July 25, 2010

Hish!Allergic la...

Salam dan bismillah...

Hai semua, mama nak buat luahan perasaan ni. Mama tak puas hati betul, really angry inside!

Kadang-kadang rasa macam tak tau nak buat apa dah. Maybe because it was all started with a simple mistake. Can i call it mistake, yeahh..perhaps. Ada seorang hamba Allah bergelar 'saudara' merupakan seorang ahli syarikat MLM yang popular la juga. MLM mana tak mo bagitahu, nanti mama kena saman! Dia dan suaminya ni selalu datang rumah untuk promote barang-barang MLM dia tu. Haishh. Mula-mula pertama kali dulu mama akui memang ada layan dia dan beli barang dia, itupun beli set bersalin 3 tahun dulu sebab masa tu mama memang tak tahu nak beli kat mana. Since kebetulan dia dah promote mama pun ambilla satu. Ada la juga ambil sabun dan lotion bagai. Masa tu niat nak menolong la juga ekonomi sesama saudara kan.  So, memang sekali tu jela mama beli barang dia.

Yang tak puas hati ni lepas pada tu dia tak sudah-sudah nak promote barang -barang lain pulak. Seriously mama tak minat, dok sibuk cakap kebaikan vitamin kat mama, yang bengang tu dia lupa agaknya mama ni doktor, dia pulak nak mengajar kita makan vitamin itu dan ini. Mama tak kisah tau dia nak promote tapi yang tak sukanya tu cara dia tu. Pastu macam nak paksa2 secara halus kita beli. Kadang-kadang datang kat rumah tiba-tiba tak bagitahu dulu dan pernah juga dia datang waktu yang memang tak sesuai, pukul 6.50 petang nak dekat Maghrib! Mana mama tak hangin satu badan!

Dia selalu sangat hantar SMS untuk datang rumah. Mama tak kisah orang nak datang rumah, lagi suka adala, lagi-lagi kalau saudara-mara yang memang datang untuk ziarah bertanya khabar. Tetamu tu kan bawak rezeki. Tapi kalau datang niat nak jual dan promote barang-barang dia tu yang buat mama rasa loya jek. Mama dah pernah bagi signal kat dia yang mama tak nak beli barang dia. Tapi mama tak faham kenapa dia masih tak faham2. 

Tadi dapat lagi SMS yang sama. Ei, tak faham betulla...Allergic saya sama kamu!

Mama bukan nak kata orang yang involve dalam MLM ni cuma mama tak puas hati sebab kalau orang dah tunjuk sign tak suka dan tak minat tu, janganla dok asyik nak promote tak tentu pasal. Pergilah pada orang yang berminat.

Mama risau "allergic" mama nanti jadi anaphylactic shock pulak!

Korang pernah alami tak?

July 15, 2010

HIV and innocent people

Salam dan bismillah...

Hai semua...saya rasa excited sangat sebab today and tomorrow cuti:P
Seronok sangat sebab dah sebulan lebih tak pernah cuti, so....excited! Nothing more happy than be at home, with my lil' mujaheeds.

I really wanted these 2 days with my luvs one sebab hari Sabtu ni oncall. Itu sebab utama ambil cuti. I'm a bit relieve now coz my ward dah ada 3 MO's , otherwise kalau 2 orang je, we both have to take turn doing weekend rounds, so poor quality of life kan? Macammana nak function dengan baguskan..So, now its better...

Ok, back to topic. Enuff. Haritu during rounds with my consultant, we encounter one Burmase guy in his middle age presenting to hospital with a chronic diarrhea( cirit birit yang berterusan ). He is a Muslim and work in a carpet shop here in Malaysia and already been here for about 6 months. My consultant had a strong instinct this guy would have more than diarrhea and somehow ordered HIV test for him. 

Its POSITIVE! Suprisingly because he DENIES any high risk behaviour such as intravenous drug abuser, social sex worker, and he is a  straight man(meaning bukan homo ok...). Dia pun tak mengaku yang pernah terima darah dan dia belum kahwin lagi!

HIV dari atas langit?

NOPE!

My bos said:

" We are so lucky living in this country because our healthcare system has tremendous improvement. I'm not that suprise for which i knew in Burma they still recycle all the needle and syringe and even for vaccination they shared one needle for many patients because they don't have enough supply. Thats explain why such an innocent guy like him has this virus...I still remember when i was a young doctor 25 years ago, i still using the recycle syringe and needle, we don't have a choice "

WTH...

OMG...

Saya angguk-angguk. Betullah. So, jangan pandang rendah pada orang yang ada virus ni. Sebab orang innocent pun boleh dapat. Salah satu lagi contoh orang innocent yang dapat ni ialah isteri2 orang yang tersebut di atas. Stigma banyak  sangat, banyak sangat. Tak ramai antara mereka yang dapat ni survive walaupun ada treatment untuk improve quality of life walau belum ada ubat yang boleh bagi sembuh 100%.

Masa saya posting di ward Nefrologi, ada satu patient perempuan berumur lingkungan 40-an. Kami terpaksa buat dialisis kat dia sebab kidney failure. As a routine, kita kena buat HIV and Hepatitis screening sebelum dialisis and her result came back as HIV positive! I was trembling also as i'm the one who put her line. Luckily i wore a glove(nampak sangat selalu ngelat tak mo pakai glove). She was in shock when we told her the bad news. She had no ideas where in the world she got the virus. Her husband passed away in accident 10 years back and she denied having any relationship with anybody. And of course...she was not a drug abuser. She never received any blood transfusion as well. So, our assumption is only one---her late husband might have that virus...

One more innocent people are a babies whose got the virus from their parents. Kesian kan...what to say. Its happen over and over.
Emo pula, rasa nak menangis bila tengok kanak2 yang mennghidapi virus ini. 

Saya kagum dengan wanita ini

*ihsan google*

 Innocent right? Semua tu ketentuan Allah..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.



July 9, 2010

Korang semua sama aje!

Salam dan bismillah...

Care to share with u guys. Joke for the day...

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

source: forward e-mail 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails