Assalamualaikum....
Dah lama saya nak berkongsi cerita yang satu ini..tak berkesempatan sebelum ni..kisahnya haritu saya menghadiri sambutan maulidurrasul 1434H...tajuk ceramah agama ialah rahmatan lil 'alamin...atau bermaksud rahmat seluruh alam...
Penyampaian ceramah ustaz tu memang mantap...sebak di dada bila dia menceritakan tentang akhlak Rasulullah S.A.W...Dalam pada tu diselitkan juga lawak jenaka yang tidak keterlaluan dan siap menyanyi lagu Rahmat rockers lama tu..
Ceramahnya banyak berkisar perihal akhlak nabi. Nabi Muhammad ialah seorang insan yang paling banyak senyum..menarik sekali bila ustaz sentuh tentang akhlak nabi kerana islam itu ialah akhlak...akhlak yang baik perlu seiring dengan hati yang baik. Pernah tak dengar orang berkata begini "aku ni mulut je jahat tapi hati aku baik"...kalau saya memang pernah dengar orang cakap gini. Jadi ustaz kata kalau ada yang cakap gitu tak betul sebenarnya sebab orang yang mulutnya jahat mana mungkin hatinya baik..
Yang paling seronok Ustaz kata amalan paling baik ialah sedekah. Sedekah ni besar maknanya dan bukan terhad sedekah duit saja. Senyum sedekah, buang kayu di jalan sedekah, tolong angkat barang kawan sedekah. Sedekah yang paling besar pahala disisi Allah kata Ustaz pula ialah seorang suami yang menyuapkan makanan ke mulut isterinya. Menarikkan...:-)semua hadirin pakat seronok bila tahu ni...hihihi..Jadi, Ustaz cakap balik rumah karang pakat bagitahu kat pasangan masing masing suruh suap nanti waktu makan untuk dapat pahala banyak:)
Kadang kita malu kan nak suruh pasangan kita suap makan, tapi bila ada reason macam ni seronok pulak rasa nak usik suami suruh suap makan...
Menyelit sikit..Nasi dagang kat atas ni beli kat kiosk IPR masa pergi follow up semalam. Sedaplah. Suka sambal dia pedas. Tapi yang ni makan suap sendiri. Hubby takda waktu ni pergi tempat lain ada hal.Hihi. Selamat bercuti cuti sekolah. Saya pun cuti juga Khamis dan Jumaat depan, insyaAllah..