Muaz memang lain dari abangnya Mikael. Nampak sedikit independant tapi dia sangat manja. Kuat menangis. Mungkin sebab dia tak pernah tinggal di nurseri sebelum ni. Tak pernah duduk dengan ramai kanak kanak lain dan paling penting tak pernah berbahagi kasih kecuali dengan abangnya. Di nursery faham sajalah, kanak kanak yang ramai berbelas orang, semua ingin dibelai dan diberi perhatian. Muaz memang suka perhatian. Sejujurnya jika di rumah saya hanya boleh bernafas lega setelah dia tidur. Jika saya di rumah dan babanya tiada pasti dia akan mengekor saja ke mana saya pergi hatta ke bilik air. Tak seperti Mikael yang lebih suka leka bermain 'angry bird' atau menonton 'Oso Special'. Dia masih menyusu, dan tarikan itu yang menyebabkan saya diekorinya ke mana sahaja. Tak saya nafikan dia memang lebih mahukan perhatian, gerak dan bau mamanya. Walau saya sedang makan, kalau dia mahu menyusu akan ditolak-tolaknya badan saya. Sekarang di nurseri saya bekalkan juga susu formula. Muaz sudah tak mahu minum susu perahan. Susu perahan sudah semacam loya ditekaknya. Dia tetap gemarkan susu segar dari mamanya. Cikgu kata, susu formula yang baru 4 hari dikenalkan tu pun tak diminum sangat. Paling banyak diminum 3 auns. Lebih banyak minum air kosong. Risau juga tak cukup zat. Tapi balik saja rumah saya memang terus susukan dia.
Waktu ambil dia, dari jauh dia dah melihat kelibat saya dan menjerit jerit sebut mama sambil depa tangan. Saya harap dia kan lebih biasa di 'rumah' barunya ini. Kasihan Muaz, mama kerja mencari rezeki ya. Sebenarnya, saya ada satu impian, menjadi surirumah sepenuh masa walau kerja surirumah itu bukan semudah A, B, C. Bak kata Cik Betty, surirumah pun busy tau. Tapi surirumah boleh lihat anak selalu membesar depan mata. Penat pun bukan orang lain yang jaga anak kita.
Tapi impian itu mungkin hanya impian kot..mana mungkin jadi kenyataan...tapi who knows one day kalau saya dah kaya(baca: perasan). Hahaha...
Doa saya Muaz boleh sesuaikan diri lagi dengan keadaan baru ni. Saya tak sanggup lihat dia nangis hari hari sampai serak suara.

Alamak! Awak bt sy jadi seram utk bersiap sedia anta aydin ke school satu hari t. Walau apapun, kena get ready mcm nie!
ReplyDeletewell..jangan bimbang dear. sooner or later, he will be ok.. cuma kita lah kann. yang rasa macam2..
ReplyDeletesebelum ni berkerja ke tak?
ReplyDelete2 anak dara kecik kakyong memang x biasa ditnggalkan dgn org.. kalo ke rumah opahnya pun, x boleh lama.. mesti teringat kat ibu...
dah 3 tahun lebih dok adap ibu hari2..
berapa umur muaz. kesian pulak saya baca kisah ni. sebab saya pun mmg tak tahan tgk amira nanges. apatah lagi muaz yg nanges sampai serak suara. kesian kat muaz. dh lah masih menyusu. ibu muaz kena kuatkan hati. doakan agar semuanya ok utk muaz.
ReplyDeletesabar ye. kita doakan yang baik2 utk muaz.
:)
ReplyDeletepenawar jiwa. :)
saya ada terfikir nak berenti keje lepas kawin dan dapat baby, tapi itu cuma planning awal je...sedangkan diri sendiri pun kaki keje sekarang...