Biasakan apa yang betul
Betulkan apa yang biasa
Setuju?
Andai kita belum biasakan apa yang betul...biasakanlah sekarang
Selepas itu barulah kita betulkan apa yang biasa itu
Jangan cepat membuat tuduhan
Jangan mudah jadi penghukum
Diri kita terlalu indah dicipta untuk kita membezakan yang baik dan yang kurang baik
Gambar diatas. Sudah lama saya sebenarnya tidak naik bas. Mungkin yang terakhir semasa saya habis pengajian di universiti 5 tahun dulu.Kalau kawan saya itulah pengangkutan utamanya sebab dia tiada lesen memandu. Berjasa sungguh pengangkutan awam kepadanya. Kalau tiada bas atau teksi tak sampailah dia ke tempat kerja barangkali.
Buat saya.. sesekali naik bas seronok juga.Mengimbau kenangan zaman remaja. Berulang alik ke mana mana dengan bas. Yelah..ibubapa saya tiada kereta. Tiket bas kadang penuh dalam beg tidak dibuang. Hiks. Spesies suka simpan tiket. Itulah berjasanya pengangkutan awam untuk mereka yang tiada kenderaan seperti saya pada waktu itu. Memang sedikit penat untuk tunggu bas sampai tapi yang penting tak perlu pening kepala untuk cari parking.
Sesekali buat apa yang kurang biasa itu juga seronok dan beri kepuasan...
Do the right and do it always...Avoid the wrong and avoid it always...
Saya pun dah lama tak naik bas. Dulu zmn belajar selalu la naik.. best je rasa masa tu.
ReplyDeleteSkrg ni nak naik bas ekspress dah makin cuak2 rasa.. (sejak kes arwah Suzaily).
Pic pertama tu kan mcm bas sy duk nek kat pekan AG dulu! Hiks!
ReplyDeleteAwak, agak2...mrh tak orang asli jakun bila bace tajuk entri awak? Huhuhuhu....ape kate kite tuka lak.
Kisah 2 org peghak! Hahahahahah!
Gurau je tau!
alamak.. gambo tak keluar..
ReplyDeletedah lama tak naik bas ni...
takut muntah.. erm.. aci tak alasan tu???
tapi LRT naik.... gian naik, asal pi KL ja angkut stroller Iman naik LRT
sy pon dah lama x naik bas..ada anak kecil susahla nk naik bas :)
ReplyDeletekakyong pun dah lama tak naik bas.. lepas kahwin masih lagi naik bas.. even masa pregnant anak pertama dok turun naik bas jer pergi kerja, balik suami jemput..
ReplyDeleteskrg ni setelah hampir 4 tahun tak kerja. maka 4 tahun lah tak naik bas... lagipun xde sebab nak naik bas. .. pernah juga sesaja plan nak naik bas pergi town dgn anak, tp suami pulak tak bagi.. hihii
kalau anak2 saya naik bas mesti jakun jugak, silap2 meraung kot...tak biasa kan...
ReplyDeletetime sekolah n study dulu, mmg bas banyak berjasa.
ReplyDeletebanyak kenangan jugak time naik bas ni...
haha, lilly sama macam aku, asal gi KL je mesti angkut anak naik LRT.
ReplyDeletedulu kat UKM kampus KL, kalau nak gi jalan2 ke ape, tunggu bas kat chow kit sampai berabuk muka ;)
teraso lamo sgt dah xnaik bus...huhu
ReplyDelete