Assalamualaikum semua...
Dah dua hari hero last saya baby Mifzal demam. Biasalah ibu mana tak susah hati kalau anak demam. Haritu pun demam juga tapi sehari je, sejak saya sakit ni risau sangat kalau anak anak batuk atau demam. Tapi sentiasa berfikir positif yang ia hanya jangkitan virus. Baru ni masa gi check up, dia membesar dengan baik. Beratnya sudah 6.8kg dan tingginya sudah 62cm. Aduh mengah juga bila mendukung dia. Jika anak demam, sepatutnya kena banyak tuam air sejuk tapi anak anak saya kalau kena towel sejuk terus meraung raung menangis. Jadi hanya boleh letak koolfever yang lekat di dahi tu. Selebihnya mengharapkan suhu badan turun dengan ubat demam dan doa.
Dalam pada baby Mifzal demam, saya sempat buat puding ni petang tadi masa baby Mifzal tidur. Sebab senang je buat dia, mood masak masak dan buat kuih dah datang balik. Dekat sebulan haritu tak sentuh periuk kuali. Tu yang excited je nak ke dapur mencurahkan air tangan. Walau masak tak seberapa dan biasa biasa aja, tapi sambil masak tu baca zikir dan selawat moga moga orang tersayang dekat selalu di hati.
Puding ni puding roti kukus pandan. Ambil dari blog Ayu Citarasa Rinduan. Thanks Ayu, memang supersimple. Hidang masa minum petang tadi sekejap je dah licin:). Suka bebenor saya dengan resepi simple. Nak buat senang je, roti 10keping campur susu pekat manis 1/2 tin, air daun pandan 1 cawan, santan 200ml dan telur sebijik. Pastu kukuskan dalam 1/2 jam. Senangkan?
Esok dah kerja, memang dugaan mula bekerja di waktu anak tak sihat. Moga baby Mifzal cepat sembuh dan moga dia kuat walau tanpa saya di sisinya. Saya mahu kutip semangat baru. Selamat bekerja juga kawan kawan!

semoga mifzal cepat baik ye..,bab ank sakit ni mmg merisaukan, kan... yang penting maknya juga kena sihat supaya boleh jaga ank dengan baik semasa keadaan ni....
ReplyDeletePuding tu nmpk menyelerakan.
ReplyDeleteSy doakan moga baby mifzal lekas sembuh. Sian die....
bila anak bukan ibu sahaja yg risau...si ayah juga turut risau...
ReplyDeletemoga cepat baik...
ReplyDeletesemoga mifzal cepat sembuh, demam nak besar lagi tu.
ReplyDelete