Tahun baru datang.Alhamdulillah masih bernafas. Saya sambut tahun baru malam tadi dengan tidur awal. Haha.
Sekarang di kampung encik suami.Selalu saya gelarkan Jerantut Paris.Hiks. Buat donut untuk dibawa pulang.Bajet menantu osem.Tapi bila sampai,suprise!!!!pak dan mak mentua tiada dirumah! Mereka ke Temerloh dan plan nak tidur di sana.Encik suami dah risau..saya pula kool,dalam hati tidur hotel kat bandar Jerantut la jawabnya...Tiba tiba encik suami terfikir nak tengok pintu sliding door yang jarang digunakan sebagai pintu keluar masuk tu dan rupanya sliding door tu tak berkunci!Itulah rezeki namanya,apalagi kami pun 'menceroboh' masuk. Kuikuikui...Macamanala PIL saya terlupa kunci sliding door.Nasib anak menantu sendiri yang ceroboh. Kalau mat pit yang masuk tak ke haru dibuatnya...
Jadi donut yang konon bajet cun ni x sempat dirasai oleh mak dan pak mentua saya sebab dah selamat di habiskan kami anak beranak dan adik ipar yang ikut sekali sebab rumah kosong takda makanan!Hehe..Ok,habis cerita rumah tak berkunci.Kali ini saya nak kongsi resepi donut tu.
Resepi doh donut ni sebenarnya resepi saya ambil dari Puan Norasikin Basri. Terima kasih kepada Puan Norasikin..resepi yang mudah dan banyak tips tips yang berguna untuk orang amatur macam saya.Mudah sangat resepi ni dan lebih kurang je macam resepi yang pernah saya buat dalam entri ini sebelum ni.
Ok..jom kita zass resepi donut gebu tradisional ini.
Resepi asal:Norasikin Basri
Diolah:Ladysirna
Bahan2:
1kg tepung gandum
1 paket yis mauripan(11gm)
2 sudu besar susu pekat manis
550gm air bertapis(saya sukat lebih kurang 3 cawan)
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
1)Dalam satu bekas campurkan air bertapis, susu pekat dan garam. Kacau hingga larut.
2)Dalam bekas yang lain masukkan tepung dan yis. Gaulkan tepung dan yis hingga rata dan sekata.
3)Masukkan minyak ke dalam adunan tepung dan uli dengan tangan hingga tiada lagi butiran butiran kasar(ini langkah yang penting untuk pastikan donut kekal gebu)
4)Setelah itu,masukkan kesemua campuran air ke dalam campuran tepung dan uli dengan kelima lima hujung jari.Adunan akan melekit sedikit pd jari dan asingkan adunan yang melekat itu dengan sudu.Rehatkan adunan selama 15-20minit tanpa perlu ditutup.
5)Uli sekali lagi adunan setelah direhatkan selama 2-3 minit. Selepas itu canaikan atas papan pencanai dan cetak menggunakan acuan donut.Taburkan tepung pada alas pencetak supaya doh tidak melekat.Jika tiada acuan donut timbang doh setiap 50gm dan dibulatkan. Leperkan ia setebal 1cm dan gunakan penutup botol untuk membuat lubang ditengahnya.
6)Setelah doh dibentuk, rehatkan lagi adunan lebih kurang 1/2-1 jam supaya ia mengembang sekali ganda dan kemudian barulah digoreng keemasan.
7) Salutkan dengan sambal atau gula kastor.
8) Jika hendak letak coklat masakan macam big apple donut pun boleh!
Resepi sambal:
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering*
2 sudu air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Caranya:
Kisar bahan bertanda * dan tumiskan hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa,sedikit air dan garam. Kacau hingga sebati.
Masukkan gula dan gaul sebati hingga likat dan berkilat( gula perlu lebih sedikit berbanding kalau masak sambal tumis supaya sambal terasa manis dan teksturnya berkilat, disini saya tiada sukatan tepat hanya agak agak dan ikut sedap rasa)
Masukkan donut yang sudah digoreng ke dalam adunan sambal.
Mikael dan encik suami suka donut sira sambal pedas manis ni berbanding yang ada gula saja. Sebab tu buat 2 versi. Adunan doh di atas tu agak banyak dan saya ada simpan juga sedikit as frozen. Bila bila rasa nak makan donut lagi boleh terus defrost dan goreng...
Oklah..panjang pulak entri kali ni. Entri pertama untuk 2012. Selamat bergembira bersama yang tersayang.
Published with Blogger-droid v2.0.2
Maknanya, bila disebut donat - tidak semestinya manis, kan? :)
ReplyDeleteBetul kak cik...donut tak semesti manis...memang suami saya anti manis..hehe...
ReplyDeleteahah. donat cenggini akan jadik faveret saya! nak try! nak try!
ReplyDelete*
nasib baik yg ceroboh umah tu anak menantu sendiri. phew....
uih.. terliuq aihhh... ada jugak yg wat donut minggu nihhh... :)
ReplyDeletememang menantu osem!! ehehe.
ReplyDeleteaku tak pernah buat donut, cok keria pernah lah ;)
nasib baik penceroboh tu anak menantu sendiri...hihi
ReplyDeletedonut kesukaan anak2 :)
gilakkk korang.. :)
ReplyDeletenasib jiran tak napmak n repirt polis!
wah sedapnya donut. tapi tgh diet laaa nie huhu..
ReplyDeleteowh ingatkan sapa la pencerobohnya tadi hihi
uih bahayanya rumah lupa konci..
ReplyDeletepandai buat donat..kenapalah sy x bercita-cita nk buat donat eh (dasar pemalas lagi mau tanya haha)
cop!!! tak kan balik kampung tak call dulu? Ohh..nak buat surprise donut rupa rupanya..ekekekeke
ReplyDeletedonut ni peberet en. suami, nak2 kalau yg lembut tu..nanti leh try la..
ReplyDeleteur blog dah dimasuk dlm bloglist..ngee..
wahhh...baru jumpa donat sira ni...boleh cuba ni...
ReplyDeleteMenangis...menangis
dan terus menangis
dr singa
ReplyDeletehehe..sib baik juga...jiran2 pun sedara mara..kenal kereta taula depa bukan penceroboh sebenar
DaddyZ
ReplyDeletememang suami saya x call dulu rupanya.selalu kalau kg suami diala yg call mcm tu juga kalau kg saya...hehe...so moral of the story bgtau je dulu sebelum balik..toksah nk buat suprise..hehe
Ya Allah.. I ni dah la tgh lapar..
ReplyDeletealah rugi la mother in law tak tau menantu dia sungguh ohsem bawak donut tu....
ReplyDeletetiba je air liur cik ina meleleh nengok donut sira sambal pedas, cam idea baru je, lenkali boleh cuba ni.
ReplyDeletewah donat 1 malaysia ni baru ada identiti kan best2 leh curik idea ni
ReplyDelete