Sirna rasa so hectic this week, penat berjalan kesana-sini,sibuk dengan patient2 sekalian..nak jenguk blog kawan2 pun tak sempat..harini, rasa nak membelek buku Amalan Ibu Mengandung yang di tulis oleh Ustazah Siti Norbahiyah yg popular dgn tips2 rumahtangganya tu...satu yang sirna suka pasal buku ni ialah ringkas dan colourful. Tak suka memberatkan kepala baca buku yg banyak tulisan hitam je..Apa yg sirna nak share ialah Adab suami dan isteri sewaktu isteri mengandung..sirna dah khatam sekali buku ni tapi yelah, kita mudah lupa dan kekadang tak amal apa yg kita baca, so, para isteri sekelian, ops, lupa plak, kalau ada para suami yg baca blog sirna nie, ni sirna perturunkan titipkan beberapa info yg amat berguna
Adab Isteri kepada Suami ketika sedang mengandung
1) Mentaati, mengasihi dan menghormati suami
- yang ni sirna rasa memang wajib even tak preggy pun, itulah tanggungjawab isteri kan, taat, kasih dan hormat, yela, syurga seorang isteri itu kan ditapak kaki suami..
2) Jika terasa hendak memarahi suami, tahan perasaan itu dan bertenang serta bersabar
- bila tengah pregnant ni, memangla kita selalu akan rasa moody,time ni la kita rasa nak bermanja-manja, itu yang jadi pada sirna juga..sometimes benda kecil pun kita rasa nak marah kat hubby, pernah juga sekali dua terlepas rasa marah, kesian kat hubby..huhu, ampunkan ayang ye abang...
3) Tidak cerewet dan membuat banyak kerenah terhadap suami dan rumahtangga
- inipun penting juga, macam sirna kata wanita mengandung ni perasaan manja memang kuat, tapi jangan diikutkan sgt sampai suami rasa terbeban, kena banyak jadi independant juga..suami paling kuat diuji bila awal kehamilan dan akhir kehamilan, awal kehamilan sebab time ni lah, hyperemesis gravidarum melanda, makan tak lalu, ada tu yg bau badan suami pun tak boleh bau, akhir kehamilan plak, sebab masa tu tgh tunggu time je nak deliver any time...
4) Jaga perasaan, jangan sampai menyintai orang lain selain suami, kerana nanti melahirkan anak yang curang serta bergaul bebas
- minta dijauhkan, setakat ni, sirna pasti semua friends di luar sana pun minta supaya perkara sebegini tak terjadi kan, suburkan selalu rasa cinta pada suami, paling penting, banyak berdoa supaya rumahtangga dan rasa cinta kekal hingga ke akhirat...
5) Jaga lidah, jangan mengumpat, mencaci suami atau keluarganya serta orang lain
- kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa...menjaga lidah sebenarnya bukan payah, tapi kita kadang2 tak sedar boleh sakitkan hati org, sirna pun kdg2 tak terlepas dari perkara ini, yg jadi mangsa, bibik sirna, 2-3 kali juga la sirna membebel kat dia sebab salah yang kecil, maafkan saya ya bik...
6) Jaga mata daripada melihat lelaki lain selain suami. Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
- yang ini pun agak susah, sebab hari2 kerja kena tgk org kan, tapi tula, kena kawal hati...sirna sekarang, kat tempat kerja tu bos2 semua XY, rasa rimas juga sebab banyak sgt hormon testosteron, tapi hubby ku jua yg sentiasa lekat dihati
7) Menghargai nasihat dan pandangannya serta ibubapanya(mertua)
- suami adalah ketua keluarga, sebagai isteri kita wajib mendengar setiap nasihat yg diberi suami, jangan banyak membantah sebab suami biasanya tahu apa yg baik untuk kita...
8) Jangan meminta perkara yang tidak mampu disediakan suami
- kita semua sedia maklum wanita mengandung memang selalu mengidam dan teringin itu dan ini, walau suami sangat sayang pada kita, jangan kita bebankan dia dgn minta yg bukan2, kalau kita mampu beli sendiri, for those yg kerja tu, kita beli sendiri...so far, alhamdulillah, takda la teringin benda yg tak mampu hubby belikan...
9) Sentiasa meminta kemaafan darinya
- susah sikit nak buat yg ni secara tiba2 kan, so, cara paling baik, lepas solat berjemaah..luangkan at list 3-4 kali dlm seminggu utk solat berjemaah bersama suami, for those who are SAHM, boleh solat jemaah hari2 if hubby anda tak busy, lepas solat salam dan kucup tangan suami...inilah masa paling sesuai dan ideal nak minta maaf...ingatlah, kemaafan dan reda suami penting agar nanti dipermudahkan Allah S.W.T proses kelahiran sewaktu bersalin kelak.
10) Ingatkan suami untuk sentiasa mendoakan keselamatan diri dan anak yang bakal lahir
- cara paling mudah, ambil tangan suami dan suruh dia usap perut kita, suami sebenarnya adalah org paling risau tentang kita dan bayi, insyaAllah, suami yg menjaga hubungannya dgn Tuhan kan selalu mendoakan isterinya...
11) Tetap melayani suami selagi mampu
- mengandung selalu buat kita rasa letih, apatah lagi kalau kita bekerja, sebolehnya layanlah suami sebaiknya sebab kita adalah hak mutlaknya..
Ok, dah habis bab isteri kita beralih pula kepada bab suami, yg ini sirna tak komen isinya ya...
Adab Suami kepada Isteri ketika sedang mengandung
1) Lebihkan kasih sayang dan simpati sehingga isteri berasakan ada pembela
2) Selalu memberi nasihat-nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya
3) Hendaklah berlaku jujur
4) Jika ada tanda-tanda akan timbul krisis, tenang dan selesaikan segera
5) Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Islam mengharam menceraikan isteri ketika mengandung, kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan
6) Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri justeru memaafkan kekurangan isteri dalam melayani suami
7) Membantu isteri dalam kerja rumah terutama yang melibatkan tenaga fizikal
8) Berlemah- lembut dan berhati-hati dalam melakukan hubungan jimak terutama ketika penghujung kehamilan
9) Mengambil perhatian berat tentang perubahan bentuk tubuh badan isteri
10) Berkongsi rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan, kewangan, peralatan, nama yang bakal diberi, cuti, kedatangan keluarga kedua belah pihak dan sebagainya
11) Segera ke klinik atau hospital jika isteri sakit
Itulah yang dapat siran share with all bloggers, semoga panduan di atas dapat kita praktikkan bersama...
Sharing is caring...