Kepada pengunjung blog saya, pengumuman..saya telah melakukan rombakan drastik perubahan pada tajuk header saya kerana merasakan tajuk blog saya mcm tajuk blog masak-memasak pulak, padahal jarang2 sekali saya berkongsi resepi masakan di sini kerana walaupun saya suka masak tapi masakan saya bukanlah sesedap chef, huhu, tapi taklah hampeh sgt..tapi tula, oleh kerana kebanyakan posting saya bukan mengenai masakan maka saya merasakan patut mengubahnya, sigh..
SIRNA CAHAYA CINTA...itulah header pilihan saya
Minggu ni saya agak busy(saya rasa saya selalu mengatakan yg saya busy kan?macamlah orang lain tak busy^_^wink)padahal orang lain pun busy juga, tapi kawan2 yang busy tetap punyai banyak masa untuk update blog, bukan macam saya, walaupun kebiasaannya masa senggang itu ada tapi saya lebih habiskan dengan aktiviti menidurkan diri, huhu..tambah lagi dengan pregnancy saya yang semakin dekat dgn expecting date ni, saya cepat rasa letih, lesu, lemban(eh, ada ke istilah tu?)..jalan pun slow motion je, naik tangga langsung la, semput saya..mujurlah abang tersayang terlalu memahami saya, rasa terharu bila di tengah malam dia boleh bangun mengurut kaki saya yang selalu cramps dan akan pastikan selimut saya sentiasa di badan agar saya tidak kesejukan..
Terima kasih abang..=)
Cakap tentang aktiviti long weekend tempohari, saya dan famili pulang ke kampung hubby, saya dah jarang balik kampung saya sendiri sebab emak saya tinggal bersama kami, maklumlah ayahku dah lama takda..kali ni kami balik sekejap saja sebab hari ahad tu kami ke simpang durian menghadiri kenduri kahwin abangku Shafie(saya ada ramai abang dan kakak dari ibu yg lain). Saya ingin berkongsi picture2 yang tak seberapa tapi sekarang ni sindrom M melanda, mungkin saya akan share picture di posting yg lain..then kami pun balik ke KL semula sebab isnin dan selasa saya kena ke hospital..
Saya baru lepas packing barang2 baby untuk di bawa ke hospital, saya tak mahu susahkan orang sekeliling saya, sekarang ni kira menghitung hari saja, anytime saya boleh bersalin..sometimes i can felt a contraction, tapi takla lama mana..
Saya dah mula melalut-lalut, baik saya berhenti di sini
p/s: saya merayu kepada abang untuk menggunakan laptop kerana saya nak tidur awal..huhu..
4 comments:
mmg mula2 ingatkan blog ni blog resepi. hehe. sedap nama baru blog tu ;)
thanks kak nur..heh, tetiba je dpt idea tu=)
suka makan masak sambal kicap ke suka masak sambal kicap? :D
semoga selamat dengan kelahiran... ni anak pertama ke kedua.. ke ketiga?
bila dah dekat bersalin ni sepatutnya kena lebih aktif utk memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin... InsyaAllah selamat semuanya.
dua2 pun saya suka kak wan..huhu, ni anak yg ke2..betul tu memang kena aktif sikit..cuma saya ni je malas sikit,huhu..thanks kak wan=)
Post a Comment