Pages

January 17, 2012

Jalan jalan cari makan: Restoran Lala

Dah beberapa kali saya datang kesini sebenarnya. Kalau tempat yang banyak kali pergi ni insyaAllah di jamin sedap.Ecehwah...

Selalu pergi waktu siang saja.

Kalau malam mungkin tak sampai ke sini sebab jauh dari rumah. Ekekeke...jauhla sangat...

Restoran Lala ni dekat dengan tempat kerja. Sebab itu selalu pergi masa siang iaitu lunch hour. Lokasinya sangat la dekat sehingga jalan kaki pun boleh dari tempat kerja saya. Tapi saya dan kawan kawan lebih rela memilih sedentary lifestyle. Hihi.


Inilah restorannya. Restoran ni orang Thai rasanya owner dia. Semua makanan memang pure Thai.


The must have one. Sedap dan pedas.


Ayam goreng halia. I love the ginger taste in it. Tasty.


Kerabu sotong.


Eh, terbalik pulak. Kailan goreng ikan masin.


Our favourite. Another must have one. Ruam mid nama dessert ni. Santan di didih manis dicampur dengan cendol, sengkuang cina(yang merah tu) dan nangka. Siap soal siasat pekerja dia macamana resepi sengkuang cina tu sebab sedap dan crunchy. Best sangat. Heheh..

Kalau teringin ingin makan original Thai food, datangla ke sini. Worth it. Till then,babai;D

15 comments:

  1. Mmg semuanya nampak sedap! Tak tau dah mana satu nak pilih sbb semuanya tu favourite I.

    ReplyDelete
  2. adoi.. pakat tayang JJCM ek?? ritu najwa..


    yer... sedentary lifestyle mmg syiok!. :P


    saya setuju!

    ReplyDelete
  3. mak aiii sumenya feveret! Katner tpt ni?

    ReplyDelete
  4. Aku terbatuk sebab Lilly sebut nama aku,keh3.

    Ni kat ne? Dekat HKL ke?

    Kedai Faveret aku dulu Husin tomyam (ke hasan namanya,aku dah lupa) opposite HKL, dekat kg baru.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal.. kak mana ni..rasa macam nak try je...thai food mmg besttttt...

    ReplyDelete
  6. Pok amai amai

    Fara, ni kat Kg Baru...

    ReplyDelete
  7. Lilly

    heheh..bahaya ni, kena senam juga tau!hiks

    ReplyDelete
  8. Farah Deeb

    Kat Kampung baru, dekat dgn HKL

    ReplyDelete
  9. boleh suggest kat jalan2 cari makan. hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!