June 3, 2010

Manjakan diri di Cinta Sari Tradispa

Salam dan bismillah...

Badan rasa lesu?
Tak bermaya?
Kulit rasa kusam?

Jom kita pergi spa...

Tadi En hubby belanja saya buat treatment kat Cinta Sari Tradispa. Thanks dear hubby :-). Syioknya setelah lama saya tak menyepakan diri. Erk, ada ke term tuh? Saya pergi di branch Taman Melati bersebelahan MRR2. Dekat sekangkang kera saja dengan rumah saya, jalan kaki pun boleh tapi oleh kerana saya puteri lilin tak tahan panas, saya drive untuk ke sana. 

Cinta Sari Tradispa ni berkonsepkan exotic Bali, so, bila masuk dalam rasa macam kat Bali, hehe...Deko spa ni boleh tahan cantik dan mendamaikan. Actually kat Taman Melati ni branch dia saja, main branch kat Ampang, kat situ lagi besar. Staf-stafnya boleh tahan peramah dan layanan pun baik. 

Saya ambil pakej promotion dia iaitu refreshing spa bermula dengan foot spa, whole body massage with essential oil(nice smell and i can't resist its tranquility), scrubbing, seewed treatment followed by shower. Then, saya complete kan treatment with facial refreshing. It took me almost 4 hours for the whole treatment and yet i would say nothing but excellent. Harga for me affordable, not so expensive kalau compare dengan perkhidmatan yang diberikan. Selepas je siap semuanya, you will definitely noticed a difference, rasa badan lebih segar dan kulit sangat lembut. Then, anda akan diberi minum teh halia yang for me also so yummy:).

The most important one, this spa is only for FEMALE. Deko kat dalam pun quite privacy so, tak perlu risau ada kaum XY yang boleh nampak. 

So, jomla ramai-ramai serbu ya. Ops, call dulu sebelum datang untuk appointment. Boleh rujuk kat website Cinta Sari Tradispa ya.
Selamat memanjakan diri=)




5 comments:

bARdbOO said...

sy perlu ke spa gak nie...tp xtau la bila ada kesempatan..huhu

Unknown said...

pergi la..best tau:)

Nia said...

husband belanja ya? hehehe..nak tunjuk entry ni dekat my husband.

"abg, kawan ni husband dia belanja spa,..."hehe,..kasi hint sikit.

Syida said...

mrr2?tmn melati? rupanya kita ni dekat tp jauh...

Unknown said...

nia---hahaha, lawakla nia ni, ok, tunjuk kat hubby ek, wish u luck=)

syida---la, dok taman melati gak ke?bolehla ronggeng..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails