Saya memang spesies homosapiens yang kuat makan. Ada masa sebab nafsu juga tapi biasanya saya makan sebab lapar. Kawan yang baru kenal saya akan tanya yang saya ni 'sihat' ke tak?Sebab selain kuat makan saya juga makan paling laju. Orang lain baru habiskan nasi separuh saya sudah kenyang sepinggan. Jadinya sementara menunggu orang lain siap makan tanpa membazir masa saya kadangkala makan dessert atau kuih jika ada. Itulah saya.
Sebenarnya selalu ada orang fikir saya ini belum berkahwin atau beranak. Kihkih. Bukan tujuan saya ujub riak tapi saya terfikir sisi mana yang mereka melihat saya. Nak kata muka babyface oh tidak sekali. Haha. Jadinya saya buat kesimpulan mereka hairan tengok saya kurus keding walau makan banyak. Ada juga kawan doktor yang fikir saya ada hyperthyroidism atau hormon thyroid berlebihan dalam badan. Saya juga fikir begitu. Sebab selain dari kuat makan saya juga kuat berpeluh. Itu juga simptom hyperthyroid. Tapi, berulangkali saya check fungsi thyroid saya dan berulangkali juga ia kembali sebagai normal. Nah..tak perlu risau sebab takda penyakit hyperthyroid.
Metabolisma tinggi. Saya salah seorang dari golongan ini. Ia bukan satu penyakit tapi ia adalah response badan terhadap persekitaran dan apa yang dimakan.Banyak makan banyak juga kalori dibakar. Hakikatnya saya kurang bersenam juga. Tentu anda fikir hidup mudah bila metabolisma tinggi. Tapi sebenarnya saya kadang kurang selesa kerana selalu berpeluh. Bayangkan bila saya exam dulu..habis kertas basah tak boleh tulis sebab peluh saya. Jenuh juga saya kena lap tangan selalu. Dan itu juga bukan alasan untuk saya tidak bersenam kerana bersenam tu sebenarnya untuk kesihatan jantung. Jadi lepas ni kenala bersenam lebih kerap supaya tak kena serangan jantung. Just remind myself and friends out there.
So..kurus tak semesti sihat kan dan orang yang sedikit berisi atau gemuk tak semesti tak sihat. Sekarang walau saya tak betul betul mengamalkan bersenam 3 kali seminggu, 1/2 jam setiap kali saya ada juga melakukan rutin lain seperti parking kereta jauh dari bangunan hospital. At least saya tak rasa bersalah sangat. Tapi mesti kena jalan laju laju supaya berpeluh sikit(in fact saya memang kuat berpeluh pun kan..). Haha. Nampak tak saya cuba menyedapkan hati sendiri? 3 bulan lepas, seorang pakar perubatan di tempat saya, berbadan kurus keding juga, meninggal dunia disebabkan heart attack, umur baru 30-an..Siapa sangka? Tiada siapa sangka pun. Jadi, ingin ingatkan diri sendiri juga. Umur saya pun bukan semakin kurang. Banyak makan walau tak gemuk bukan alasan untuk saya terus mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Tengah nak mengumpul motivasi supaya eat healthy and lead a healthy lifestyle. Saya mahu main dengan cucu juga! Saya mahu panjang umur tapi dalam keadaan sihat. Jadi, kenalah berusaha juga kan? Apapun, saya tetap percaya pada qada' dan qadar.
Ada pesakit diabetes dan perokok tegar pernah beritahu saya...Doktor, saya jaga makan pun, kurang manis pun, nak mati mati juga kan? Saya berhenti rokok pun, nak mati mati juga kan?
Betul...saya tak nafikan. Memang betul . Allah boleh cabut nyawa kita bila bila Dia kehendaki. Tapi takkan kita hanya pasrah dan berserah sedang kita dianjur berusaha oleh Allah. Jadi, jom, amalkan cara hidup sihat...;-)
P/s: Duduk depan PC lama lama pun tak elok. Sesekali bangun dan regangkan badan dan berjalan jalan sikit. Mata dan badan kita juga perlu rehat.
Published with Blogger-droid v2.0.4