February 25, 2012

Dilema taska

Muaz demam lagi. Demam setelah habis makan antibiotic selepas 5 hari. Jangkitan kuman baru pulak sebab haritu memang dia totally well. Sejak 2 bulan hantar ke taska ni tak silap dah 5-6 kali dia asyik demam . Pernah dapat conjunctivitis(sakit mata) juga. Sekali haritu sampai keluar rashes banyak dan ulser mulut sampai saya seriau kalau ia hand foot mouth disease. Mujur tidak.


Bukan merungut bila anak sakit tapi bayangkanlah hampir saban minggu dia demam. Saya fikir mungkin Muaz kurang serasi tinggal di taska. Dengan menangis setiap pagi bila dihantar. Dahla taska itu tidak berdaftar dengan JKM. Rasa bersalah juga hantar dia ke tempat yg tidak berdaftar. Masalahnya dalam list JKM tidak banyak taska sekitar rumah saya yang berdaftar. Jika ada pun sudah penuh kouta. Memang itulah kebaikan taska berdaftar sebab mereka takkan sesuka hati ambil ramai budak jika bilangan guru/pengasuh tidak menepati ratio.


Kini perkara yang semua ibubapa takuti bila hantar anak ke taska ialah selalu sakit. Itulah yang terjadi pada saya. Setiap hari pergi kerja hati tak tenang. Habis cerita sakit soal kebersihan pulak. Saya dan en hubby pernah terjumpa ketul ketul kecil najis Muaz seolah olah masa dia berak tak dicuci dengan bersih!Aduh...tertekan rasanya..


Saya sedang berkira kira mahu hantar dia ke pengasuh saja. Masalahnya saya sukar mendapatkan pengasuh. Huhu. Walau pengasuh biasanya tiada sijil menjaga budak tapi mereka ni kebiasaanya sukakan kanak kanak dan berpengalaman. Ada sesiapa sudi jaga Muaz saya tak?hihi..


Saya nekad. Menunggu satu taska berdaftar ni call saya. Katanya kalau ada kekosongan dia akan call. Jika tidak saya akan usaha juga sampai dapat pengasuh. Moga Allah beri saya petunjuk dan mudahkan urusan yang satu ini. Dan doakan Muaz saya cepat sembuh.


Tengok tu dia masih cergas main walau demam. Itu gambar demam haritu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

Najwa.H said...

keburukan taska itu le pulak, especially kalau budak yg asthma, kerap sgt dpt infection...

anak aku dah nak masuk 4 thn, thn ni, tapi aku x hantar lagi, sebab masalah nk ambil lunch hour.

Hani said...

kalau dok taska cm tu la.. budak2 ramai. xsempat cikgu tu nak tgk kan tambah2 kalau demam. kanak2 tu kena survive lah sendiri. pengasuh rumah tu much better lah utk kanak2 bawah 4 tahun. kesian sgt. -ckp mcm ni sbb ada pengalaman jadi cikgu (part time tgu result) kat tadika. lepas tu terus decide xnak letak anak2 atau anak sedara kat taska lagi. huhu. risau. tapi xsemua taska mcm tu. kena survey. hee~ gud luck dalam pencarian yg terbaik utk Muaz.

Rina Rahamat said...

siannya Muaz..budak kalau dok taska mmg mudah dpt demam..


kalau sy suggest satu supplemen boleh?


cuba beri muaz i-kids..sejenis supplemen kolustrum..boleh kunyah-kunyah..even ada doktor yg jual jugak..


anak sy mkn jugak..alhamdulillah tak selalu demam..x demam langsung tu mcm tipu..


kalau awak nk boleh e-mel sy kat inspirasihatcantik@gmail.com

Mixed-family in da house.... said...

Doc,
sy pon alami prob yg sama. sejak awal thn ni anak sulung sy 4 thn sy masukkn full day tadika.
boleh dikatakn setiap 2 minggu dia kena batuk @ selsema @ demam.....huhuhu.

Mama3Q said...

salam fadillah...sebab semua tu lah saya tak antar baby prem ke taska..takut sgt dgn infection..dah la fragile sgt kan...alhamdulillah saya jumpa pengasuh yg sgt baik, wp pengasuh pertama terpaksa berhenti jaga sbb bersalin juga...nak dapat pengasuh yg baik tu saya dan suami buat solat hajat ...mohon ditemukan dgn seorang yg baik dan boleh sayang serta jaga anak saya dengan baik...alhamdulillah ketemu....so far ok lah nampaknya, wp sesekali kena juga lung infecton , tp rasanya lagi teruk kalau dia dok taska...saya doakan awak jumpa penyelesaian terbaik utk muaz

kasihredha said...

alahai siannya
cepat sembuh ye nak

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sian dia..moga cepat sembuh ye...

Unknown said...

hadoi...

bab nih yg seriau..

pas abis pantang nih, nak mencari nursery utk bdk dua org nih..

semoga Allah permudahkan urusan kita.. aminnn

Siti Noor Aminah said...

banyak kes pasal taska ni, risau la. emran skrg dok dgn pengasuh, setakat ni alhamdulillah.

pengasuh sblm ni asyik cuti balik kampung. kdg2 kita terpaksa EL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails