March 3, 2010

38 minggu yang mendebarkan...

Salam n bismillah...
"mode happy"

Menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apakah ada....

Hoho...bila la saya nak bersalin perut saya nak meletup ni, sejak Isnin lepas, kandungan saya sudah memasuki fasa "term", bayi saya sudah bersedia untuk keluar dengan selamat pada bila2 masa sahaja. Braxton hicks contractions semakin kerap dan kuat, hampir setiap malam sejak beberapa hari yang lalu saya tidak dapat tidur lena disebabkannya. Saya ternanti-nanti bilakah saatnya, tak sabar nak bercuti panjang=)...tak sabar rasanya nak memeluk bayi saya tapi dalam masa yang sama berdebar-debar sebab memikirkan kesakitan sewaktu bersalin nanti, moga dipermudahkanNya..

So far, alhamdulillah, persiapan menyambut orang baru boleh dikatakan 100% sempurna. Mikael pula macam semakin mengerti yang tak lama lagi dia bakal dapat adik..Semakin manja dia dengan saya yang semakin kurang bertenaga. Sebolehnya saya tak mahu dia rasa yang dirinya kurang diberi perhatian oleh saya, penat macamanapun saya akan memandikannya, membasuh najisnya berak kencingnya, menyuapkannya makanan..dia juga sering minta didukung oleh saya walaupun berkali saya memberitahunya sayang, mama tak larat...beratnya saja dah 13kg!Tapi kadang saya turutkan juga kemahuannya, tak mahu dia rasa--mama tak sayang mikael ya, walaupun dia tak pernah cakap begitu, sigh..

Saya sering tertanya-tanya, bagaimanalah agaknya berhdapan dengan dua orang anak sekaligus? Mikael will turn to 2 years old very soon, dia masih belum berapa mengerti lagi..Terfikir saya, macammana berhadapan dengan kerenah dua anak?mikael cemburu ke nanti? mikael nanti nak tidur kat mana(biasanya katil kelamin saya muat bertiga--itupun babah kata sempit=))?mikael tidur dengan saya atau dengan babah?walaupun ada baby cot, saya tetap mahu sentiasa dekat dengan bayi saya..macam2 persoalan yang saya sendiri tak dapat bagi jawapan yang tepat...kawan2, especially yang dah punya anak lebih dari seorang, apa pendapat korang ya?

5 comments:

Ina Hashim said...

semoga bersalin dgn mudah & selamat mama & baby...
btw, jom borong CD murah utk baby baru ni...akak tgh buat jualan harga runtuh...leh kasi diskaun lebey sket kalo beli banyak :)

temp. housewife said...

insyaallah semuanya selamat. akk dulu pun masa dpt Hafizah, Tini baru 2 thn 3 bln. Mula2 mmg susah Tini nak menyesuaikan diri sbg kakak. Lama2 okay. kena beli tilam atau katil bujang letak sebelah katil kelamin tu.

sirna said...

kak ina, thanks offer, memang teringin sgt nak pakai CD tapi kurang mendapat sokongan dari en hubby,katanya leceh..takpa, nanti saya cuba2 yakinkan dia lagi yg CD ni bagus=)

sirna said...

kat nur, good idea=), thanks a lot..

Ina Hashim said...

:) memula mmg rasa leceh...lelama dah x rasa pape pun...best tgk CD cumil2 bergantungan kt ampaian ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails