February 20, 2011

Pau Kacang Merah

Salam dan bismillah...


Silalah percaya korang, sesungguhnya saya semakin berkobar-kobar belajar memasak dan try new recipes sekarang, entahlah, nak kata i depressed takla juga, manic(gembira terlebih) sikit kot. Oleh kerana my red bean paste ada baki lagi dlm esbox tuh saya pun merajinkan diri mengepau. Sebenarnya tergoda tengok pau inti kelapa kak inahar arituh, membara jek dlm ati ni nak try, finally dapat gak buat semalam..kuikui...


Resepi ni saya cnp dari kak ton @My Resepi, minta izin ye kak ton..kak ina pun guna resepi yang sama gak..thanks to both of them..sukanya saya, gumbira...alhamdulillah menjadi juga walau tak pakai tepung pau..












Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)---saya pakai tepung superfine sebab tuh kaler tak putih gebus tapi kuning memikat, cewah..
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran---saya guna mentega sebab takda stock
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...



8 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bagus!!! Mari kita kembali rajin ke dapur Pn Doc. Seronok kan bila buat sesuatu pastu hasilnya jadi mcm kat kedai. Memang kelihatan sungguh menjadi dan membulat pau u tu Pn Doc.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Rajinnya buat pau, makcik dah lama tak buat pau.inti kacang merah ngan kaya memang sedap.

Unknown said...

Nak ckit.. Pos laju anto kampung ya!! He he.

Unknown said...

MM---yezza..excited terlebih pon ada..hehe

cik ina---hang dah master,aku amateur g..memang tak boleh tahan weh aku kalau bab kacang merah, kaya aku tak berapa suka

Abang@AA---ala, dah selamat dlm peyut la..nanti balik kg saya buat spesel kay=)

transformed housewife said...

knur tak pernah cuba bat sendiri lg pau. suka mkn tapi ntahla bila nak cuba buat. huhu

h4ni3 said...

Rajinnya...!!!!

Pau saya? ..... beli brand Karts saje

hehehe

Anonymous said...

salam...

saya suka sangat pau kacang merah ni...kalau balik tang KL mesti singgah di R&R Sbn..pekena dulu Pau ni....baru legaaa..

Unknown said...

k nur--cubala buat, sure ur kids will like it!

hanie--hehe,rajin tang ni jek.. benda lain malas..^_^

sekamar rindu--cicah kopi O sedap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails