Pages

February 28, 2013

Ubat Perangsang

Assalamualaikum semua. ..

Inilah ubat perangsang saya..bahaha..adakah kedengaran terlampau?
Makanlah ini untuk mendapat mood kononnya..er..tapi coklat memang baik untuk kesihatan tau especially dark chocolate...tapi berpada pada la makannya tu.Ni dapat free je.Kawan sekerja bagi dan kami makan ramai ramai. Dahla memang sedap dapat free lagila rasa sedap!

Maaf..dah lama x berkunjung ke rumah kawan kawan..masih cuba menyesuaikan diri sebab baru masuk bekerja..nanti saya datang ye..moh kita lunch pulak..

February 24, 2013

Baby Mifzal demam

Assalamualaikum semua...

Dah dua hari hero last saya baby Mifzal demam. Biasalah ibu mana tak susah hati kalau anak demam. Haritu pun demam juga tapi sehari je, sejak saya sakit ni risau sangat kalau anak anak batuk atau demam. Tapi sentiasa berfikir positif yang ia hanya jangkitan virus. Baru ni masa gi check up, dia membesar dengan baik. Beratnya sudah 6.8kg dan tingginya sudah 62cm. Aduh mengah juga bila mendukung dia. Jika anak demam, sepatutnya kena banyak tuam air sejuk tapi anak anak saya kalau kena towel sejuk terus meraung raung menangis. Jadi hanya boleh letak koolfever yang lekat di dahi tu. Selebihnya mengharapkan suhu badan turun dengan ubat demam dan doa.


Dalam pada baby Mifzal demam, saya sempat buat puding ni petang tadi masa baby Mifzal tidur. Sebab senang je buat dia, mood masak masak dan buat kuih dah datang balik. Dekat sebulan haritu tak sentuh periuk kuali. Tu yang excited je nak ke dapur mencurahkan air tangan. Walau masak tak seberapa dan biasa biasa aja, tapi sambil masak tu baca zikir dan selawat moga moga orang tersayang dekat selalu di hati.





Puding ni puding roti kukus pandan. Ambil dari blog Ayu Citarasa Rinduan. Thanks Ayu, memang supersimple. Hidang masa minum petang tadi sekejap je dah licin:). Suka bebenor saya dengan resepi simple. Nak buat senang je, roti 10keping campur susu pekat manis 1/2 tin, air daun pandan 1 cawan, santan 200ml dan telur sebijik. Pastu kukuskan dalam 1/2 jam. Senangkan?

Esok dah kerja, memang dugaan mula bekerja di waktu anak tak sihat. Moga baby Mifzal cepat sembuh dan moga dia kuat walau tanpa saya di sisinya. Saya mahu kutip semangat baru. Selamat bekerja juga kawan kawan!

February 23, 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com






Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.



Syarat-syaratnya :



  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com



  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com



  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.



  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.


  5. Senang dan mudah bukan?



    15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.



    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    February 22, 2013

    Perasaan yang lega

    Assalamualaikum..

    Salam pagi Jumaat semua...Kelmarin dan semalam saya ke hospital untuk follow up anak anak dan saya juga. Saya paling risaukan anak anak punya keputusan ujian makmal yang diambil tempohari. Nak mengambil kahak anak anak ni punyalah susah masa tu. Sebelum ambil kahak mereka kena puasa dulu pulak tu. Mujur baby Mifzal tak meragam sangat sebab tak dapat susu selama lebih kurang 4 jam. Bukan senang nak keluarkan kahak budak budak ni. Mujur juga staffnurse yang buat berpengalaman. Part paling tak sanggup tengok bila ryles tube/tiub panjang di masukkan ke dalam mulut diaorang. Menangis dan meraung raung dalam bilik rawatan tu. Paling juara menangis ialah Ahmad Muaz. Pertama kali buat mereka ni ok lagi, tapi masuk hari ke tiga Mikael dan Muaz dah mula menangis sebelum masuk buat prosedur lagi. Yang kelakar last day sedut kahak tu Muaz tengah menangis siap boleh tanya kenapa nurse lupa bagi dia lollipop...Sebab sebelum tu setiap kali lepas habis je prosedur nurse akan bagi lollipop sorang satu.

    Jadi, hari Rabu tempohari, rasa syukur sangat bila doktor bagitahu kesemua keputusan kahak yang diambil tu negatif. Ujian tuberculin untuk mengesan jangkitan TB untuk Muaz dan Mifzal borderline positif tapi sebab x-ray dan ujian kahak mereka negatif jadi tiada apa yang perlu dirisaukan. Cuma Hemoglobin Muaz sedikit rendah, tak tahu pula apa puncanya. Yang pasti untuk kesekian kalinya Muaz meraung lagi masa nak ambil darah sebab doktor nak siasat lebih lanjut punca kenapa dia ada anemia(kurang hemoglobin). Muaz memang dah cukup trauma dengan bilik rawatan. Nak bawa dia masuk situ pun kena berdukung. Nak ambil darah pun saya terpaksa pegang tangan dia dengan kuat sebab dia struggling.  Seperti biasa Muaz buat kelakar lagi, lepas dah siap ambil darah tu, tengah nangis nangis lagi nurse pun hulurkan lollipop warna biru. Siap boleh kata "taknak lollipop biru, nak pink" sambil nangis. Memang drama king anak mama sorang ni:)
    Balik hari tu dengan perasaan yang amat lega sebab keputusan ujian negatif untuk kesemua anak. Cuma kena teruskan makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis sahaja selama 6 bulan. Mujurlah Mikael dan Muaz tak susah disuapkan ubat. Cuma sukar sikit bagi baby Mifzal sebab dia masih kecil. Setiap kali bagi ubat mesti menangis.

    Semalam, saya pula yang pergi follow up. Pejam celik dah sebulan saya makan ubat. X-ray saya tak banyak berubah. Memang ambil masa. Kuman TB ni memang bakteria yang agak "istimewa". Slow growing and slow dying. Sebab tu rawatan pun lama sampai berbulan dan ada tu yang sampai setahun. Keputusan kahak saya dah converted kepada negatif. Lega sangat. Syukur alhamdulillah. Dr Singa ada tanya pasal MC haritu, memang sekarang dah takda MC(medical leave) 6 bulan tu. MC kebiasaannya diberi 2 minggu sekurang kurangnya dan diberi sehingga sapuan kahak menjadi negatif. Ini bermakna saya juga dah boleh bekerja mulai hari Isnin ni. Sedikit informasi tentang TB ialah ia tidak lagi menjangkiti orang lain jika pesakit telah makan ubat lebih dari 2 minggu. Seronok rasa dah boleh bekerja semula. Dah rasa macam orang yang normal semula.

    Harini en hubby, emak dan maid saya pula pergi check up. Saya doakan semuanya yang baik saja. Moga mereka tidak mendapat kuman yang saya menjangkiti saya ini. Ok, sampai sini dulu, selamat berhujung minggu semua..Saya mahu senyum sampai ke telinga:)))

    February 18, 2013

    Terkenang zaman dahulu - peminat rahsia

    Assalamualaikum...

    Cerita masa zaman sekolah menengah...Teringat semula kenangan ni lepas baca entri Miss Mirror tentang peminat rahsia atau secret admire. Hihi. Dulu kan kat sekolah ada persatuan dan kelab yang buat jualan hadiah untuk diberi kepada sesiapa yang kita mahukan. Diaorang jual epal, teddy bear kecik, bunga ros dan kek. Anggaran hadiah tu dalam RM3-10. Tujuannya untuk menambah pendapatan tabung persatuan masing masing la kan. Bila kita beli hadiah tu, mereka akan sediakan dan balut hadiah tu cantik cantik dan deliverkan kepada orang yang kita nak bagi tu. Jadi masa ni ramai lah kawan kawan termasuk saya yang tujukan hadiah hadiah tu buat kawan kawan , cikgu cikgu dan tak terkecuali orang yang diminati atau bak kata lain secret admire:)

    Orang yang muka cun dan handsome tentulah dapat banyak hadiah. Ada sorang kawan saya tu memang cantik, kulit putih, bulu mata lentik..dia dapat hadiah punyalah banyak. Kebanyakan hadiah secret admire yang bagi. Ramai betul peminat. Kita ni tumpang seronok tengok.  Seriously waktu tu memang teruja habis. Ya,  saya nak buat confession yang saya pun beli juga hadiah tu dan beri pada orang yang saya minat. Mamat yang diminati tu memang la ramai peminatnya:) Kiranya saya pun jadi salah seorang secret admire dia la. Hahaha. En hubby kalau baca ni harap tak cemburu sekadar mengenang kenakalan lalu. Yang best tu ada juga orang bagi kat saya hadiah tapi identiti pemberi tersebut telah dirahsiakan. Hihi. Sampai sekarang tak tahu! Tapi tulah ber secret admire bagai sudahnya habis zaman sekolah habis la juga zaman bersecret admire. Wondering juga sama ada budak sekolah zaman sekarang ada ke buat macam ni...

    Haippp...korang senyum senyum ye depan screen, mesti pernah jadi secret admire somebody juga kan?

    February 16, 2013

    Segmen: Ucapan Selamat Hari lahir buat "Si Gule" pada 19 Mac

    Dah lama tak join CGL. Kali ni segmen Ucapan Selamat Hari Lahir buat Si Gule pada 19 Mac.
    Tarikh tutup 19 Mac 2013. Jom meriahkan. Klik pada banner ya.


    Buat "Si Gule", saya doakan anda panjang umur dan di murahkan rezeki. Semoga dengan pertambahan usia hidup anda menjadi lebih bermakna , mencapai segala yang diidamkan dan bahagia bersama En Ejulz. Selamat Hari Lahir pada 19 Mac ini...Senyum selalu tau:)

    February 15, 2013

    Bakat melukis

    Assalamualaikum semua...

    Mikael si abang dah ada bakat baru sekarang. Baru je saya perasan bakat baru ni tau. Mula mula dia asyik minta kertas A4 kosong tu. Nak lukis katanya. Mula tu saya ingat dia nak conteng conteng je seperti selalunya tapi lepas beberapa kali saya perhatikan yang dia memang betul betul melukis. Lukis gambar haiwan, rumah, kapal dan macam macam. Lepas satu habis dia minta kertas lain untuk lukis lagi. Sudahnya rumah jadi bersepah dengan kertas kertas lukisannya. Yang buat saya tersenyum setiap kali habis melukis pasti dihadiahkan lukisan tu kepada saya dan en hubby. "Ni untuk mama, Mikael bagi. Mama simpan tau!"

    Jadi semalam babanya belikan dia drawing block. Senang sikit dia melakar imaginasinya di sini. Ruangnya pun besar dan tak bersepah-sepah kertas. Selepas je beli semalam terus dia mulakan aktiviti melukisnya. Hasilnya boleh tahan untuk kanak kanak berusia 5 tahun. Dari semalam sampai ke hari ni dah 3 lukisan dibuatnya. InsyaAllah kalau itu memang minat dia saya memang akan beri galakkan dan ingin asah bakatnya. Manalah tahu boleh jadi pelukis hebat di masa akan datang!

    Drawing block ni, dah habis ni mungkin kena beli lain pula sebab ada 16 helai saja
     Lukisannya nampak kurang jelas kat sini sebab pakai pensil.

    Lukisan rumah

    Lukisan kapal pirate katanya

    Lukisan angry bird

    Oh, sudah 3 minggu

    Assalamualaikum...

    Hari ni dah masuk hari ke 22 makan ubat. Syukurlah dah takda side effect gatal gatal macam haritu. Cuma kadang ada rasa loya dan pening sikit kalau lambat sangat breakfast selepas makan ubat.

    Oh, pada yang tak tahu apa benda saya merepek, boleh baca entri ini. Buat mama2q yang bertanya tentang rawatan yang saya lalui, saya tak dots di hospital tapi dots kan diri sendiri dan hubby tukang sign. Sigh. InsyaAllah, saya takkan ponteng makan ubat. Saya nak sembuh cepat! Biasanya untuk mengelakkan lupa, saya selalu ambil ubat selepas solat Subuh. Senang sebab waktu tu memang perut tengah kosong. Oh ya, dots tu singkatan untuk directly observe treatment strategy sebab rawatan untuk TB ni lama, jadi untuk mengelakkan pesakit skip atau ponteng makan ubat pesakit perlu datang ke mana mana pusat kesihatan terdekat dan makan ubat depan MA/nurse.

    Apa yang boleh saya simpulkan, selepas beberapa hari je makan ubat, batuk saya terus berkurangan dan hingga kini batuk dah almost tiada. Badan pun rasa sedikit segar, dah takda seram sejuk macam selalu dan dah tak pernah berpeluh waktu malam. Cuma yang paling ketara 2 minggu pertama sakit di bahagian rusuk kiri bawah jadi makin kuat. Even tarik nafas atau bergerak sikit pun sakit. Memang saya ada sedikit effusion(air dalam kantung paru-paru) di sebelah kiri. Tapi syukurlah sekarang dah makin berkurang sakit tu.

    Memang 2 minggu pertama tu saya pun dah jadi macam ninja. Setiap masa pakai mask.  Biarlah saya sorang sakit. Risau sangat kena pada anak anak, suami dan maid. Moga Allah lindungi mereka. Sekarang rasa risau dah kurang sikit sebab dah lepas contagious phase. Mask pun dah tak pakai sangat. Hihi. Sesak la hai. Teringat dulu waktu saya bertugas di wad TB ada masa saya culas memakai mask sewaktu ward round. Degil. Confident sangat. Huu..

    Tapi kan ada satu hikmah paling indah iaitu breastfeeding masih diteruskan seperti biasa. Mujur antiTB compatible dengan breastfeeding. Syukur rezeki baby Mifzal masih ada. Production juga tidak pernah mengecewakan. Hinggakan haritu ada stok frozen EBM yang terpaksa dibuang kerana sudah expired. Sekarang pun sebab duduk rumah banyak direct feeding saja. Baby Mifzal refuse botol kalau mama ada.
    Nantilah saya tayang gambar stok EBM saya. Hihi. Saja nak menaikkan semangat untuk terus menyusukan dan menyokong penyusuan susu ibu.



    February 13, 2013

    Layan cerita Korea

    Assalamualaikum...

    Senyap je blog akhir akhir ni. Tinjau tinjau blog kawan kawan ramai yang balik kampung dan bercuti. Ada yang sempat saya tinggal komen. Banyak yang saya singgah saja. Saya jenis kalau menyinggah suka baca entri entri lama kawan kawan yang tak sempat baca lagi, tu yang kadang tak menyempat nak komen. Seronoknya tengok orang bercuti sakan. Saya pun sakan juga duduk rumah, minggu ni nasib tak perlu ke hospital, minggu depan jadi sibuk semula dengan appointment.

    Demam cerita Korea dah datang balik. Hihi. Kebetulan baru baru ni ada tertengok cerita City Hunter kat TV. Oleh kerana tak boleh nak ikut tiap malam maka saya pun pinjam adik ipar punya harddisk yang memang banyak koleksi cerita korea. Bosanlah konon sebab tu layan cerita korea. Hiks. Adik ipar saya ni memangla rajin download cerita korea, ada tu yang dia boleh tengok walau takda subtitle. Saya belum sampai peringkat tu, tak faham langsung kalau takda subtitle. Cerita City Hunter ni keluar tahun 2011 tak silap. Cerita dia best sebab ada variasi genre aksi dan cinta. Hero pulak handsome,Lee Min Ho.. tu yang penting. Hihi. Heroin pun lawa dan comel. Dah habis pun khatam cerita ni. Pastu pulak tengok Princess Man. Lagilah bertambah demam. Best jugak. Cerita dinasti lama, ada pasal dendam dan cinta juga macam City Hunter. Layan je.

    Dulu zaman jadi uni student memang rajin layan cerita Korea. Paling melekat dekat hati cerita Full House. Alahai sweet sangat. Tak tido malam stay up 'study' cerita ni. Masa tu pinjam VCD kawan. Habis zaman student terus lama tak layan sebab dah kahwin. Sekarang dah terjebak balik, hihi.

    Notakakiku: Bila dah masuk 3 series ni, rasa termuda balik pulak bila layan cerita korea gini, boleh gitu...:))

    February 4, 2013

    Cerita saya

    Assalamualaikum semua...

    Dah lama tak berupdate, dari minggu lepas sampailah minggu ni sibuk sebab asyik berulang alik ke hospital. Bukan sebab menjalankan tugas tapi sebagai pesakit dan membawa anak anak ke Institut Paediatrik. Saya baru disahkan menghidapi penyakit Tuberkulosis paru paru aktif/Active Pulmonary Tuberculosis(TB). Terkejut? Saya lagilah terkejut. Tapi itulah kehidupan. Setiap yang sihat pasti merasa sakit. Itu pasti. Setiap yang hidup pasti merasa mati. Itu juga pasti.

    Hari Rabu bersamaan dengan 23 Januari 2013 tempohari, saya hantar sampel kahak ke makmal setelah batuk lebih kurang 2 bulan tak baik baik. 3 minggu sebelum tu saya dah pernah hantar sekali sampel kahak tapi keputusan ialah negatif. Mulanya saya bercadang untuk hantar sampel kahak untuk bakteria(sputum C&S) kerana saya sangkakan mungkin saya mendapat jangkitan paru paru dari bakteria yang degil kerana sebelum itu saya dah consume beberapa jenis antibiotik. Masa berborak dengan seorang kawan di jabatan, dia suggest kat saya untuk hantar sampel kahak untuk TB. Mulanya dalam hati berkata, "tak mungkin  lah aku ada TB, selera makan ok je, takda loss weight pun(padahal ada beberapa staff tegur yang saya amat kurus)"..tapi masa tu saya rasa suggestion dialah yang menggerakkan hati saya untuk hantar sampel kahak untuk TB.  Dalam pada menghantar tu memang saya langsung tak syak yang saya mungkin ada TB sebab saya dah lama tak tengok atau jumpa patient yang ada TB setelah tidak bekerja di jabatan perubatan. Tapi, saya terlupa mungkin kuman TB dah lama dalam badan dan bila ada peluang sistem imun saya lemah maka tentera kuman TB pun telah menjadi aktif serta merta.

    Pada petang 23 Januari tu juga, saya memang sibuk dengan tugasan reporting scan. Tiba tiba je ada call dari lab technician IPR(Institut Perubatan Respiratori). Terasa jantung berdebar yang amat masa tu sebab saya tahu biasanya lab technician takkan call to inform anything melainkan ianya positif. Soalan pertama dia tanya ialah samaada kahak tu milik saya atau tidak. Of course la kahak saya kan, takkan la saya nak hantar kahak orang lain pulak :)). Saya rasa dia pun tak percaya bila tengok nama saya sebab saya pernah bekerja di IPR selama 4 bulan tahun 2011. Akhirnya, debaran saya sampai ke kemuncak bila dia kata, positiflah doktor...what?positive?? Selepas saya confirmkan dengan dia, terus rasa nak pengsan. Tapi saya kuatkan perasaan. Saya segera turun untuk buat chest x-ray. Dalam hati masa tu saya hanya fikirkan anak-anak. Siap je x-ray saya tengok sendiri filem tu dan saya boleh nampak apa yang selalu saya nampak pada pesakit TB yang pernah saya rawat sebelum ini. Betullah, patutlah lately ni saya kerap rasa badan tak sedap, pernah beberapa kali bangun malam sebab panas berpeluh peluh sampai basah baju(night sweat) dan patutlah batuk saya tak baik baik walau dah telan beberapa antibiotik.

    25 Januari 2013 ialah hari pertama saya bersama ubat antiTB. Akurit 4 namanya. Sebelum Zuhur pada hari tu saya telan 4  tablet besar Akurit 4 dan satu tablet kecil Pyridoxine 10mg. Selepas solat, badan saya panas dan rasa lemah longlai. Saya tak ambil sebarang ubat demam dan malamnya demam beransur kebah. Malam  itu juga adalah malam yang agak teruk sebab satu malam saya tidak lena tidur dek menggaru satu badan!Gatal seluruh badan tapi mujurlah tiada tanda rash atau tindakbalas pada kulit. Saya akan berjuang bersama antiTB selama 6 bulan sekurang kurangnya...setakat ni, rasa gatal gatal dah berkurang, syukur saya tidak mendapat kesan sampingan yang teruk. Anak anak turut makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis kerana mereka ialah high risk group yang mempunyai sistem imun yang tidak kuat. Kasihan anak anak, tapi saya perlu tabah agar mereka juga kuat. Moga Allah lindungi mereka...

    Allah Maha Besar. Sayangnya Allah pada saya dan Dia beri peluang kifarah ke atas segala dosa dosa saya selama ini. Ujian yang diberi ini hanya sekelumit berbanding nikmatnya yang tidak terhitung. Saya bersyukur masih boleh bernafas, masih boleh makan(lagi bertambah selera), masih boleh berjalan dan yang paling penting masih boleh solat seperti biasa dan membaca Al-Quran!Subhanallah...

    "MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?"
    (AR-RAHMAN;13)

    Banyak lagi yang saya ingin kongsi. Terima kasih buat sahabat yang mendoakan. Moga Allah akan memperkenankan juga doa kalian..Perjuangan saya masih panjang.