Saya dapat referral kira2 pukul 11:50 pagi td. Masa tu tgh busy di klinik. Bila diberitahu patient ada simptom-simptom pendarahan dalam perut(upper gastroistestinal bleed@UGIB), saya cepat-cepat turun ke casualty kerana UGIB adalah emergency case.
Rupanya patient saya adalah seorang nenek berbangsa Melayu berusia 83 tahun. Sungguh tak terurus keadaannya. Wajahnya putih tapi pucat, kulitnya kering menggerutu dan badannya berbau hamis, dan bila saya mula memeriksa bahagian duburnya,dia mengerang kesakitan melalui suara halusnya..MasyaAllah…dia mempunyai bedsore(kudis di belakang akibat baring terlalu lama) yang sangat besar, sebesar pinggan makan!! Tulang punggungnya telah terexposed. Baunya tak perlula saya describe. Tanpa sedar, mengalir airmata ini…dalam hati, dah berapa lama agaknya nenek ini menanggung derita? Dia memang menunjukkan tanda UGIB setelah saya memeriksa sampel najisnya. Terus saya minta panggil family members yang membawa patient. Saya bertemu dgn seorang lelaki dlm lingkungan usia 50an yang mengakui bahawa dia ialah anak pesakit.
Sirna: Pakcik ni siapa dengan nenek ya?
Anak pesakit: Mak saya, doktor(sambil tersenyum)
Sirna: Oh, emak ya(dlm hati, eh boleh senyum plak pakcik ni, tak nampak aku tgh serius ke?). Sebab apa ya bawa emak ke hospital?
Anak pesakit: Oh, mak saya dah 4 hari tak nak makan doctor(senyum lagi)
Sirna: (Saya tetap dgn muka serius, pakcik, saya takda wat lawak pun). Taknak makan? Sebab apa ya pakcik?
Anak pesakit: Entah, saya bagi dia tak mahu. Dia keluarkan semula makanan.
Sirna: Saya tengok ada kudis besar di punggung emak ni, dah berapa lama mcm tu?
Anak pesakit: (Dengan muka selamba jer)Dah 2 bulan! Dia terbaring je doktor, tak boleh nak bangun..
Sirna: Apa pakcik? 2 bulan? Sebab apa terbaring je? Awal2 dia jadi mcm tu pakcik tak bawa gi hospital ke?(hati saya makin panas….)
Anak pesakit: Tula, sebab dia paralysed. Ada saya bawa pergi klinik je, doktor bagi ubat.
Sirna: Apa maksud pakcik emak paralysed?Pakcik fikir itu sakit pening biasa ke, kenapa tak bawa pergi hospital? Klinik mana pakcik pegi tu, doctor tu tak bagi surat rujukan suruh gi hospital?(bertubi-tubi saya tanya pakcik tu, tak puas hati betul ngan jawapan dia)
Anak pesakit: Saya ingat sakit org tua biasa, saya bawa pergi Klinik -----(dia mention nama sebuah private klinik), dia bagi ubat je, pastu balik. Takda suruh pergi hospital pun..
Sirna: Pastu, pakcik biar macam tu je, sampai melarat mcm ni?Langsung takda bawa hospital atau berubat?
Anak pesakit: (Mukanya masih selamba dek…ish, geram betul..)Tak, sekali tu jela saya bawa, dia terbaring kat rumah je.
Sirna: Habis tu, siapa yang cuci kudis kat punggung dia?Saya tgk besar betul..
Anak pesakit: Sayalah yang cuci dan jaga dia.
Sirna: Pakcik cuci macammana?
Anak pesakit: Dengan air paip…(time ni rasa hati saya membengkak je)
Sirna: (Menggeleng-geleng kepala saya tapi pakcik itu tetap takda rasa muka bersalah). Pakcik cuci pakai air paip je? Pakcik tau tak luka kecil pun kita cuci dan buat dressing dgn cecair yg bersesuaian apa lagi kudis besar mcm tu. Tak bersih pakcik…Kuman boleh masuk dlm darah..Pastu, yg najis warna hitam tu dah berapa lama?
Anak pesakit: (Dia boleh senyum lagi, saya rasa pakcik nie soo heartless). Entahla, saya pun tak pasti,dalam seminggu kot..
Sirna: eh, bukan pakcik yg bersihkan najis emak, takkan tak perasan najis tu kaler hitam dah berapa lama?
Anak pesakit: Saya ingat biasala,dia memang suka minum kopi, najis bukan warna hitam ke?
Sirna: (muka bengang masa ni)Pakcik, nenek saya pun minum kopi juga tapi najis dia takla hitam mcm tu!!Pakcik tau tak itu tanda pendarahan??
Anak pesakit: Entah, saya ingat biasa..
Sirna: (Dah malas sebenarnya nak further questioning pakcik ni). Pakcik takda adik beradik lain ke?Isteri pakcik?Pakcik kerja apa?
Anak pesakit: Tak, saya sorang je. Takda adik beradik. Isteri ada juga tengok-tengokkan.Saya tak kerja. Pencen tentera.
Sirna: (Pity old lady, sampai betul hati pakcik ni, dahla mak dia takda anak lain).Ada selalu muntah2 ke, demam?
Anak pesakit: Takda pulak.
Seterusnya saya bagi explanation tentang diagnosis ibu pesakit. Saya terangkan pada dia yang ibunya perlu masuk wad dan endoscopy perlu dijalankan. Dia faham dan setuju tapi tetap dengan muka selambanya.
Sungguh, inilah pertama kali saya bertemu dgn seorang anak yg seperti tak kenal ibu sendiri dan biarkan ibunya menderita kesakitan.2 bulan satu tempoh yg panjang dan membiarkan bedsore sebesar pinggan adalah satu kesilapan yang membuatkan sirna rasa sungguh marah. Ya Allah, inikah balasan seorang anak kepada ibu yg mengandungkannya, membesarkannya dan menyusukannya?Terfikir saya apalah dosa ibu itu pada anaknya sehingga dia sampai hati berbuat begitu?Tidakkah dia takut pada Tuhan yg telah menjanjikan syurga itu ditelapak kaki ibu?
Sampai waktu ini, saya masih teringat nenek itu. Hati ini sungguh sayu.Ya, benar dia sudah terlalu tua, tapi dia masih punya hak untuk mendapat perlindungan, kasih sayang dan keprihatinan insan sekelilingnya, apatah lagi anaknya, darah dagingnya…Kawan-kawan, semoga kisah ini dpt menginsafkan kita. Jagalah sebaiknnya dan hormatilah ibu kita sementara dia masih di dunia ini…
What you give, you get back…
2 comments:
Ya Allah mmg sampai hati pakcik tu biar mak dia jd mcm tu. Arwah Tok akk pun pernah bedridden abt 2 years. Arwah pun ada bedsore tu. Mmg ada bau, tapi kalau jaga betul2 boleh sembuh kan. Arwah nenekla yg jaga dia dgn bantuan pakcik akk.
tula, yg buat saya marah sgt dia lgsg tak kisah nak bawa emaknya ke hospital, bedsore tu dah teruk sgt kak nur..
Post a Comment