June 27, 2010

Minggu yang penat tapi penghujung minggu yang mengembirakan

Salam dan bismillah...

Ekeke...
Poyo nya tajuk entri saya
what am i trying to say?
Suprise!

Ok, sebelum apa-apa saya nak minta maaf sebab dah lama blog ni tak berupdate
Dan sesungguhnya saya sangat ingin menyinggah kat rumah kawan-kawan tapi saya dihambat dengan kesibukan! Sungguh saya ingin..Ada juga saya singgah kejap-kejap tapi tak berkesempatan nak tinggal komen. 

Maaf, saya betul2 sibuk!

Minggu ni saya betul-betul penat, saya rasa memang berbeza time musim cuti sekolah dengan bila sekolah dah start. Haritu masa musim cuti patient tak ramai admit, klinik pukul 1130 pagi dah takda patient sebab default follow up(mungkin sebab anakcucu datang rumah dan ada yang pergi bercuti cuti sempena musim cuti) dan jalan tak jammed. Waktu saya oncall minggu cuti sekolah tu, saya boleh tidur dari pukul 11mlm sampai 6 pagi! Langsung takda postcall syndrome. Much better than at home...Tapi, naik je sekolah, it turns to 180 degree terus, ramai orang sakit dan saya tak lagi dapat menikmati oncall 'heaven' macam tu. Klinik pun habis pukul 1-1.30petang, patient berebut-rebut datang sebab ubat dah habis!
Penat, but it is a noble job.bu
Penat, but i love my job!

Ok,ok, back to the topic
Hehe, saya postcall harini, tu yang macam manic sikit:P

Saya drive berdesup balik rumah tadi lepas buat morning round. 
Rindu bangat sama putera-putera kecit saya dan putera besat saya.
Balik rumah, masuk bilik, suprise!
Saya dapat  BUNGA!
Tahu kenapa?
:
:
:
:
:
:
TODAY IS MY BIRTHDAY! (hehe..malunya nak bagitau, sengal...)

En hubby belikan saya kek secret recipe, chocholate indulgence kegemaran saya
Kami sambut anak beranak je kat rumah
Yang bestnya, En hubby jadi chef harini
Saya jadi mem besar..hehe..

So, penat pun seronok, seronok sangat!

*sorry gambar tak dapat nak upload sebab line slow yang hazab*

p/s: saya akan jenguk rumah anda ya, bergantung pada kesempatan saya, insyaAllah...

June 23, 2010

Nenek nenek si bongkok tua

Salam dan bismillah...

Tadi tengok berita...
Terpana juga...

Nenek ditahan edar dadah depan tandas awam!
Haishh...
Dah ada dua cucu..
Dadah disorok dalam coli!
Teringat lagu pasal nenek...

"Nenek nenek si bongkok tua,
siang malam asyik berjaga,
mencari cucu di mana ada,
nenekku kahwin dengan anak raja.."

Terfikir juga, kenapa seseorang itu sanggup buat sesuatu yang mungkin dia sendiri tak mahu dan tahu ia salah tapi terpaksa? Terdesak?




June 20, 2010

Hari Sabtu kami

Salam dan bismillah...

Damainya berada kat rumah semalam dan hari ini setelah 2 minggu kerja non stop. Weekend lepas saya kena buat weekend rounds, so cuti pun macam tak cuti sebab dekat tengahari baru habis round. 

Em, semalam kami sekeluarga sarapan ubi kayu rebus cicah sambal ikan bilis cili api. Ubi rebus ni sebenonya dah dekat sebulan dalam peti ais, sebab banyak sangat, haritu dah penah buat kuih cek mek molek, kek ubi kayu yang tak berapa nak jadi sebab terlebih ubi. Huhu, maklumla "chef handalan". Inilah penangan bila balik kampung sekali sekala, habis seguni ubi kayu angkut balik KL. Sudahnya habis idea nak buat apa. 

 ini sambal edisi terlebih minyak, bibik saya ni, dah ku pesan jgn banyak minyak, dia terlebih sudah...
matchingkan pulak dengan teh tarik kaw kaw

Pagi dan tengahari tu kami tak keluar ke mana-mana. Mama blogwalking, main ngan budak kecit dua orang tu dan masak. Tengahari tu masak sup sayur ngan sambal sardin je sebab malas nak keluar gi pasar. Gambar tak snapla, ala, gambar sardin je, ekeke..

Petang tu, lepas Asar kami pergi Tasik Titiwangsa, tempat riadah kegemaran kami sekeluarga. Mula mula pergi round- round dari satu kedai ke kedai lain untuk survey susu Enfagrow A+ for Mikael yang murah kat mana sebab baru ni kan naik harga. Last2 baru kami tahu yang paling murah kat Pasaraya kat taman rumah kami ni je, citt, punyala jauh mencari..

Oleh kerana sampai di Tasik Titiwangsa dah pukul 6.50petang, maka tak jadila nak bawa Mikael pergi playground dan main bola kat situ. Maka kami pun duduk2 dan jalan2 tengok view saja. Tengok air pancut dan tasik yang mendamaikan. Sorryla, gambar tasik takda, lupa nak snap, haha, boleh?

Macam biasa, budak kecit baju oren tu excited tengok rocks takmo pandang camerawoman nih

Nampak tu? Excited nya anak mama ni, En hubby kata, inila gaya budak tak pernah keluar rumah

Mama dan baby Muaz yang steady, ewah...

Muaz ni suka benor kerut dahi, pikir masalah negara kot?hahaha...

Baba dan baby Muaz

Kami balik pukul 7.15 sebab dah nak Maghrib dan En hubby nak tengok World Cup: Belanda lawan Jepun. En hubby sokong Belanda dan diaorang menang match tu semalam...
Seronoknya spend time dengan keluarga walau sekejap..

Oh ya, tempat riadah mana yang kawan-kawan selalu pergi?



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails