Pages

January 31, 2012

Ariana Mikhail

Siapa tengok cerita ni?

#picture from google@TV9#

Saya tengok ada tiga sebab..

1)Sebab tajuk dia, sama nama ngan anak saya walau ejaan tak sama...haha, boleh pakai alasan nih?Kiut kan nama Mikhail..

2)Saya adore Sein selepas dia berlakon Adamaya yang best tuh...hihi..'gedix'

3)Juga suka Nora Danish yang comel ni..

Cerita ni baru nak masuk 6 episod, bersiaran setiap 8.30-9.30malam di TV 9...ecehwah, tolong promo pulak..macamlah TV 9 nak bagi royalti kat saya, hihi..

Komen saya? Best juga cerita ni, tak menghampakan saya. Cuma laju sangat jalan cerita dia, semput saya nak kejar..:p...Apapun, tengok dan nilai sendiri ye...

Siapa nak tengok dari episod pertama sampai ke 5 boleh klik sini yer..sumber dijamin halal ;)

January 30, 2012

Tak mahu naik motor lagi!

Salam semua...

Dah berapa hari tak update. Maklumlah cuti seminggu. Blog pun cuti. Bukan saya sengaja. Kelajuan broadband di kampung amat lah mendukacitakan. Semput. Hidup segan mati tak mahu. Hihi. Connected tapi no internet access. Berblogwalking pun guna handphone saja. Jadi susah nak tinggalkan komen. Maaflah saya rindu kamu sebenarnya. Nanti saya jalan jalan ye. Ecehwah.:)

Banyak cerita ingin dikongsi. Tapi yang satu ini saya kongsi dulu. Kejadian hari Sabtu.

Mikael ni kalau balik kampung suka sangat mengajak mak usunya naik motor. Mak usu pun suka naik motor juga. Hihi. Hari sabtu itu saja sampai 3 kali pusing kampung naik motor. Dan yang kali ketiga sungguhla malang itu tak berbau...Mak usu , Mikael dan Muaz jatuh motor!Sudahnya dapat satu benjol sebesar telur gred C di dahi dan benjol juga di kaki kiri. Huhu. Mujurlah tak patah riuk. Mak usu pula lebam di kaki. Mujur Muaz takda apa apa. Jenuh juga mak usu dibebel aki dan en suami saya.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari kejadian. Ini selepas di tuam dengan air panas berbalut towel. Punyalah bercinta masa nak tuam ni. Nak baba je pulak yang tuam. Tak mahu mama. Haishh...demand bujang sorang ni. Benjol telur dah jadi leper sikit.


Ini kat kaki. Kurang sikit ni. Tapi biru juga. Syukurlah tak teruk sangat.



Ini gambar semalam. Dah boleh senyum. Siap boleh lari walau kaki kiri masih bengkak dan sakit. Benjol di dahi dah makin kurang. Jadi hari ni saya sambungkan cutikan Mikael lagi(baca: ponteng). Kesian pula nak hantar ke school dengan kepala masih merah. Mungkin esok dah ok sikit. Bila tanya dia nak naik motor lagi tak? Terus geleng. Tak mahu. Serik terus dia. Tapi dia kata kalau baba yang bawa motor dia mahu!Hihi...Mikael memang strong boy..;)

Saya rasa semua orang ada pengalaman jatuh motor kan?Saya sendiri dulu pernah jatuh motor. Masa tu tingkatan 4. Habis koyak dagu. Huhu. Berparut hingga kini. Nasib parut tak ketara sangat.Sekarang ni memang dah tak berani naik motor. Lesen motor pun takda. Bawa motor sesekali saja kalau balik kampung. Itupun dalam kampung saja. 


Harapnya cepatla surut merah kat kepala Mikael ni. Kesian dia. Tapi saya rasa tentu pengalaman ini ajar dia yang naik motor itu bukan untuk seronok saja.




January 24, 2012

Donut gebu


Mendonut lagi...hihi..muka pun dah tembam macam donut babe..Janganla ada yang muntah asik tengok entri donut saya yek..ini pun rajin bermusim sebenarnya(baca:padahal sentiasa malas).Buat kuih pun bermusim..

Saya suka buat donut sebab senang,bahan ringkas,dan paling penting ia laris bila dihidang. Bukan saja budak budak suka mak bapak budak ni pun suka...

Kali ni buat versi original dan moden. Letak ganache and chocholate rice. Yummeh..

Resepi donut boleh ambil kat entri INI ye. InsyaAllah kalau buat ikut aturan sampai esok pun donut gebu lagi tau.

Resepi ganache saya tak sukat pun. Main suka hati mak la nyah.Kikikiki. Taruk cooking chocolate...susu pekat dan sikit air. Double boiling ye. Sebenarnya kena taruk whipping cream tapi tak beli la pulak. Jadi susu pekat jadi mangsa kederhakaan. Buat ala ala pekat then tuang pada donut yang sudah goreng then tabur chocolate rice then hidang la.

Esok dah ada yang mula kerja tapi sy cuti lagi. Selamat bekerja ye dan cepat cepat dapatkan mood proaktive. Jangan sampai wednesday blues yek.

OKlah. Babai!

Published with Blogger-droid v2.0.3

January 22, 2012

Pengguna whats app..ini khabar angin atau kebenaran?

Whatsapp is shutting down on 28th jan   Message from Jim Balsamic (CEO of Whatsapp) we have had an over usage of user names on whatsapp Messenger. We are requesting all users to forward this message to their entire contact list. If you do not forward this message, we will take it as your account is invalid and it will be deleted within the next 48 hours. Please DO NOT ignore this message or whatsapp will no longer recognise your activation. If you wish to re-activate your account after it has been deleted, a charge of 25.00 will be added to your monthly bill. We are also aware of the issue involving the pictures updates not showing. We are working diligently at fixing this problem and it will be up and running as soon as possible. Thank you for your cooperation from the Whatsapp team..:)


FINAL WARNING!

If your WhatsApp Logo has not turned red you are not registered as a frequent user and by 10am C.A.T WhatsApp will start charging you. To become a frequent user send this message to 10 people who receive it (2 ticks) and you WhatsApp logo should now turn Tangerine Orange as a result of late registration but you will then become a frequent user.


Dapat mesej ini dari rakan rakan pengguna whats app andriod dan iphone..Sebetulnya saya kurang percaya sebab mesej ini bukan dihantar dari whats app sendiri kepada saya.


Entahla..bingung juga..tapi kalau betul tak dapatla lagi berbalas mesej percuma dengan kawan kawan..Tapi hakikatnya memangla ia bukan ' percuma ' sebab setiap bulan pun kena bayar untuk data plan jugak..Takpalah kalau betul pun aiman tak kisah...hiks!


Published with Blogger-droid v2.0.3

January 21, 2012

Rezeki pagi hari

Salam hujung minggu....;D Dah sarapan semua?Sarapan saya dan keluarga harini pelbagai...sosej roll, nuget goreng untuk budak budak dan makaroni bakar lebi potluck semalam..dan lepas sarapan dapata pula yang ini...

Nasi dagang pemberian jiran sebelah. Syukur rezeki di pagi hari...Sedap nasi dagang ni, mak jiran sebelah saya yang masak, dia memang orang Terengganu..Panas panas lagi masa dia bagi ni:) Oklah, mesti semua da ada rancangan masing masing sempena cuti panjang ni kan. Saya balik kampung petang ni InsyaAllah. Selamat bercuti buat semua dan siapa yang bekerja tu selamat bekerja ya. Babai!
Published with Blogger-droid v2.0.3

January 20, 2012

Anak anak tekno

Zaman teknologi.

Serbi serbi pantas, cepat, mudah dan senang yang kita mahu. Semuanya di hujung jari. Dail no saja, cakap sikit sikit sampaila McD depan pintu rumah setengah jam kemudian. Mudah kan hidup?

Dulu dulu orang nak cari makan pun susah. Masuk hutan bagai, gali tanah cari ubi untuk sumber kanji.

Sekarang ni semua senang sedia ada, asal ada duit hulur saja dah dapat barang yang diingini.

Samalah macam budak budak zaman sekarang, kecik kecik dah pandai ifon la, ai pad la, touch screen  kat smart phone tu jadi macam 'batu seremban' kegemaran. Itu belum pasal laptop, boleh kata dah masterla. Dah takda main baling selipar, galah panjang, dan dulu masa saya kecil selalu main jambatan merah sudah roboh. Haha..indahkan zaman kanak-kanak.Tak perlu teknologi.

Wah, kemain lain luahan perasaan. Eceh..

Sebenarnya nak cerita tentang Mikael anak sulung saya yang sekarang pandai minta macam macam. Lagi lagi lepas masuk playschool ni makin betah bercakap.

Ada satu malam tu minta belikan aircond dibilik dia. Mama, abang nak beli aircond....Di rumah saya hanya bilik saya ada aircond. Itupun jarang guna kecuali musim panas. Sejak Mikael school kami berjaya asingkan dia di biliknya sendiri. Dalam hati saya, eh, pandai pulak budak ni cakap nak beli aircond. Saya tanya dia, abang ada duit? Geleng. Diam. Pakai duit mama lah....hihi, dah agak dia akan cakap gitu. Kenapa nak aircond? Abang panas la, kipas tak cukup...Oklah, nanti mama ada duit lebih sikit mama beli ok. Dan, saya sudah berjanji padanya tanpa sedar. Janji kena tepati kan, nasib saya cakap kalau ada duit lebih sikit. Jadi bolehlah saya tangguh lagi permintaan dia.

Itu kisah pertama. Ada satu hari, encik suami bawa Mikael ke Jalan Pudu untuk cari barang sikit. Agaknya dia ternampak banyak kedai kedai jual playstation. Balik rumah, terus cakap kat saya. Mama, nanti belikan abang game ye, yang besar besar tu bole tekan tekan, sambil gayakan tangan dia dua dua belah. Saya fahamlah dia maksudkan playstation sebab dia pernah nampak playstation di rumah abang saya. Jawapan sama saya bagi, tapi saya kata tengok dulu ya abang, duit mama belum cukup ni. Hihi.Balik balik alasan sama. Haishhh....request dia semua boleh tahan dan masuk akal juga. Nasib dia tak request mac book ke,i pad ke...Botak kepala mama nak...


Pada saya kenalkan dan ajar anak teknologi ni perlu dengan keadaan semasa sekarang. Cumanya, kita kena pantau dan hadkan penggunaannya. Anak anak masih perlu diajar perkara semulajadi macam mak ayah kita ajar kita dulu, pergi tengok haiwan kat zoo, main main kat taman permainan , main masak masak atau paling senang main aci sembunyi. Seronok juga buat perkara yang tak perlu guna gajet canggih pun.  Malah, saya rasa ia lebih seronok. Minda anak anak pun boleh terbuka luas.


Tadi baru je selesai sambutan cny kat school dia. Nantila saya upload gambar kalau sempat. Lepas ni kami sama sama bercuti panjang. InsyaAllah blog tak cuti ye cuma mungkin kalau balik kampung broadband tidaklah laju macam F1. Jadi, mungkin kurang buat kunjungan ke rumah anda semua. Pst, kadang saya berkunjung melalui phone je cuma mungkin susah tinggal komen ye.

Ok, selamat bercuti dan semai kasih sayang dengan keluarga. Babai!




January 19, 2012

Cadangan menu untuk potluck

Mikael ada majlis pre cny celebration kat playschool esok. Ibubapa pun dijemput dan kena bawak potluck. Haih...rasa macam banyak sangat menu dalam kepala ni sampai tak tahu nak bawa apa..hihi...(padahal x reti masak..kikikiki)

Nak bawa kek pisang gebu ok tak?

Tapi mesti nak bawa food yang ala ala masin masin juga...cam makaroni bakar ke...beehoon ke...nasi lemak ke...

Kalau boleh nak buat menu simple je...tapi maklumlah saya ni bukan pandai masak sangat pun. Tu yang buntu tak tahu nak bawa apa...Ada 4-5 jam je lagi sebelum balik rumah untuk beli bahan bahan masak...Huhu...

Dan bersempena itu juga saya ingin mengisythiharkan.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Esok raya!Esok saya mula cuti selama 9 hari!Hihihi...

Mau sambut laya cina juga meh...

Inila first time raya cina dapat cuti macam saya pun celebrate juga. Yelah..biasa kena cover kawan kawan bangsa cina yang bercuti tapi kali ni kami cuti berjemaah yek. Heheheh...

Agak agak anda semua apa patut saya bawak untuk potluck esok?

Published with Blogger-droid v2.0.3

January 18, 2012

January 17, 2012

Jalan jalan cari makan: Restoran Lala

Dah beberapa kali saya datang kesini sebenarnya. Kalau tempat yang banyak kali pergi ni insyaAllah di jamin sedap.Ecehwah...

Selalu pergi waktu siang saja.

Kalau malam mungkin tak sampai ke sini sebab jauh dari rumah. Ekekeke...jauhla sangat...

Restoran Lala ni dekat dengan tempat kerja. Sebab itu selalu pergi masa siang iaitu lunch hour. Lokasinya sangat la dekat sehingga jalan kaki pun boleh dari tempat kerja saya. Tapi saya dan kawan kawan lebih rela memilih sedentary lifestyle. Hihi.


Inilah restorannya. Restoran ni orang Thai rasanya owner dia. Semua makanan memang pure Thai.


The must have one. Sedap dan pedas.


Ayam goreng halia. I love the ginger taste in it. Tasty.


Kerabu sotong.


Eh, terbalik pulak. Kailan goreng ikan masin.


Our favourite. Another must have one. Ruam mid nama dessert ni. Santan di didih manis dicampur dengan cendol, sengkuang cina(yang merah tu) dan nangka. Siap soal siasat pekerja dia macamana resepi sengkuang cina tu sebab sedap dan crunchy. Best sangat. Heheh..

Kalau teringin ingin makan original Thai food, datangla ke sini. Worth it. Till then,babai;D

January 13, 2012

Mari biasakan dan betulkan dan kisah orang jakun naik bas

Biasakan apa yang betul


Betulkan apa yang biasa


Setuju?


Andai kita belum biasakan apa yang betul...biasakanlah sekarang

Selepas itu barulah kita betulkan apa yang biasa itu

Jangan cepat membuat tuduhan

Jangan mudah jadi penghukum

Diri kita terlalu indah dicipta untuk kita membezakan yang baik dan yang kurang baik


Gambar diatas. Sudah lama saya sebenarnya tidak naik bas. Mungkin yang terakhir semasa saya habis pengajian di universiti 5 tahun dulu.Kalau kawan saya itulah pengangkutan utamanya sebab dia tiada lesen memandu. Berjasa sungguh pengangkutan awam kepadanya. Kalau tiada bas atau teksi tak sampailah dia ke tempat kerja barangkali.


Buat saya.. sesekali naik bas seronok juga.Mengimbau kenangan zaman remaja. Berulang alik ke mana mana dengan bas. Yelah..ibubapa saya tiada kereta. Tiket bas kadang penuh dalam beg tidak dibuang. Hiks. Spesies suka simpan tiket. Itulah berjasanya pengangkutan awam untuk mereka yang tiada kenderaan seperti saya pada waktu itu. Memang sedikit penat untuk tunggu bas sampai tapi yang penting tak perlu pening kepala untuk cari parking.


Sesekali buat apa yang kurang biasa itu juga seronok dan beri kepuasan...


Do the right and do it always...Avoid the wrong and avoid it always...



Published with Blogger-droid v2.0.2

January 12, 2012

Muaz di nurseri baru dan suara serak

Dah 4 hari adik Muaz di nursery baru. Dari 4 hari itu, ada satu hari saja dia tidak menangis dan memeluk erat saya sewaktu diserahkan pada cikgu di nurseri. Sebabnya dia sedang tidur. Dan setiap kali dia menangis itu jugalah saya terus bimbang...bimbang kalau dia terus terusan menangis. Hari pertama saya hantar dia, saya juga turut menangis sendirian dalam kereta sewaktu ke tempat kerja dan terfikir patutkah saya hanya menjadi surirumah dan menjaga anak dengan tangan sendiri?Ah, tapi itu perasaan sahaja. Dua hari lepas saya memang perasan yang suara dia sedikit serak. Mungkin terlalu banyak menangis di nursery sampai serak suara.

Muaz memang lain dari abangnya Mikael. Nampak sedikit independant tapi dia sangat manja. Kuat menangis. Mungkin sebab dia tak pernah tinggal di nurseri sebelum ni. Tak pernah duduk dengan ramai kanak kanak lain dan paling penting tak pernah berbahagi kasih kecuali dengan abangnya. Di nursery faham sajalah, kanak kanak yang ramai berbelas orang, semua ingin dibelai dan diberi perhatian. Muaz memang suka perhatian. Sejujurnya jika di rumah saya hanya boleh bernafas lega setelah dia tidur. Jika saya di rumah dan babanya tiada pasti dia akan mengekor saja ke mana saya pergi hatta ke bilik air.  Tak seperti Mikael yang lebih suka leka bermain 'angry bird' atau menonton 'Oso Special'. Dia masih menyusu, dan tarikan itu yang menyebabkan saya diekorinya ke mana sahaja. Tak saya nafikan dia memang lebih mahukan perhatian, gerak dan bau mamanya. Walau saya sedang makan, kalau dia mahu menyusu akan ditolak-tolaknya badan saya. Sekarang di nurseri saya bekalkan juga susu formula. Muaz sudah tak mahu minum susu perahan. Susu perahan sudah semacam loya ditekaknya. Dia tetap gemarkan susu segar dari mamanya. Cikgu kata, susu formula yang baru 4 hari dikenalkan tu pun tak diminum sangat. Paling banyak diminum 3 auns. Lebih banyak minum air kosong. Risau juga tak cukup zat. Tapi balik saja rumah saya memang terus susukan dia.

Waktu ambil dia, dari jauh dia dah melihat kelibat saya dan menjerit jerit sebut mama sambil depa tangan. Saya harap dia kan lebih biasa di 'rumah' barunya ini. Kasihan Muaz, mama kerja mencari rezeki ya. Sebenarnya, saya ada satu impian, menjadi surirumah sepenuh masa walau kerja surirumah itu bukan semudah A, B, C. Bak kata Cik Betty, surirumah pun busy tau. Tapi surirumah boleh lihat anak selalu membesar depan mata. Penat pun bukan orang lain yang jaga anak kita.

Tapi impian itu mungkin hanya impian kot..mana mungkin jadi kenyataan...tapi who knows one day kalau saya dah kaya(baca: perasan). Hahaha...

Doa saya Muaz boleh sesuaikan diri lagi dengan keadaan baru ni. Saya tak sanggup lihat dia nangis hari hari sampai serak suara. 

January 11, 2012

WW-Keinsafan

Published with Blogger-droid v2.0.2

January 10, 2012

Seni dan masterchef

Semua dah tahu kot. Saya (baca:perasan) Ezani menang Masterchef Malaysia yang pertama. Layak...memang layakla sangat. Tahniah buat Ezani. Dokter gigi yang pandai seni kulinari:-D

Jom kita terjah website ezani. Di sini dia berkongsi resepi resepi kegemarannya  dan masakan semasa beliau di masterchef..Her recipes will be my future reference la jawabnya..hihi:-)

Sebenarnya kan nak kongsi juga..ezani ni sister tu dr ezura...lactation counseller and my friend juga. Both of them memang pandai masak. Kalau tengok makanan yg dimasak meleleh air liur....dengan seni menghias makanan yang menarik..walaweh...drooools..heheheh:-*

As for me...kulinari bukan diri saya. Masak bolehlah tapi tang menghias makanan memang corot dan failed. Jadi chef untuk keluarga je la..

Pernah nak hias date cake dengan karamel konon bajet cun tapi tak cun langsung. Bak kata encik suami..masuk perut jadi sisa kumuhan juga!Hahaha...

So...saya memang tak seni. Pendidikan seni masa sekolah pun dapat C semedang.

Notakaki:Tengah menyiapkan sasaran kerja tahunan. Pening...Nasib CPD  point lepas...

Published with Blogger-droid v2.0.2

January 7, 2012

Jom melancong

Salam hujung minggu..


Sedar tak sedar dah 7 hari di Januari 2012. Tahun yang kalau boleh aku ingin capai apa yang belum. Agak berharap tak ayat aku ni..kehkehkeh...Siapa yang takda impian dan harapan kan..semua orang ada. Pastu, bila ku belek belek balik kalender 2011, baru perasankan sesuatu. Tahun lepas aku tak pergi melancong ke mana manapun! Setakat ulang alik balik kampung dan adala sekali haritu bermalam satu malam kat Golden Palm Tree Resort di Sepang.Sadis nya. Aku ni Kaki jalan sebenarnya. Bukan tak teringin nak ke mana mana tapi ada misi lain yang lebih memerlukan duit .Berbanding misi berjalan jalan. En suami selalu pujuk aku supaya  dapat tahan keinginan tu. Tunggu tahun depan. Kata dia. Tahun depan tu tahun ni la. Yang baru 7 hari ni. Ok. Aku ada 359 harilagi!Ehcehwah...macam kejar dateline bagai.Sejujurnya, aku cemburu gak tengok kat mukabuku bila kawan kawan aku letak gambar gambar mereka melancong ke sana sini. Jeles mak aii...Murah rezeki diaorang berjalan sana sini. Takpalah aku tahan lagi.


Sekarang ni bagai aku tak sabar tunggu MATTA Fair.Kotla banyak diskaun. Dah tahap bengong kepala aku ni bila tak berjalan jauh. Rasa tepu je pemikiran aku. Bila berjalan dan mengembara ke satu tempat fikiran pun jadi tenang. Tak payah fikir soal kerja dan released stress.Pastu boleh tengok tempat orang, ragam orang, dan definisi melancong bagi aku dan encik suami mesti ada mandi manda tak kisahla kat pantai, air terjun atau swimming pool.Hehe..


"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah sunnah Allah,kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan(rasul-rasul)."


Quran, Ali Imran :137


Mengembara, melancong ni memang suruhan Allah.Tapi provided niat kita betullah bukan ke arah maksiat. Sebab tu kalau kita jalan jauh tujuannya maksiat kita tak dibolehkan solat jama'.Aku dengar ni kat radio ustaz bagitahu.Jangan tanya aku kenapa ye tapi aku fikir juga ada ke orang buat maksiat yang solat?  Jawapan tu tepuk dada tanya iman...


Jadi, sekarang ni tengah berusaha mengumpul fulus yang ada untuk bercuti cuti dan berjalan jalan. Kalau diizinkan memang ingin sangat ke satu tempat ni...memang sangat teringin. Agak agak ada x orang nak sponsor?Kalau ada orang nak sponsor bgtahu yek..Kihkih. Aku gurau.


Sebelum ke 'laut' lebih jauh baikla aku berhenti.  Nak sambung berangan melancong tempat aku teringin tuh. Hehe.


Okeh.Babai:-D


Published with Blogger-droid v2.0.2

January 6, 2012

Karipap sardin dan drakula berwajah manusia



Karipap sardin.

Kecik cenonet.

Dijual 60 sen. Patutkah? Patutkah? Drakula berwajah manusia. Sejak bila pula harga tepung dan sardin naik?

Rasa sungguh ralat. Bila peniaga naikkan harga makanan dan barang sesuka hati. Yang terkilan lain di menu lain di mulut. Nak bertekak malas. Tapi kawan saya yg geram terus berkata ..." tak halal lg dua puluh sen!". Langsung tak beradab dengan pelanggan.


Kisah peniaga cekik darah ni ada kat mana mana.  Hanya segelintir. Ramai peniaga yang masih jujur.  Tidak mengambil keuntungan melampaui batas. Kadang hairan juga ya, ada orang boleh berlebih kurang tapi ada orang sangatlah berkira sampai air suam kosong pun kadang di letak harga 10sen!Kalau kat mamak kebiasaannya air kosong memang free dan ada setengah tu kalau hari Jumaat siap bg pisang free. Murah rezeki peniaga seperti ini insyaAllah...

Notakaki: Pernah makan di kedai yang ada orang lain tolong bayarkan tanpa pengetahuan. Bila ke kaunter minta bil cashier kata sudah bayar.Murah rezeki orang tu bersedekah kepada kami. Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.2

January 5, 2012

Sedapnya Talapia segar dari sungai

Salam semua...

Nak cerita tentang talapia.Talapia ni sejenis ikan sungai. Ada setengah orang kurang gemar.Tapi saya suka sangat!Tapi suka ikan sungai yg memang dari sungai duduknya,bukan dibela dikolam..Kalau dr kolam memang saya tak makan sebab berbau hanyir sangat biasanya.

Ini dari sangkar di sungai pahang belakang rumah ayah mentua. Sebenarnya ada juga patin tapi patin tu masih kecil lagi. Kalau saya patin suka masak tempoyak dan talapia suka goreng atau bakar. Masak stim limau pun sodapppp.Segar tau baru je naik ni my fil ambil dan terus siang.






7ekor semua sekali!Kami buat 2 jenis lauk iaitu talapia masak gulai tempoyak dan talapia goreng 3 rasa. Makan satu family berebut rebut time panas panas sungguh seronok.


Sebelum digoreng...ni memang tak masuk peti sejuk pun...lepas siang terus cuci bersih dengan air asam dan garam kunyitkan...


Inilah versi goreng 3 rasa...gambar tempoyak boleh hilang pulak. terdelete lah..huhu...

Siapa suka makan ikan sungai angkat tangan tinggi tinggi!:)
Published with Blogger-droid v2.0.2

January 4, 2012

WW- Sibaju biru tersenyum malu

tersenyum ketika ini, menangis kala mama pergi, takpa abang, abang mesti jadi strong boy
Published with Blogger-droid v2.0.2

January 3, 2012

Cukuplah!

Cukuplah...

Buka laman sana sini tentang dia...

Habis terbuka semua aib...

Dulu dialah semua yang kita banggakan...

Tak mahu lagi lihat!Jangan jadi penghukum pula...betulkan kain kita yang senget itu dulu...

Dan doakan agar kita semua dan dia diberi petunjuk...

Selamat bersekolah abang!

Salam semua..

Dah terperap lama sebenarnya entri ini. baru hari ini sempat di publish. Tentang Mikael. Dua minggu lepas sibuk dengan orientasi Mikael di tadika barunya.

Hari pertama bukan main bersemangat dia. Tapi mamanya lebih bersemangat. Bangun awal nak siapkan sarapan dan baju Mikael. Mikael siap bangun lambat lagi tapi bila dah bangun tak sabar terus nak ke school katanya. Saya dan encik suami turut 'berorientasi' temankan dia. jadi hari pertama tak nangislah sebaba mama dan baba temankan dia.


Malu malu lagi. Ini hari pertama orientasi. Belum pakai uniform sebab baru dapat. Rambut pun panjang belum potong.


Pakai tag nama supaya semua guru kenal dia. Tengok tu senyum simpul malu kucing.


Tengah dalam bulatan untuk menyanyi  nyanyi. Tapi Mikael sungguhla refused untuk singing. Memang dia sangat la pemalu.


Cat tangan untuk buat cop mohor. hehe.


Ini hari ke dua. Pakai T-shirt yang baru dapat. Seronok dapat buat topi angry bird. 


Muaz pun tak mahu kalah, nak juga. Walaupun Muaz belum nak masuk tadika lagi tapi dia nampak lagi bersemangat dan friendly.


Ini masa minum pagi. Hari ke 2 juga. Masuk hari ke 3 saya cuba tak teman dia. Cikgu kata Mikael menangis cari mama. Tapi sekejap je pastu dia ok. Cikgu kata boleh je dia singing masa saya takda. balik rumah pun siap ulang ulang lagu Twinkle twinkle little star walau banyak salah dan tunggang terbalik. Takpalah, beri dia masa. Umur pun baru 4 tahun. Biar dia meneroka lagi dunia baru persekolahan dia.

Esok, bermulalah sesi pertama dia. Risau juga ni. Harapnya dia dapat la sesuaikan diri.

Notakakiku: Tak pernah masuk tadika, terus loncat darjah satu. Melalak juga hari pertama sekolah....



Published with Blogger-droid v2.0.1

January 1, 2012

Donut sira sambal pedas manis dan cerita penceroboh






Tahun baru datang.Alhamdulillah masih bernafas. Saya sambut tahun baru malam tadi dengan tidur awal. Haha.

Sekarang di kampung encik suami.Selalu saya gelarkan Jerantut Paris.Hiks. Buat donut untuk dibawa pulang.Bajet menantu osem.Tapi bila sampai,suprise!!!!pak dan mak mentua tiada dirumah! Mereka ke Temerloh dan plan nak tidur di sana.Encik suami dah risau..saya pula kool,dalam hati tidur hotel kat bandar Jerantut la jawabnya...Tiba tiba encik suami terfikir nak tengok pintu sliding door yang jarang digunakan sebagai pintu keluar masuk tu dan rupanya sliding door tu tak berkunci!Itulah rezeki namanya,apalagi kami pun 'menceroboh' masuk. Kuikuikui...Macamanala PIL saya terlupa kunci sliding door.Nasib anak menantu sendiri yang ceroboh. Kalau mat pit yang masuk tak ke haru dibuatnya...

Jadi donut yang konon bajet cun ni x sempat dirasai oleh mak dan pak mentua saya sebab dah selamat di habiskan kami anak beranak dan adik ipar yang ikut sekali sebab rumah kosong takda makanan!Hehe..Ok,habis cerita rumah tak berkunci.Kali ini saya nak kongsi resepi donut tu.

Resepi doh  donut  ni sebenarnya resepi saya ambil dari Puan Norasikin Basri. Terima kasih kepada  Puan Norasikin..resepi yang mudah dan banyak tips tips yang berguna untuk orang amatur macam saya.Mudah sangat resepi ni dan lebih kurang je macam resepi yang pernah saya buat dalam entri ini sebelum ni.

Ok..jom kita zass resepi donut gebu tradisional ini.

Resepi asal:Norasikin Basri

Diolah:Ladysirna

Bahan2:

1kg tepung gandum

1 paket yis mauripan(11gm)

2 sudu besar susu pekat manis

550gm air bertapis(saya sukat lebih kurang 3 cawan)

1/2 cawan minyak masak

1/2 sudu teh garam

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:

1)Dalam satu bekas campurkan air bertapis, susu pekat dan garam. Kacau hingga larut.

2)Dalam bekas yang lain masukkan tepung dan yis. Gaulkan tepung dan yis hingga rata dan sekata.

3)Masukkan minyak ke dalam adunan tepung dan uli dengan tangan hingga tiada lagi butiran butiran kasar(ini langkah yang penting untuk pastikan donut kekal gebu)

4)Setelah itu,masukkan kesemua campuran air ke dalam campuran tepung dan uli dengan kelima lima hujung jari.Adunan akan melekit sedikit pd jari dan asingkan adunan yang melekat itu dengan sudu.Rehatkan adunan selama 15-20minit tanpa perlu ditutup.

5)Uli sekali lagi adunan setelah direhatkan selama 2-3 minit. Selepas itu canaikan atas papan pencanai dan cetak menggunakan acuan donut.Taburkan tepung pada alas pencetak supaya doh tidak melekat.Jika tiada acuan donut timbang doh setiap 50gm dan dibulatkan. Leperkan ia setebal 1cm dan gunakan penutup botol untuk membuat lubang ditengahnya.

6)Setelah doh dibentuk, rehatkan lagi adunan lebih kurang 1/2-1 jam supaya ia mengembang sekali ganda dan kemudian barulah digoreng keemasan.

7) Salutkan dengan sambal atau gula kastor.

8) Jika hendak letak coklat masakan macam big apple donut pun boleh!

Resepi sambal:

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

15 tangkai cili kering*

2 sudu air asam jawa

Garam

Gula

Minyak untuk menumis

Caranya:

Kisar bahan bertanda * dan tumiskan hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa,sedikit air dan garam. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula dan gaul sebati hingga likat dan berkilat( gula perlu lebih sedikit berbanding kalau masak sambal tumis supaya sambal terasa manis dan teksturnya berkilat, disini saya tiada sukatan tepat hanya agak agak dan ikut sedap rasa)

Masukkan donut yang sudah digoreng ke dalam adunan sambal.

Mikael dan encik suami suka donut sira sambal pedas manis ni berbanding yang ada gula saja. Sebab tu buat 2 versi. Adunan doh di atas tu agak banyak dan saya ada simpan juga  sedikit as frozen. Bila bila rasa nak makan donut lagi boleh terus defrost dan goreng...

Oklah..panjang pulak entri kali ni. Entri pertama untuk 2012. Selamat bergembira bersama yang tersayang.

Published with Blogger-droid v2.0.2