February 19, 2011

Spagheti daging cincang@Bolognese

Salam dan bismillah...

Fuh...lama tak berupdate blog ni, sori ya korang, tuan rumah dalam mood malas, nak kata busy sgt takdala pulak

Nak share sikit resepi spagheti daging cincang saya, buat last week lagi , dah selamat pun jadi darah daging..hehe

En Hubby suka makan ni, tapi my boy Mikael tak berapa suka, so kalau masak ni kena masak nasi juga,tekak Melayu si Mika ni...


Resepi Spageti Daging Cincang(untuk 6-8 orang)

Untuk spaghetti:
500gm Spaghetti
Sedikit minyak sayuran
Sedikit garam

Untuk kuah:
2 ulas bawang putih(cincang)
1 biji bawang besar(hiris halus)
3 sudu besar minyak sayuran
400gm daging cincang
100gm lobak merah
100gm brokoli
500gm pes tomato/sos prego
2 sudu sos tomato
sedikit serbuk lada hitam
sedikit herba campuran(basil, thyme)---yg ni saya tak letak coz takde stok kt umah, tak letak pun sedap gak

Caranya:
Untuk kuah:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar diikuti dengan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak daging hingga separuh empuk. Masukkan lobak merah dan brokoli. Masukkan pes tomato dan tambah sedikit air jika terlalu pekat. Biarkan daging empuk dan gaul sekali sekala dengan api perlahan. Setelah daging agak lembut, tambahkan sedikit sos tomato dan lada hitam. Perasakan dengan garam.

Untuk Spaghetti:
Basuh spaghetti dan toskan. Sebelum itu didihkan air dalam anggaran 1 liter. Bila air sudah mendidih, masukkan sphagetti. Tambahkan sedikit minyak dan perasakan dengan sedikit garam. Rebus sehingga empuk dan toskan.

Hidangkan kuah diatas sphaghetti. Taburkan sedikit keju parmesan.
(saya suka letak banyak coz sedap)
Sedia dimakan.

#ada orang letak capsicum, boleh gak nak letak, tapi saya sekeluarga tak makan sebab tak berapa minat
#boleh gak tambah cendawan butang kalau suka

4 comments:

transformed housewife said...

kami suka minced meat, mushrooms, grated carrot and a little bit of BBQ sauce with tomato puree.

Ladysirna said...

kak nur---sedap ek kak letak BBQ sauce, boleh try pasni=)

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Dah lamanya tak masak spagethi cam ni. rajinnya ko.lamanya ko tak update blog, kenapa penyakit M melanda ye.hua hua.

Ladysirna said...

tula cik ina, aku kalau dah terjebak dengan M susah weh, tp sekarang ni berbelog balik untuk mengubat hati yg lara, cewah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails