April 20, 2010

My confinement period

Salam dan bismillah....

Sedar tak sedar hari ni dah hari ke 42 Muaz dilahirkan, dan dah 42 hari juga saya secara "official"nya berpantang..hakikatnya saya bukan benar-benar berpantang, percaya tak saya dah keluar rumah for the first time masa hari ke-6---sebabnya, bawa Muaz ke hospital sebab dia jaundice. Then, saya keluar lagi hari ke 10 bawa Mikael ke klinik sebab dia demam panas dan diarrhea...Hari ke 30 saya ke LHDN setelkan income tax pastu oleh kerana Jaya Jusco sebelah tu je saya pun apa lagi, gatalla kaki ni kesana! Ini, kalau orang tua-tua tahu wajib kena bebel kan? Nasib baik mak saya sporting dan tak bising, cuma pesan jangan jalan laju-laju. Berpantang mesti 44 hari..siapa sebenarnya yang wujudkan angka 44 tu? Kenapa 44 hari? 45 hari tak boleh? 43 hari ke? Kenapa 44? Ntahla, dari turun temurun memang itulah yang diberitahu dan diamalkan. Itu yang mak saya jawab. Sound cliche kan? Hmm, takpala, terima jela. Eventhough  i'm healthcare provider tapi  saya tak reject amalan turun temurun berpantang macam kena elak makan itu ini, makanan berbisa, sejuk, berangin, dan berminyak tak boleh makan, tak boleh angkat berat2, tak boleh sejuk2, pakai stokin, ikat rambut tinggi-tinggi, pakai param pilis segala dan berurut, berbengkung, bertungku , bertangas(eh, yang last tu saya tak buat LOL) kerana ada rasionalnya di situ. Cuma bab tak boleh keluar rumah je saya tak ikut sebab saya memang tak reti duduk rumah je(nampak sangat suka berjalan ye).

Cakap pasal bab makan..mak mertua saya memang agak strict, dulu masa time Mikael, dia tak bagi saya makan sayuran  segala mahupun ikan dan ayam segala. Di tumbukkan lada hitam dan ikan bilis goreng tanpa minyak untuk saya makan dengan nasi panas. Haha, saya makan juga tapi makan makanan lain juga. Saya beritahu dia boleh sebenarnya makan sumber2 protien dan sayur-sayur. Nasib my MIL tu boleh terima. Yelah, she's the sporting mom in law in da world! Sayang mak! Yolah, tak selero tokak den. Tapi sedap juga makan lada hitam ngan ikan bilis ni, tapi kalau sampai 44 hari, sapa tahan? Untuk 4 minggu pertama haritu lauk-lauk yang saya makan adalah lauk-lauk wajib ulang. Menu-menu sihat dan menu-menu panjang umur. Hubby kata bagus kalau dapat amalkan lepas pantang pun. Hubby siap google lagi semua jenis makanan yang boleh dan tak boleh makan masa pantang sebab dia yang akan ke pasar. Biasanya saya akan breakfast ngan roti kosong dan susu anmum lacta plus milo. Kekadang alternate dengan cornflakes, oat(adala 2-3 kali je---kurang suka makan oat) ataupun mak saya buatkan lempeng pisang. Menu saya untuk dinner and lunch pulak ialah ikan bakar, sup ikan, sup daging, sup ayam, dan masak singgang ikan .Ikan ikan yang saya makan hanya ikan merah, selar, dan tenggiri tak termasuk ikan bilis. Ikan haruan tak makan sebab hubby tak dapat cari. Saya tak makan ikan kembung, bawal hitam, keli dan lain tu sebab berbisa. Ahah, tang mana berbisa tu? Entahla, ikut aje. Sayur plak memang banyak la saya tak makan, so, sayur yang banyak kali di ulang masak ialah sawi, brokoli dan carrot. Either masak bening(tanpa minyak) atau goreng dengan very minimal oil. Itulah lauk saya setiap hari. Lepas je sebulan, saya cakap kat mak dah tak tahan makan resipi sama je, then dah start makan yang goreng2 sikit dan mula makan pedas2 sikit. Dah start makan udang tapi ambil kuantiti sikit je. Sekarang, belum cukup 44 hari saya dah mula makan masakan biasa, gulai lemak dan kari pun saya dah belasah makan. Buah pula saya banyak makan epal merah, pisang dan kurma. Kuantiti nasi pun saya takda sekat-sekat, lapar saya makan banyak, kenyang sikitla. Maklumla, nak mengoptimumkan penghasilan susu badan. Alhamdulillah, susu badan melimpah-limpah! Saya tak mahu terlalu strict bab makan. Eventhough saya makan banyak nasib berat badan tak terlalu naik. Last week saya timbang berat saya dah turun ke 62 kg daripada 72 kg masa last pregnancy haritu. Target saya lagi 5 kg ke berat asal tapi saya tak mahu terlalu memikirkannya. Lemak-lemak kat perut ni masih malas nak mengundur diri, jadi biarla dia stay dulu..hahaha..InsyaAllah habis je pantang ni saya nak mula berjoging. Dah lama sangat tak joging. Jog really help me a lot!

Haritu, lepas je bersalin saya memang berbengkung setiap masa, almost 24hour everyday, tapi sekarang kekadang ada ponteng. Tula pasal perut saya belum kempis macam kerengga lagi! Saya guna bengkung jenama Mustika Ratu. Ingat pasni harus saya beli korset, senang sikit nak pakai. Tengoklah, bukan keutamaan buat masa ni(as long as hubbyku tak bising, abang tak kisah kan?). Saya berurut 3 hari awal berpantang haritu. Mak bidan yang urut saya ni saya panggil Mak Dayang. Sehari bayarannya kebabom la juga, tapi hasil urutannya best! Dia tungku saya pun lama, urut pun lama. Sambil urut2 sambil berborak. Dia juga buatkan air daun mandian untuk saya. Sekarang dah tak mandi air daun tu, saya mandi ngan air suam je. Kiranya walaupun belum cukup 44 hari, saya dah macam tak berpantang. Siap boleh dukung Mikael yang berat dia 14kg tuh!

Itula pengalaman berpantang kali ni. Mommies yang lain mesti ada experience berbeza kan? Share la ngan saya...

6 comments:

transformed housewife said...

Knur berpantang anak first arwah mak sempat jaga. ikut betul except for mintak juga nak mkn sayur2. tak tahan tak boleh buang air besar 5 hari! Anak kedua, bersalin di NZ. tak berpantang sgt sbb MIL dtg 2 mg je lps tu pandai2 sendiri je. CUma bengkung tetap pakai sbb mmg dibawa dr Msia.

Syida said...

mak kita mmg strict time pantang ni. Ikutkan jela. Makan belut hari2...
Tapi alhamdulillah by the time 44 days, berat dah balik asal iaitu 38kg.

Unknown said...

kak nur, tula, saya makan sayur pun sembelit, kalau tak makan lagila tak boleh buang air besar lgsg..

Unknown said...

syida, wow, u makan belut eh?rasa apa ek?

Eray Majid said...

pantang?? aduh sgt terseksa sepanjang tempoh pantang itu. pasal makan saya boleh tolerate lagi.

yang x bley tahan kipas x leh kuat2, mandi skali jek satu hari. adduusss saya rase sungguh masam waktu pantang tuh.

Unknown said...

eray..yeke?wah, strict juga ya, hubby pun tak bg saya sejuk2 sgt tp sy jwb dah cuaca panas takkan nk berkelubung pulakkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails