April 22, 2010

Kamu marah?

Salam dan bismillah....

Marah? Sapa tak pernah marah angkat tangan?
---Orang tak pernah marah ni ada penyakit---penyakit takda perasaan

Semua orang ada perasaan, perasaan ada macam-macam2..perasaan marah salah satu jenis perasaan yang tak baik, tapi tak berdosa pon kalau ada perasaan tu, cuma perasaan marah itu kenala pandai dikawal...
Agar marah tidak menjadi barah, bila jadi barah maka tergolonglah kita dikalangan orang-orang yang rugi dan dimurkai Allah..(aiseh, macam ustazah pulak saya bercakap ni)

So, tak boleh marah ke?Boleh, tapi ada batasnya, ada caranya. Orang yang gagal mengawal kemarahannya adalah orang yang paling rugi. Saya ambil kata Imam Al-Ghazali yang menyebut:
" Marah itu ibarat api dalam sekam"



Kenapa ya? Saya pernah marah, malah setiap hari boleh dikatakan ada perasaan marah, macam tu juga dengan orang lain. Kena marah pula lain cerita, tu membawa kepada perasaan sedih pulak. Tapi kalau anda sendiri yang marah? Kenapala sirna bercakap pasal marah ni....?

Akhir-akhir ni saya selalu rasa nak marah, entahla, mungkin sebab dah lama sangat tak duduk rumah lama-lama, jaga anak..tambah pula mikael semakin besar, makin banyak pula akalnya...ada saja yang dibuatnya, sepahkan buku, sepahkan mainan, tumpahkan air,  baling barang, main barang-barang atas meja solek mama dan buang dalam tong sampah, usik pukul adik, lain dengan tantrumnya yang tak menentu tu...Ibu mana tak marah? Tipu kan kalau tak marah, tapi kalau dah namanya budak..kids are just a kids, don't expect them to behave like adults! Itu belum kira soal marah bila dengar berita-berita tak enak di TV macam kes-kes buang bayi, dera budak...Marah juga. Sinonim betul marah denganku! Tapi tula, senjata yang ada nak kawal kemarahan tu hanyalah SABAR...Ingat Tuhan..Islam sendiri menganjurkan kalau kita marah, first basuh tangan, still marah lagi, ambil wudu', marah lagi, mandi, marah lagi, solat! Mudahkan?

Saya nak share jugala beberapa cara lain controlling your anger, ini saya google dekat life optimizer

1. Take a deep breath
 
2. Drink a glass of water

3. Take a bath

4. Don’t speak while you are angry
When angry, count ten before you speak; if very angry, a hundred.
Thomas Jefferson
5. Listen to what people say

6. Take a walk


7. Pray or meditate

8. Listen to calming music

9. Have realistic expectations

10. Realize that nobody is perfect

11. See from the other person’s perspective

12. Tell a wise friend

13. Look at the positive side

14. Exercise


15. Learn to forgive

16. Think in long term


@Mikael sekarang hari-hari tantrum, tanpa ada punca, ikutkan hati memang marah. Apa yang saya buat take a deep breath, dukung dia dan letak dia kat sinki tengok air mengalir, takpun bagi makanan favourite dia---chocolate.It really works!@

April 20, 2010

My confinement period

Salam dan bismillah....

Sedar tak sedar hari ni dah hari ke 42 Muaz dilahirkan, dan dah 42 hari juga saya secara "official"nya berpantang..hakikatnya saya bukan benar-benar berpantang, percaya tak saya dah keluar rumah for the first time masa hari ke-6---sebabnya, bawa Muaz ke hospital sebab dia jaundice. Then, saya keluar lagi hari ke 10 bawa Mikael ke klinik sebab dia demam panas dan diarrhea...Hari ke 30 saya ke LHDN setelkan income tax pastu oleh kerana Jaya Jusco sebelah tu je saya pun apa lagi, gatalla kaki ni kesana! Ini, kalau orang tua-tua tahu wajib kena bebel kan? Nasib baik mak saya sporting dan tak bising, cuma pesan jangan jalan laju-laju. Berpantang mesti 44 hari..siapa sebenarnya yang wujudkan angka 44 tu? Kenapa 44 hari? 45 hari tak boleh? 43 hari ke? Kenapa 44? Ntahla, dari turun temurun memang itulah yang diberitahu dan diamalkan. Itu yang mak saya jawab. Sound cliche kan? Hmm, takpala, terima jela. Eventhough  i'm healthcare provider tapi  saya tak reject amalan turun temurun berpantang macam kena elak makan itu ini, makanan berbisa, sejuk, berangin, dan berminyak tak boleh makan, tak boleh angkat berat2, tak boleh sejuk2, pakai stokin, ikat rambut tinggi-tinggi, pakai param pilis segala dan berurut, berbengkung, bertungku , bertangas(eh, yang last tu saya tak buat LOL) kerana ada rasionalnya di situ. Cuma bab tak boleh keluar rumah je saya tak ikut sebab saya memang tak reti duduk rumah je(nampak sangat suka berjalan ye).

Cakap pasal bab makan..mak mertua saya memang agak strict, dulu masa time Mikael, dia tak bagi saya makan sayuran  segala mahupun ikan dan ayam segala. Di tumbukkan lada hitam dan ikan bilis goreng tanpa minyak untuk saya makan dengan nasi panas. Haha, saya makan juga tapi makan makanan lain juga. Saya beritahu dia boleh sebenarnya makan sumber2 protien dan sayur-sayur. Nasib my MIL tu boleh terima. Yelah, she's the sporting mom in law in da world! Sayang mak! Yolah, tak selero tokak den. Tapi sedap juga makan lada hitam ngan ikan bilis ni, tapi kalau sampai 44 hari, sapa tahan? Untuk 4 minggu pertama haritu lauk-lauk yang saya makan adalah lauk-lauk wajib ulang. Menu-menu sihat dan menu-menu panjang umur. Hubby kata bagus kalau dapat amalkan lepas pantang pun. Hubby siap google lagi semua jenis makanan yang boleh dan tak boleh makan masa pantang sebab dia yang akan ke pasar. Biasanya saya akan breakfast ngan roti kosong dan susu anmum lacta plus milo. Kekadang alternate dengan cornflakes, oat(adala 2-3 kali je---kurang suka makan oat) ataupun mak saya buatkan lempeng pisang. Menu saya untuk dinner and lunch pulak ialah ikan bakar, sup ikan, sup daging, sup ayam, dan masak singgang ikan .Ikan ikan yang saya makan hanya ikan merah, selar, dan tenggiri tak termasuk ikan bilis. Ikan haruan tak makan sebab hubby tak dapat cari. Saya tak makan ikan kembung, bawal hitam, keli dan lain tu sebab berbisa. Ahah, tang mana berbisa tu? Entahla, ikut aje. Sayur plak memang banyak la saya tak makan, so, sayur yang banyak kali di ulang masak ialah sawi, brokoli dan carrot. Either masak bening(tanpa minyak) atau goreng dengan very minimal oil. Itulah lauk saya setiap hari. Lepas je sebulan, saya cakap kat mak dah tak tahan makan resipi sama je, then dah start makan yang goreng2 sikit dan mula makan pedas2 sikit. Dah start makan udang tapi ambil kuantiti sikit je. Sekarang, belum cukup 44 hari saya dah mula makan masakan biasa, gulai lemak dan kari pun saya dah belasah makan. Buah pula saya banyak makan epal merah, pisang dan kurma. Kuantiti nasi pun saya takda sekat-sekat, lapar saya makan banyak, kenyang sikitla. Maklumla, nak mengoptimumkan penghasilan susu badan. Alhamdulillah, susu badan melimpah-limpah! Saya tak mahu terlalu strict bab makan. Eventhough saya makan banyak nasib berat badan tak terlalu naik. Last week saya timbang berat saya dah turun ke 62 kg daripada 72 kg masa last pregnancy haritu. Target saya lagi 5 kg ke berat asal tapi saya tak mahu terlalu memikirkannya. Lemak-lemak kat perut ni masih malas nak mengundur diri, jadi biarla dia stay dulu..hahaha..InsyaAllah habis je pantang ni saya nak mula berjoging. Dah lama sangat tak joging. Jog really help me a lot!

Haritu, lepas je bersalin saya memang berbengkung setiap masa, almost 24hour everyday, tapi sekarang kekadang ada ponteng. Tula pasal perut saya belum kempis macam kerengga lagi! Saya guna bengkung jenama Mustika Ratu. Ingat pasni harus saya beli korset, senang sikit nak pakai. Tengoklah, bukan keutamaan buat masa ni(as long as hubbyku tak bising, abang tak kisah kan?). Saya berurut 3 hari awal berpantang haritu. Mak bidan yang urut saya ni saya panggil Mak Dayang. Sehari bayarannya kebabom la juga, tapi hasil urutannya best! Dia tungku saya pun lama, urut pun lama. Sambil urut2 sambil berborak. Dia juga buatkan air daun mandian untuk saya. Sekarang dah tak mandi air daun tu, saya mandi ngan air suam je. Kiranya walaupun belum cukup 44 hari, saya dah macam tak berpantang. Siap boleh dukung Mikael yang berat dia 14kg tuh!

Itula pengalaman berpantang kali ni. Mommies yang lain mesti ada experience berbeza kan? Share la ngan saya...

April 17, 2010

2 years of journey

Salam n bismillah..

Dah lama saya nak buat entry tentang anak bujang saya sorang ni...a cute boy MIKAEL
Actually, dah lebih sebulan birthday dia yang ke-2 berlalu and this time no birthday celebration for him sebab saya delivered his adik 2 days before his birthday. He was born on 12 March 2008 and his lil' brother on 10 March 2010..What a nice date. Actually, i didn't plan at all. Nampak gaya birthdayfor my two boys will be celebrate together every year after this. Eventhough mikael was  a first baby, mengandungkannya memang takda problem langsung. Cuma saya terjatuh dalam toilet when he was 6 months gestation. That time, memang susah hati sgt, hubby terus angkat saya and immediately brought to hospital. Syukurlah Allah sayangkan Mikael. He was safe and i was warded for one day for observation. Masa nak lahirkan dia pun tak susah, contraction sekejap saja, and i didn't required neither pain killer nor drip.  I've  fully breastfeed him for only 4 months but after that saya terpaksa tanpa rela campurkan dgn FM(Why?i will write in other entry my breastfeeding story). But, syukur, dia membesar dgn sihat dan kuat...Here, i upload his 2 years of journey...




the day he was born----12 March 2008

 
Day 3 of life--little bit jaundice this time

Day 6 of life---jaundice faded off

2 weeks of life---suka benor kerut kening

Mikael one month old

With his beloved baba @2 months old---first vacation to Cameron Highland

Again in Cameron


4 months old


6 months old---first driving skill


First Eid @ 6 months old


i like this picture...also @ 6months old(ber"lenggeng" after sweating wearing baju melayu)


Has 8 tooth this time, at 10 months old


So happy approached by Aquaria mascot, 3 days before his birthday


1 years old!


First time he got his "kaki"...walking non stop!


2nd time Eid...18 months


 "jangok" boy @ 21 months


And now...2 years old with his lil' bro





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails