Assalamualaikum semua...
Mikael si abang dah ada bakat baru sekarang. Baru je saya perasan bakat baru ni tau. Mula mula dia asyik minta kertas A4 kosong tu. Nak lukis katanya. Mula tu saya ingat dia nak conteng conteng je seperti selalunya tapi lepas beberapa kali saya perhatikan yang dia memang betul betul melukis. Lukis gambar haiwan, rumah, kapal dan macam macam. Lepas satu habis dia minta kertas lain untuk lukis lagi. Sudahnya rumah jadi bersepah dengan kertas kertas lukisannya. Yang buat saya tersenyum setiap kali habis melukis pasti dihadiahkan lukisan tu kepada saya dan en hubby.
"Ni untuk mama, Mikael bagi. Mama simpan tau!"
Jadi semalam babanya belikan dia drawing block. Senang sikit dia melakar imaginasinya di sini. Ruangnya pun besar dan tak bersepah-sepah kertas. Selepas je beli semalam terus dia mulakan aktiviti melukisnya. Hasilnya boleh tahan untuk kanak kanak berusia 5 tahun. Dari semalam sampai ke hari ni dah 3 lukisan dibuatnya. InsyaAllah kalau itu memang minat dia saya memang akan beri galakkan dan ingin asah bakatnya. Manalah tahu boleh jadi pelukis hebat di masa akan datang!
|
Drawing block ni, dah habis ni mungkin kena beli lain pula sebab ada 16 helai saja |
Lukisannya nampak kurang jelas kat sini sebab pakai pensil.
|
Lukisan rumah |
|
Lukisan kapal pirate katanya |
|
Lukisan angry bird |
wah bagus nih ada bakat melukis...:)
ReplyDeletePM..
ReplyDeleteTulah, kena asah lagi..
mmg ada bakat. kena bg galakan lgla.
ReplyDeletedah nampak bakat dia. Boleh terus dipolish tuh!
ReplyDeletekena lenturkan buluh dari rebung tu makkk..,ahHHks
ReplyDeleteAda bakat terpendam..bagus2 bg sokongan minat anak2.
ReplyDeleteAnak bongsu saya pun suka sangat melukis sejak kecik. Saya terpaksa simpan banyak lukisan dia dalam kotak khas. Sebagai kenangan.
ReplyDeleteyea la, sgt berbakat... cantik rumah tu, angry bird pun ada :)
ReplyDeleteKe budak 5 thn mmg suka drawing?.. mcm Aisyah, kejap jer habis satu rim A4 paper dia kerjakan... nak beli drawing board, asyik bertangguh jer
sungguh angry nampaknya angry bird itu!!
ReplyDeletestill tak puas hati..
hehehhee..
cubalah tanya pasal MC 6 bulan tu...
Abdul kak pun suka melukis. Mula2 lukis sendiri, lepas tu dia meniru watak2 kartun yang digemarinya. Melukis ni bukan boleh diajar fadilah...itu bakat semulajadinya.
ReplyDeleteKena asah bakatnya tu... :)
ReplyDeletebetul la ada bakat, jadi plak angry bird tu!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteNot bad lukisan for his age, much better than my drawing. hihi