February 22, 2013

Perasaan yang lega

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat semua...Kelmarin dan semalam saya ke hospital untuk follow up anak anak dan saya juga. Saya paling risaukan anak anak punya keputusan ujian makmal yang diambil tempohari. Nak mengambil kahak anak anak ni punyalah susah masa tu. Sebelum ambil kahak mereka kena puasa dulu pulak tu. Mujur baby Mifzal tak meragam sangat sebab tak dapat susu selama lebih kurang 4 jam. Bukan senang nak keluarkan kahak budak budak ni. Mujur juga staffnurse yang buat berpengalaman. Part paling tak sanggup tengok bila ryles tube/tiub panjang di masukkan ke dalam mulut diaorang. Menangis dan meraung raung dalam bilik rawatan tu. Paling juara menangis ialah Ahmad Muaz. Pertama kali buat mereka ni ok lagi, tapi masuk hari ke tiga Mikael dan Muaz dah mula menangis sebelum masuk buat prosedur lagi. Yang kelakar last day sedut kahak tu Muaz tengah menangis siap boleh tanya kenapa nurse lupa bagi dia lollipop...Sebab sebelum tu setiap kali lepas habis je prosedur nurse akan bagi lollipop sorang satu.

Jadi, hari Rabu tempohari, rasa syukur sangat bila doktor bagitahu kesemua keputusan kahak yang diambil tu negatif. Ujian tuberculin untuk mengesan jangkitan TB untuk Muaz dan Mifzal borderline positif tapi sebab x-ray dan ujian kahak mereka negatif jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Cuma Hemoglobin Muaz sedikit rendah, tak tahu pula apa puncanya. Yang pasti untuk kesekian kalinya Muaz meraung lagi masa nak ambil darah sebab doktor nak siasat lebih lanjut punca kenapa dia ada anemia(kurang hemoglobin). Muaz memang dah cukup trauma dengan bilik rawatan. Nak bawa dia masuk situ pun kena berdukung. Nak ambil darah pun saya terpaksa pegang tangan dia dengan kuat sebab dia struggling.  Seperti biasa Muaz buat kelakar lagi, lepas dah siap ambil darah tu, tengah nangis nangis lagi nurse pun hulurkan lollipop warna biru. Siap boleh kata "taknak lollipop biru, nak pink" sambil nangis. Memang drama king anak mama sorang ni:)
Balik hari tu dengan perasaan yang amat lega sebab keputusan ujian negatif untuk kesemua anak. Cuma kena teruskan makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis sahaja selama 6 bulan. Mujurlah Mikael dan Muaz tak susah disuapkan ubat. Cuma sukar sikit bagi baby Mifzal sebab dia masih kecil. Setiap kali bagi ubat mesti menangis.

Semalam, saya pula yang pergi follow up. Pejam celik dah sebulan saya makan ubat. X-ray saya tak banyak berubah. Memang ambil masa. Kuman TB ni memang bakteria yang agak "istimewa". Slow growing and slow dying. Sebab tu rawatan pun lama sampai berbulan dan ada tu yang sampai setahun. Keputusan kahak saya dah converted kepada negatif. Lega sangat. Syukur alhamdulillah. Dr Singa ada tanya pasal MC haritu, memang sekarang dah takda MC(medical leave) 6 bulan tu. MC kebiasaannya diberi 2 minggu sekurang kurangnya dan diberi sehingga sapuan kahak menjadi negatif. Ini bermakna saya juga dah boleh bekerja mulai hari Isnin ni. Sedikit informasi tentang TB ialah ia tidak lagi menjangkiti orang lain jika pesakit telah makan ubat lebih dari 2 minggu. Seronok rasa dah boleh bekerja semula. Dah rasa macam orang yang normal semula.

Harini en hubby, emak dan maid saya pula pergi check up. Saya doakan semuanya yang baik saja. Moga mereka tidak mendapat kuman yang saya menjangkiti saya ini. Ok, sampai sini dulu, selamat berhujung minggu semua..Saya mahu senyum sampai ke telinga:)))

9 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah!~

Kakzakie Purvit said...

Dalam sayu kakak baca bila bab lollipop kakak senyum juga Dila. Mengharap semua keputusan tak ada yg membimbangkanlah..

Dalam merawat dan consult pesakit Dila sendiri sedang struggling utk sembuh, kesian. Moga cepat sembuh.

Najwa.H said...

daku tertinggal bab hg start mkn ubat tb.....



adekah lepas hg buat respiratory rotation kat imr hari tu?
kesian juga anak2, sampai 6 bln. nasib baik depa x ngamuk mkn ubat kan.

Dr K said...

Alhamdullilah...anak anak OK...Cuma nak abiskan schedule prophylaxis Rx 6 bulan tu yg kesian jugak kat mereka..

Hope suami & maid awak OK...

transformed housewife said...

tak tahu cerita sblm ni. ALhamdulillah Ila & anak2 dah ok.

Ann Ishak said...

alhamdulillah...dah sihat semuanya

Aisy Nasiha said...

bab sakit ni, memang sayu kita sebagai ibu kalau lihat anak yang menangggungnya. semoga semua yang bakal pergi hari ni pun tak ada apa apa masalah tb..

teringat masa htr balik bibir selepas sebulan kerja sebab laporan kesihatan sahkan dia ada tb.. seriau kot kami pun berjangkit, mujur tak ada apa apa waktu tu... serik

terima kasih dan salam perkenalan ye..
nak try baca enrty lain utk tahu keseluruhan kisah ni...

Mama3Q said...

alhamdulillah dah seroconvert kan...

Unknown said...

alhamdulillah... risau juga kalau anak2 sakit yg bila mkn ubat pun tak kebah sampai kena bt ujian lain dan smpel2 ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails