lembuts je walau dah 2 hari...kali ni guna resepi dari fendi@myresepi. Terima kasih ye en fendi...oh ya, saya ada tambah bread improver and bread softener  sebab dalam resepi takda letak. Pastu saya jadikan tangan saya sebagai breadmaker tiruan..hehe


pedulikan roti yang tak berapa nak cantik ni, saya memang lemah sendi seni kreativiti..haha


Habis je mengerjakan roti sosej, projek saya malam tu buat cheese cake pulak...tolongla fikir saya masih siuman ye puan-puan, tension kerja hilang rasanya bila buat kerja-kerja macam ni. Resepi saya ambil dari youtube, resepi omputih..haha, harini saya kemalasan nak cnp resepi so, siapa teringin nak buat silala  tanya en google yek..


kelakarla rupa cheese cake ni, hehe...ada aku kesah?

Notakaki: Sekarang ni musim orang buat macaroon ek?Katak bawah batu baru tahu pasal kuih Perancis ni..Macam best je...Macam nak try je..Siapa ada resepi?

April 4, 2011

Bila nafsu menguasai diri, Al-Fatihah untuk adik Saiful Syazani

Salam dan bismillah..

Terkesima betul saya harini..terkesan...sedihnya rasa dihati..

Mesti ramai dah tahu kan, yang adik Saiful Syazani yang dibelasah teruk oleh seorang guru agama telah kembali ke rahmatullah.

Guru yang sepatut jadi pelindungnya, menjadi pendidiknya, yang amat mulia kedudukannya disisi mana-mana agama telah mengikutkan nafsu binatang dan syaitannya. Akibat amarah, terlalu menurut kata nafsu dan hati.

Apalah nak jadi dengan keadaan sekarang ni.

Teringat saya kisah adik Safiah Humaira sekitar tahun lepas yang juga meninggal dunia akibat dibelasah teruk oleh kekasih ibunya.

Bila manusia hilang pertimbangan, dan syaitan menguasai fikiran, perkara sebegini terjadi.

Sedihla...

Lihat wajah anak-anak kita, moga mereka dijauhkan dari insan kejam sebegini...Amin

Al-Fatihah untuk adik Saiful Syazani...

April 2, 2011

Rakaman Tulen V/S Pelakon Tulen

Salam dan bismillah...

Hah, budak2 jangan baca yer..hati saya ni panas je sebenarnya tengok berita semalam, pandai putar belit bahasa erk..saya memang tak dapat A1 bahasa melayu ok tapi saya bukan antara manusia yang boleh diperbodohkan...

"RAKAMAN VIDEO SEKS TULEN"

Sentap tak sentap?Saya confirm kalau makcik-makcik yang tak pernah buka internet kat kampung-kampung tu dengar je, mesti kata...

Oh...betulla A_ W_R tu , betulla tu dia buat....

Rakaman memang la tulen, tapi pelakon daam rakaman tu tulen ker?Orang yang itu ke?

Cuba buat macam ni, bagi berita yang lebih tepat

"RAKAMAN VIDEO SEKS TULEN TETAPI PELAKON SEKS BELUM DAPAT DIPASTIKAN"

Saya bukan bodoh ya, dan saya belum mendaftar jadi pengundi lagi

Dan mungkin tidak akan...

Malam tadi juga dpt tahu RON97 naik lagi 20sen...naiklah semuanya

Bagus, rakyat didahulukan...:P

Notakaki: Dulu masa kecil saya tak faham, sekarang saya bukan budak kecil lagi

April 1, 2011

....dalam botol

Salam dan bismillah...

Hai semua, maaflah dah nak senja kala baru blog ni berupdate, puan dokter sibuk ya hadirin sekalian, walau bagaimanapun miss uolls la=)

Oh ya, pagi tadi dengar kat radio yang filem ...dalam botol terbitan Raja Azmi dah kutip almost 1 million yer after seminggu ditayangkan. To good to be true..hehe. Filem ni kan penuh kontroversi, dari mula pembikinannya sampaila sekarang. Ada siapa-siapa dah tengok ke? Bagila prebiu sikit...

Saya?Hah..jangan harap saya pergi tengok...kuikuikui...tunggu masuk TV je la. Saya kedekut  bukan minah kaki wayang sebab saya minah rewang je. Bukan apa, saya fobia sikit masuk panggung wayang, macam seram jer....gelap jer...pastu saya kalau bab tengok wayang memang down in list la...en hubby pun sama, kami sehati sejiwa cewah..:p

Cakap pasal filem ni, filem ni kan pasal manusia dua alam. Teringat pulak cerita donut kat Astro haritu. Lelaki lembut diumpamakan macam donut. Nampak keras tapi bila tekan....lembik. Hehe...
Tapi lelaki lembut tak sama ye dengan lelaki 2 alam. Totally different okay...The latter is the one dalam cerita ...dalam botol ni.Tapi camana pulak dengan gay?Yang tu kategori mana ye?

Komen?Saya takda komenla sebab tak tengok lagi cerita ni. Tapi saya rasa disebabkan kontroversi itulah filem ni berjaya kumpul 1 million in one week.

Nota kaki: Kawan saya bagitahu, lelaki gay ni suka pergi gym?Betul ke? En hubby pun cakap yang sama sebab dia pernah kena "ngorat" dengan "lelaki" itu di gym...haaaahh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails