Salam dan bismillah...
Kecoh betul harini...dah berapa hari kecoh sebenarnya...
Balai polis, pejabat pos semua penuh dengan orang, orang lebih ramai dari kedai TOTO 3T...
My eG dan Rilek eService pun sesak tak boleh masuk, kalau ada uni5 pun mungkin jammed jugak
Semua orang nak bayar saman yg ada "diskaun"
Kereta saya "suci", belum pernah kena saman
Tapi En Hubby ada 3 saman...semuanya speed trap...baru juga bayar dekat My eg
Last minute...entahla, orang kita memang suka last minit kot...
Boleh kata banyak perkara orang suka buat last minute
Dulu ingat zaman sekolah
Cikgu bagi homework, cuti sekolah pertengahan semester...
2 hari nak masuk sekolah baru terkulat-kulat buat kerja rumah...
Masuk U, kena buat kertas kajian, hehe, due date lagi 2 hari pun baru siapkan...
Itu saya...
Tapi bukan semua benda kita suka last minute
Biasanya kita suka put something tu last minute sebab kurang disukai...kan?
Apa yang korang suka buat last minute?
February 28, 2011
Murtabak maggi
Salam dan bismillah...
Jom layan murtabak maggi..Buat hari Sabtu baru ni, tak sempat nak wat entry, resepi dari buku resepi "Mahir Memasak, Langkah Demi Langkah"
Tapi ada saya modified sikit, resepi bubuh rempah kari maggi tu sendiri tapi saya letak rempah kari ikan biasa. Oh, tak sanggup letak rempah kari yang banyak MSG tu...kalau makan sendiri tu mungkin boleh lagi sebab kadang teringin juga makan maggi biasa..hehe.. tapi nak bagi anak makan kenalah sihat sikit kan
Resepi Murtabak Maggi(5 orang makan)
Bahan-bahan:
2 paket maggi mee
4 biji telur
20gm hirisan ayam
20gm daging kisar
1 sudu makan rempah kari daging(resepi asal guna rempah kari maggi tu)
10gm lobak merah-potong dadu(resepi asal guna mix vege readymade)
10gm brokoli-potong kecil2
5gm daun sup/daun bawang(ni saya tambah, bagi wangi)
5 biji cili api-dihiris halus
1 biji bawang besar- dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak/butter untuk menggoreng
Cara-caranya:
Rendam maggi dalam air panas dan toskan bila sudah lembut.
Campurkan sayur-sayuran, bawang, hirisan cili, ayam dan daging ke dalam mangkuk dan gaul.
Kemudian, masukkan telur dan gaul hingga sebati.
Tambahkan serbuk kari, lada hitam dan garam secukup rasa.
Goreng dengan api sederhana.
Siap dihidang panas.
Simple je..boleh ganti ayam dan daging dengan seafood kalau suka
Boleh juga ganti sayur dengan mix vege yg readymade tu
Lada hitam kalau tak minat substitute dengan lada putih
kalau tak mahu pedas, jangan letak cili...
Selamat mencuba=)

February 26, 2011
Lega
Salam dan bismillah...
Pernah tak rasa satu perasaan lega yang amat...
Tak kisahla apa pun yang jadi...
Lega....
Bila apa yang kita hajatkan tercapai
Bila kita dah bebas dari suatu yang kita tak mahu hadapi
Bila kita dapat apa yang kita mahukan
Bila terlepas dari sesuatu perkara yang memalukan/menakutkan atau membahayakan
Bila dapat selesaikan masalah
Lega kan?
Lagi lega kalau dapat minum air manggo lassi sekarang..
Motif?
Leganya saya.....dapat menyedarkan seseorang dari terus "lena dalam kesenangan"...
Cik adik....
Bukan senang nak senang tau!

February 24, 2011
Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com
Salam dan bismillah...
Dah lama tak join contest, tetiba tengah BW terjumpa pula contest ni. Terus saya terpikat nak join.
Jomlah join, banyak hadiah menarik disediakan tau
Contest ini terbuka untuk penjaga dan parents yang mempunyai anak berusia 1hari-3 tahun(lahir dari tahun 2008 hingga 2011)
Oleh itu, gambar yang saya pertaruhkan ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kategori:
Lelaki
Nama anak:
Ahmad Mikael bin Muhammad Faiz
Umur anak:
35bulan(12 March 2008)
Mikael says: Amacam aunty? Bergaya tak saya?
Contest ini bermula dari 21/2/11 hingga 20/3/11
So, banyak masa lagi...cepat2 yer...=)
Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com ditaja oleh:
Sesiapa yang berminat klik kat banner di atas yer...
February 22, 2011
Terima kasih
Salam dan bismillah...
Terima kasih..perkataan yang senang tapi kadang sukar diucapkan..
Tak kisahlah apa sekalipun bahasa yang digunakan...
Ada satu cerita...
Di suatu majlis sebuah syarikat, seorang driver telah dikurniakan anugerah jasa bakti. Dia telah berkhidmat di syarikat tersebut 20 tahun lamanya.
Ketika naik ke pentas, beliau menangis...Mungkin para hadiri terfikir kenapa dia menangis...
Dia menangis gembira kerana diberi anugerah?
Dia sebak kerana dia rasa terharu mendapat anugerah?
Tidak....
Bukan kerana itu...
Katanya;
"Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pemandu, saya telah membawa ramai orang. Tapi, sepanjang tempoh itu juga, tiada pernah seorang pun mengucapkan terima kasih kepada saya. Bukan anugerah yang saya mahukan...tapi cukup dengan 2 perkataan iaitu terima kasih...itu lebih bermakna buat saya..."
Itu yang buat dia menangis!
See...how important is this...
Selalu kita ambil mudah
Kadang kita lupa, kita jadi orang di atas tak bermakna kita tidak boleh ucap terima kasih
Kita semua sama
Siapapun kita
Anda kenal Prof Muhaya?
Saya mendapat info ini waktu menonton rancangan SERASI BERSAMA
Rahsia kejayaannya...
Beliau selalu ucapkan terima kasih
Selepas sesi klinik beliau berterima kasih kepada jururawat, pembantu perubatan dan cleaner...Memang gaji mereka di bayar tapi mereka juga perlu diberi terima kasih kerana tanpa mereka beliau tidak boleh berfungsi seorang diri..
Ucapkanlah terima kasih...mudah kan..
Nota kaki:
Terima kasih sebab sudi baca blog picisan saya, dan terima kasih follower2 saya, juga terima kasih buat silent reader saya, saya menghargai anda semua=)
Sayang korang...
Terima kasih..perkataan yang senang tapi kadang sukar diucapkan..
Tak kisahlah apa sekalipun bahasa yang digunakan...
*pinjam En gugel, thank you En gugel!*
Thank you
Terima kasih
Xie xie
Nandri
Syukran
Salamat
Arigato gozaimashita
Gracias
Khwap kun
Di suatu majlis sebuah syarikat, seorang driver telah dikurniakan anugerah jasa bakti. Dia telah berkhidmat di syarikat tersebut 20 tahun lamanya.
Ketika naik ke pentas, beliau menangis...Mungkin para hadiri terfikir kenapa dia menangis...
Dia menangis gembira kerana diberi anugerah?
Dia sebak kerana dia rasa terharu mendapat anugerah?
Tidak....
Bukan kerana itu...
Katanya;
"Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pemandu, saya telah membawa ramai orang. Tapi, sepanjang tempoh itu juga, tiada pernah seorang pun mengucapkan terima kasih kepada saya. Bukan anugerah yang saya mahukan...tapi cukup dengan 2 perkataan iaitu terima kasih...itu lebih bermakna buat saya..."
Itu yang buat dia menangis!
See...how important is this...
Selalu kita ambil mudah
Kadang kita lupa, kita jadi orang di atas tak bermakna kita tidak boleh ucap terima kasih
Kita semua sama
Siapapun kita
Anda kenal Prof Muhaya?
Saya mendapat info ini waktu menonton rancangan SERASI BERSAMA
Rahsia kejayaannya...
Beliau selalu ucapkan terima kasih
Selepas sesi klinik beliau berterima kasih kepada jururawat, pembantu perubatan dan cleaner...Memang gaji mereka di bayar tapi mereka juga perlu diberi terima kasih kerana tanpa mereka beliau tidak boleh berfungsi seorang diri..
Ucapkanlah terima kasih...mudah kan..
Nota kaki:
Terima kasih sebab sudi baca blog picisan saya, dan terima kasih follower2 saya, juga terima kasih buat silent reader saya, saya menghargai anda semua=)
Sayang korang...
February 20, 2011
Pau Kacang Merah
Salam dan bismillah...
Silalah percaya korang, sesungguhnya saya semakin berkobar-kobar belajar memasak dan try new recipes sekarang, entahlah, nak kata i depressed takla juga, manic(gembira terlebih) sikit kot. Oleh kerana my red bean paste ada baki lagi dlm esbox tuh saya pun merajinkan diri mengepau. Sebenarnya tergoda tengok pau inti kelapa kak inahar arituh, membara jek dlm ati ni nak try, finally dapat gak buat semalam..kuikui...
Resepi ni saya cnp dari kak ton @My Resepi, minta izin ye kak ton..kak ina pun guna resepi yang sama gak..thanks to both of them..sukanya saya, gumbira...alhamdulillah menjadi juga walau tak pakai tepung pau..

Bahan-bahan ( 10 biji )
- 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)---saya pakai tepung superfine sebab tuh kaler tak putih gebus tapi kuning memikat, cewah..
- 3g (3/4 sudu teh) yis kering
- 2g (1/2 sudu teh) baking powder
- 50g (4 sudu makan) gula castor
- 20g (1 sudu makan) lemak sayuran---saya guna mentega sebab takda stock
- 2g (1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara
- Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
- Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
- ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
- Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
- ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian
- Masukkan inti dan tutup kemas.
- Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
- ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
- Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
- Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
- ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
- Selamat mencuba...
February 19, 2011
Spagheti daging cincang@Bolognese
Salam dan bismillah...
Fuh...lama tak berupdate blog ni, sori ya korang, tuan rumah dalam mood malas, nak kata busy sgt takdala pulak
Nak share sikit resepi spagheti daging cincang saya, buat last week lagi , dah selamat pun jadi darah daging..hehe
En Hubby suka makan ni, tapi my boy Mikael tak berapa suka, so kalau masak ni kena masak nasi juga,tekak Melayu si Mika ni...
Resepi Spageti Daging Cincang(untuk 6-8 orang)
Untuk spaghetti:
500gm Spaghetti
Sedikit minyak sayuran
Sedikit garam
Untuk kuah:
2 ulas bawang putih(cincang)
1 biji bawang besar(hiris halus)
3 sudu besar minyak sayuran
400gm daging cincang
100gm lobak merah
100gm brokoli
500gm pes tomato/sos prego
2 sudu sos tomato
sedikit serbuk lada hitam
sedikit herba campuran(basil, thyme)---yg ni saya tak letak coz takde stok kt umah, tak letak pun sedap gak
Caranya:
Untuk kuah:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar diikuti dengan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak daging hingga separuh empuk. Masukkan lobak merah dan brokoli. Masukkan pes tomato dan tambah sedikit air jika terlalu pekat. Biarkan daging empuk dan gaul sekali sekala dengan api perlahan. Setelah daging agak lembut, tambahkan sedikit sos tomato dan lada hitam. Perasakan dengan garam.
Untuk Spaghetti:
Basuh spaghetti dan toskan. Sebelum itu didihkan air dalam anggaran 1 liter. Bila air sudah mendidih, masukkan sphagetti. Tambahkan sedikit minyak dan perasakan dengan sedikit garam. Rebus sehingga empuk dan toskan.
Hidangkan kuah diatas sphaghetti. Taburkan sedikit keju parmesan.
(saya suka letak banyak coz sedap)
Sedia dimakan.
#ada orang letak capsicum, boleh gak nak letak, tapi saya sekeluarga tak makan sebab tak berapa minat
#boleh gak tambah cendawan butang kalau suka

February 10, 2011
Basuh ke tak?
Salam dan bismillah...
Pagi tadi lalu dpn satu kedai makan ni,ternampak pula saya satu pemandangan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tuan kedai meletakkan telur bersama bekas telur karton yg berwarna kelabu asap tu di dalam rak bercermin yang ada sayur sayuran didalamnya!
.
.
.
.
.
Adakah anda fikir apa yg saya fikir?
Telur tak dibasuh!
Buat mee goreng mamak,pun 'sodap'..
Dulu saya dan en hubby cukup suka makan murtabak
Satu hari,en hubby telah mendengar satu tazkirah
Jaga makan bukan saja dari sudut halal,tapi toyyib dan bersih juga harus dipelihara
Bulan ramadan ramai orang jual murtabak
Bukan semua,tapi almost 90% dari mereka terus pecah telur dari bekas telur itu tanpa membasuh telur itu terlebih dahulu
Selepas itu,dah lama sy x makan murtabak
Saya selalu beli telur yg 30bj satu karton tu,memang byk cik 'tahi',cik 'tanah' berciuman di dinding kulit telur
Sblm disimpan kucuci bersih dahulu
Motif entri ini?Pilihla yg halal,bersih dan toyyib
Maafkan saya jika entri ini meng'sour'kan tekak anda..

February 6, 2011
Percubaan pertama
Salam dan bismillah....
Sejak dua menjak ni, saya suka sesangat try macam2 resepi. Ini semua gara2 nak release tension lepas saya exam haritu, bole plak salahkan exam, boleh?, the truth is, saya memang suka masak sejak jadi isteri dan ibu---sebab tu lama tak berbelogging, kembali berteman buku2 dan soklan MCQ(multiple choice question), resultnya??haha, big secret beb!Ekceli result belum kuar lagi...
Ok, back to topic.
Percubaan pertama i semalam ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Buat Roti!!
Hahaha...korang jangan gelak jahat tau, puan dokter nak jadi tokey bakeri, mode perasan, baru sekali buat roti dah berangan jd tokey bakeri
As usual percubaan pertama saya mesti kureng success, nevermind, i tak kisah, i will do again, again and again sampai roti saya jadi segebuss macam roti fluffy gardenia tuh!
Resepi roti ni saya ambil dari majalah RASA edisi Januari. Inilah buku kegemaran saya sekarang, tiap2 bulan tak pernah miss beli. Resepi dari artis lagi...Zarina Zainuddin. Mantap la dia ni. Series, saya selalu kagum kalau tengok orang pandai masak, sangat kagum. Sebab tu selalu berebut remote dengan anak saya Mikael untuk tgk AFC 703, Mikael plak nak tengok Playhouse Disney 613,OSO special la, Mickey mouse la, DIBO the gift dragon la... tapi i selalu kalah sebab dia ada satu senjata iaitu menangis, so nak bg dia stop cyring is to tune channel to 613.
La, tukar topik plak. Sorila, banyak benda plak nak cerita hari ni....
Inilah rupa Roti Kacang Merah saya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kiut tak?Ala, saya tau tak kiut, tapi saya nak tayang juga....Amatur la katakan, so, roti saya ni memangla tak sama cam kat kedai tuh...Siap kerutu kerutu lagi, cam jeragat plak...i letak almond pieces sket kat atas nak bagi roti ni nampak ceria sikit
Masa keluar panas2 dari oven malam tadi, roti ni lembut sgt2. Mikael sanggup stay up sampai 12tghmalam tunggu mamanya siap buat roti dan dia tak sabar2 makan bila dah siap, tak menyempat, supper tiga beranak tgh malam, sekali ngan babanya..Oleh kerana adik Muaz tiba2 bgn untuk BF, maka saya tak sempat nak kemas dan simpan roti tu, just leave it inside the oven. Seperti biasa, kalau saya dah bergolek kat katil ngan adik Muaz, makanya saya pon tido together gether la sampai ke pagi.
Bangun pagi ni, pas subuh, terus gi tengok roti dalam oven. La, keras dah?Sib baik keras sikit jek..Huhu, ada sedikit sedey di situ, apsal mlm tadi lembut jek, masuk angin ke?
Korang tahu tak apsal roti boleh keras, kena angin satu reason, ke nak salahkan ke"amatueran" ku?Hahaha...
Keras2 pun, pagi ni dah ngap 3 ketul...
Tak kira, pasni nak try wat lagi, siapla en google, saya nak find out macamana nak bg roti lembuts dan gebuss berkekalan...ke korang tau? Share la sikit...sharing kan is caring
Salam sayang,
Ladysirna

Dikarang oleh
Unknown
at
9:23 AM
3
kata-kata berhemah
Labels
air tangan,
my passion,
oven story,
roti
February 4, 2011
Mari bermain
Salam dan bismillah...
Bersiaran sikijap dari bilik saya sementara tunggu En hubby balik Jumaat untuk lunch together gether(pedulikan english saya yang broken)
Cuti 4 hari, seronok woo, sebab sebelum ni, asal itu laya cina je mesti kena kerja, tapi kali ni cuti beb!Ayya, saya pun laya jugak maa...
Semalam saya pergi playgerown(itu anak saya sebut) bawa anak2 jalan2 dan main, saya pun main juga, lawan dengan En hubby, main badminton...seronok maa, walaupun saya kaki bangku(boleh ke istilah itu dipakai?) walaupun asyik pukul angin, pukul angin lebih banyak dari pukul shuttle, walaupun saya menang jerit sebab tak dapat "smash" power(hehehe) tapi saya manyak seronok maa sebab dah lama tak keluar peluh. Terus rasa sihat sebab itu adrenalin rushing2 mau datang
Aiseh, gaya bahasa pun sudah tukar sempena laya cina meh...
Mikael pun ala itu raket, tapi dia pun belum pandai pukul bulu tangkis, dia campak itu bulu tangkis lalam beg
Saya ingat mau ajar kasi dia pandai main badminton, mau jadi Datuk Lee punya pelapis maa....
Saya mau dia pandai sukan2, sukan itu sihat, sukan itu membina jati diri...
Itu hali saya ada tengok majalah 3, celita pasal satu budak pandai memanah...En Hubby kata nanti Mikael dan Muaz sulah besar dia mau anta meleka pergi itu kelas memanah sama belajar tunggang kuda...
Ok, saya mau tukar bahasa melayu semula...
Itukan sunnah nabi
InsyaAllah, semoga Allah permudahkan impian kami...
Jom bermain lagi!

Subscribe to:
Posts (Atom)