June 2, 2010

23 perkara

Salam dan bismillah....

Dapat kerja rumah dari Pn Lya. Aduyaii...23 perkara tentang diri anda. Banyak tu...boleh mabuk laut buat ni...kihkihkih...tapi saya memang suka benda tag tag ni, rasa excited je kalau buat, anyway thanks Lya.

Satu ~ Saya seorang yang pantang dicabar dan spesies tak mahu mengalah

Dua ~ Bekerja sebagai kuli kerajaan pegawai perubatan di sebuah hospital paling tua di Malaysia. I love my job kerana itulah cita-cita saya dari kecil..

Tiga ~ Saya juga seorang isteri dan mama kepada 2 anak lelaki yang paling comel di hati saya, Mikael dan Muaz

Empat ~ Mempunyai 20 adik beradik dan saya yang paling bongsu, tapi bukan semua dari ibu yang sama kerana saya ada 3 ibu dan 1 ayah---Al Fatihah to my late father

Lima ~ Seorang yang sangat sensitif dan mudah tersentuh

Enam ~ Kelam kabut itulah saya, tapi sifat ini sudah berjaya saya ubah sedikit demi sedikit setelah berkahwin atas nasihat En hubby

Tujuh ~ Suka memasak dan mencuba resepi baru tapi takla pro sangat, yang penting family suka makan

Lapan ~ Sangat suka baca novel dan saya layan apa  saja novel tak kira Melayu atau English

Sembilan ~ Suka window shopping dan shopping, sebab tu sampai sekarang tak dapat beli rumah lagi sebab tak cukup duit, hehe, perangai yang cuba di ubah...

Sepuluh ~ Saya seorang yang manja dan suka dimanjakan, hikhikhik...

Sebelas ~ Saya hanya tahu bawa kereta sahaja. Yang lain2 berkenaan kereta bukan tak pernah nak ambil tahu tapi sebab sifat no sepuluh...bila la nak berubah..huhu...

Duabelas ~ Ramai orang cakap saya ni berjalan laju, kalau kena jalan ngan orang yang suka jalan slow sure saya tinggal dia kat belakang(nasib baik En Hubby jalan laju sama ngan saya, hehe..)

Tigabelas ~ Asal saya orang kampung, orang susah, insyaAllah mudah-mudahan saya tak lupa diri...

Empatbelas ~ Suka makan pisang dan apa sahaja makanan yang ada pisang

Limabelas ~ Suka melawa, make up2, dan suka tengok orang lain pun melawa-lawa. Tapi kalau dah lambat gi keja tu tepek bedak jela:-)

Enambelas ~ Percaya tak, saya pernah jadi juara pertandingan perbahasan masa tingkatan 4, nampak sangat suka bercakapkan...sekarang juga suka bercakap, kalau ada masa banyak saya suka berbual dengan pesakit

Tujuhbelas ~ Saya kena chicken pox yang teruk masa umur 19 tahun, masa tu nasib baik tgh cuti semester, sampai sekarang ada 1 parut chicken pox kekal atas dahi, huhu...

Lapanbelas ~ Masa zaman remaja saya memang berazam nak kahwin dengan lelaki yang berjanggut dan tidak merokok, alhamdulillah saya dapat apa yang saya mahu...

Sembilanbelas ~ Kawan-kawan akan rasa teruja bila saya boleh makan nasi sampai 2 pinggan dan disusuli dengan dessert, buah dan air, saya memang kuat makan!

Duapuluh ~ Jangan marah ya, Hubby saya kata bibir saya seksi...hehe, silalah muntah hijau...sigh

Duapuluhsatu ~ Saya tidak pandai menganyam ketupat dan kalau hari raya rumah keluarga saya tak pernah makan ketupat, nasi impit ada lah kerana saya keturunan Bugis, jadi kami ada makanan tradisi sendiri

Duapuluhdua ~ Oleh kerana saya keturunan bugis, ada yang kata saya garang, ya kot, garang dalam perkara yang buat saya marah, mungkin lebih pada tegas

Duapuluhtiga ~ Suka pendam perasaan juga tapi akhirnya pujuk diri sendiri

Fuhh, semput  saya nak senaraikan 23 perkara tu, harap Pn Lya puas hati yek...
Sekarang saya nak bagi kerja rumah ni pada...
Jeng jeng jeng, kita tengok siapa yang kena;-)


Cukuplah 3 orang ek, semput juga nak tag ramai2, tapi kalau sesiapa yang rajin dan sudi, saya alu-alukan nada wat tag ini..okeh..

5 comments:

A D I A said...

wahhh instinct kuat tu, tgh syok2 baca 23 perkara ni terdetik dalam hati cam kena tag je :) thanks ye nanti kita buat.

hosp tertua? GH eh? dept mana?

Dr Singa said...

suka baca novel..???
dah baca 'Ketupat Cinta' Faizal Tehrani...
bestttt....
pssst...rugi apaa....kalau kena c pox time cuti...sbb tak boleh cuti...sbb dah memang cuti....

Unknown said...

adia dear, watla kalau sempat ek;)
kita keja dep. medical/perubatan dalaman..

Unknown said...

DrSinga---ye ke kak, okeh, nanti kita serbu kedai buku;)

LYaFRINA said...

heheheheh.. tq..tq sirna.. enjoy baca smua tu...

suka makan pisang???? sama mcm asya..suka mkn pisang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails