Assalamualaikum semua...
Dah lama tak berupdate, dari minggu lepas sampailah minggu ni sibuk sebab asyik berulang alik ke hospital. Bukan sebab menjalankan tugas tapi sebagai pesakit dan membawa anak anak ke Institut Paediatrik. Saya baru disahkan menghidapi penyakit Tuberkulosis paru paru aktif/Active Pulmonary Tuberculosis(TB). Terkejut? Saya lagilah terkejut. Tapi itulah kehidupan. Setiap yang sihat pasti merasa sakit. Itu pasti. Setiap yang hidup pasti merasa mati. Itu juga pasti.
Hari Rabu bersamaan dengan 23 Januari 2013 tempohari, saya hantar sampel kahak ke makmal setelah batuk lebih kurang 2 bulan tak baik baik. 3 minggu sebelum tu saya dah pernah hantar sekali sampel kahak tapi keputusan ialah negatif. Mulanya saya bercadang untuk hantar sampel kahak untuk bakteria(sputum C&S) kerana saya sangkakan mungkin saya mendapat jangkitan paru paru dari bakteria yang degil kerana sebelum itu saya dah consume beberapa jenis antibiotik. Masa berborak dengan seorang kawan di jabatan, dia suggest kat saya untuk hantar sampel kahak untuk TB. Mulanya dalam hati berkata, "tak mungkin lah aku ada TB, selera makan ok je, takda loss weight pun(padahal ada beberapa staff tegur yang saya amat kurus)"..tapi masa tu saya rasa suggestion dialah yang menggerakkan hati saya untuk hantar sampel kahak untuk TB. Dalam pada menghantar tu memang saya langsung tak syak yang saya mungkin ada TB sebab saya dah lama tak tengok atau jumpa patient yang ada TB setelah tidak bekerja di jabatan perubatan. Tapi, saya terlupa mungkin kuman TB dah lama dalam badan dan bila ada peluang sistem imun saya lemah makatentera kuman TB pun telah menjadi aktif serta merta.
Pada petang 23 Januari tu juga, saya memang sibuk dengan tugasan reporting scan. Tiba tiba je ada call dari lab technician IPR(Institut Perubatan Respiratori). Terasa jantung berdebar yang amat masa tu sebab saya tahu biasanya lab technician takkan call to inform anything melainkan ianya positif. Soalan pertama dia tanya ialah samaada kahak tu milik saya atau tidak. Of course la kahak saya kan, takkan la saya nak hantar kahak orang lain pulak :)). Saya rasa dia pun tak percaya bila tengok nama saya sebab saya pernah bekerja di IPR selama 4 bulan tahun 2011. Akhirnya, debaran saya sampai ke kemuncak bila dia kata, positiflah doktor...what?positive?? Selepas saya confirmkan dengan dia, terus rasa nak pengsan. Tapi saya kuatkan perasaan. Saya segera turun untuk buat chest x-ray. Dalam hati masa tu saya hanya fikirkan anak-anak. Siap je x-ray saya tengok sendiri filem tu dan saya boleh nampak apa yang selalu saya nampak pada pesakit TB yang pernah saya rawat sebelum ini. Betullah, patutlah lately ni saya kerap rasa badan tak sedap, pernah beberapa kali bangun malam sebab panas berpeluh peluh sampai basah baju(night sweat) dan patutlah batuk saya tak baik baik walau dah telan beberapa antibiotik.
25 Januari 2013 ialah hari pertama saya bersama ubat antiTB. Akurit 4 namanya. Sebelum Zuhur pada hari tu saya telan 4 tablet besar Akurit 4 dan satu tablet kecil Pyridoxine 10mg. Selepas solat, badan saya panas dan rasa lemah longlai. Saya tak ambil sebarang ubat demam dan malamnya demam beransur kebah. Malam itu juga adalah malam yang agak teruk sebab satu malam saya tidak lena tidur dek menggaru satu badan!Gatal seluruh badan tapi mujurlah tiada tanda rash atau tindakbalas pada kulit. Saya akan berjuang bersama antiTB selama 6 bulan sekurang kurangnya...setakat ni, rasa gatal gatal dah berkurang, syukur saya tidak mendapat kesan sampingan yang teruk. Anak anak turut makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis kerana mereka ialah high risk group yang mempunyai sistem imun yang tidak kuat. Kasihan anak anak, tapi saya perlu tabah agar mereka juga kuat. Moga Allah lindungi mereka...
Allah Maha Besar. Sayangnya Allah pada saya dan Dia beri peluang kifarah ke atas segala dosa dosa saya selama ini. Ujian yang diberi ini hanya sekelumit berbanding nikmatnya yang tidak terhitung. Saya bersyukur masih boleh bernafas, masih boleh makan(lagi bertambah selera), masih boleh berjalan dan yang paling penting masih boleh solat seperti biasa dan membaca Al-Quran!Subhanallah...
"MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?"
(AR-RAHMAN;13)
Banyak lagi yang saya ingin kongsi. Terima kasih buat sahabat yang mendoakan. Moga Allah akan memperkenankan juga doa kalian..Perjuangan saya masih panjang.
Dah lama tak berupdate, dari minggu lepas sampailah minggu ni sibuk sebab asyik berulang alik ke hospital. Bukan sebab menjalankan tugas tapi sebagai pesakit dan membawa anak anak ke Institut Paediatrik. Saya baru disahkan menghidapi penyakit Tuberkulosis paru paru aktif/Active Pulmonary Tuberculosis(TB). Terkejut? Saya lagilah terkejut. Tapi itulah kehidupan. Setiap yang sihat pasti merasa sakit. Itu pasti. Setiap yang hidup pasti merasa mati. Itu juga pasti.
Hari Rabu bersamaan dengan 23 Januari 2013 tempohari, saya hantar sampel kahak ke makmal setelah batuk lebih kurang 2 bulan tak baik baik. 3 minggu sebelum tu saya dah pernah hantar sekali sampel kahak tapi keputusan ialah negatif. Mulanya saya bercadang untuk hantar sampel kahak untuk bakteria(sputum C&S) kerana saya sangkakan mungkin saya mendapat jangkitan paru paru dari bakteria yang degil kerana sebelum itu saya dah consume beberapa jenis antibiotik. Masa berborak dengan seorang kawan di jabatan, dia suggest kat saya untuk hantar sampel kahak untuk TB. Mulanya dalam hati berkata, "tak mungkin lah aku ada TB, selera makan ok je, takda loss weight pun(padahal ada beberapa staff tegur yang saya amat kurus)"..tapi masa tu saya rasa suggestion dialah yang menggerakkan hati saya untuk hantar sampel kahak untuk TB. Dalam pada menghantar tu memang saya langsung tak syak yang saya mungkin ada TB sebab saya dah lama tak tengok atau jumpa patient yang ada TB setelah tidak bekerja di jabatan perubatan. Tapi, saya terlupa mungkin kuman TB dah lama dalam badan dan bila ada peluang sistem imun saya lemah maka
Pada petang 23 Januari tu juga, saya memang sibuk dengan tugasan reporting scan. Tiba tiba je ada call dari lab technician IPR(Institut Perubatan Respiratori). Terasa jantung berdebar yang amat masa tu sebab saya tahu biasanya lab technician takkan call to inform anything melainkan ianya positif. Soalan pertama dia tanya ialah samaada kahak tu milik saya atau tidak. Of course la kahak saya kan, takkan la saya nak hantar kahak orang lain pulak :)). Saya rasa dia pun tak percaya bila tengok nama saya sebab saya pernah bekerja di IPR selama 4 bulan tahun 2011. Akhirnya, debaran saya sampai ke kemuncak bila dia kata, positiflah doktor...what?positive?? Selepas saya confirmkan dengan dia, terus rasa nak pengsan. Tapi saya kuatkan perasaan. Saya segera turun untuk buat chest x-ray. Dalam hati masa tu saya hanya fikirkan anak-anak. Siap je x-ray saya tengok sendiri filem tu dan saya boleh nampak apa yang selalu saya nampak pada pesakit TB yang pernah saya rawat sebelum ini. Betullah, patutlah lately ni saya kerap rasa badan tak sedap, pernah beberapa kali bangun malam sebab panas berpeluh peluh sampai basah baju(night sweat) dan patutlah batuk saya tak baik baik walau dah telan beberapa antibiotik.
25 Januari 2013 ialah hari pertama saya bersama ubat antiTB. Akurit 4 namanya. Sebelum Zuhur pada hari tu saya telan 4 tablet besar Akurit 4 dan satu tablet kecil Pyridoxine 10mg. Selepas solat, badan saya panas dan rasa lemah longlai. Saya tak ambil sebarang ubat demam dan malamnya demam beransur kebah. Malam itu juga adalah malam yang agak teruk sebab satu malam saya tidak lena tidur dek menggaru satu badan!Gatal seluruh badan tapi mujurlah tiada tanda rash atau tindakbalas pada kulit. Saya akan berjuang bersama antiTB selama 6 bulan sekurang kurangnya...setakat ni, rasa gatal gatal dah berkurang, syukur saya tidak mendapat kesan sampingan yang teruk. Anak anak turut makan ubat pencegah TB/TB prophylaxis kerana mereka ialah high risk group yang mempunyai sistem imun yang tidak kuat. Kasihan anak anak, tapi saya perlu tabah agar mereka juga kuat. Moga Allah lindungi mereka...
Allah Maha Besar. Sayangnya Allah pada saya dan Dia beri peluang kifarah ke atas segala dosa dosa saya selama ini. Ujian yang diberi ini hanya sekelumit berbanding nikmatnya yang tidak terhitung. Saya bersyukur masih boleh bernafas, masih boleh makan(lagi bertambah selera), masih boleh berjalan dan yang paling penting masih boleh solat seperti biasa dan membaca Al-Quran!Subhanallah...
"MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?"
(AR-RAHMAN;13)
Banyak lagi yang saya ingin kongsi. Terima kasih buat sahabat yang mendoakan. Moga Allah akan memperkenankan juga doa kalian..Perjuangan saya masih panjang.
ujian Allah SWT kepada umat-Nya kan...
ReplyDeleteSabarlah dgn ujianNya..
ReplyDeleteSaya doakan awak sembuh sepenuhnya..
Mmg bila kita sendiri yang sakit, kita seolah olah 'tak percaya' pada awalnya kan, sebab selama ni kita tengok pesakit yang sakit...
Salam
ReplyDeleteDulu kawan akak (dentist) pun Kena TB juga, waktu tu dia mgandung, Alhamdulillah tak de apa2 pada baby dia(sekrg dah besarpun) padahal dia tpaksa ambil banyak ubat2an.mungkin brjangkit dari her patient wallahualam. Lg pun malaysia banyak org luar masuk ...pyakit pun masuk juga le.
Tapi skrg dia dah ok
Sabar ye.
Jiran saya dulu pun kena TB... sangat kesian bila tgk dia asyik ulang alik ke hospital... skrang Alhamdulillah, dia dah sihat... saya pun tumpang gembira :)
ReplyDeleteSaya doakan Fadilah juga akan kembali sihat macam jiran saya tu, amin! Be strong :)
Kesiannya Doktor... sedih saya mendengarnya.
ReplyDeleteTiap penyakit ada ubatnya, saya doakan moga Doktor akan pulih spt sediakala.
semoga dipermudahkan segala-galanya...insyaAllah...
ReplyDeletetake care
MOga Allah beri kekuatan, kesabaran dan kesembuhan pada Dilla.
ReplyDeletePenyakit nak dtg kita tak dapat menduga tapi utk sembuh pasti ambil masa.
Salam Fadilah..
ReplyDeleteSubhanallah.. semoga ujian ini dapat dilalui dengan penuh sabar.. Semoga mendapat kesembuhan yang sepenuhnya juga, insyaAllah.. Take care ya..
Sy doakan awak cpt sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteJgn risau. Awak pasti sembuh (dgn izin Allah)
smoga sirna tabah & bsabar dgn ujianNya.lya faham sgt ... tp untung jgk sirna seorg doc, jd.. byk mde y tahu.
ReplyDeleteSalam perkenalan dear.
ReplyDeleteSemoga tabah hadapi ujian ni yer. Setiap yg blaku pasti ade hikmah & kuatkan smngat.
Allahu Akbar! sesungguhnya ujian tu takkan datang melainkan Allah memang tahu kita berupaya menanganinya...moga Diberi ketabahan, insyaAllah ....cuti lama la jawabnya...... Dots kena gi klinik gak ke atau diaorg bagi bawak balik?
ReplyDeleteMA saya, bawak wife dia jumpa saya utk cek ngandung, dan sbb batuk tak baik2...rupanya ada Tb gak..tp skrg nampak dah ok, dah gemuk semula...
salam kak...
ReplyDeleteakak bykkan sabar yer..teruskan berdoa...kami kat sini pun mendoakan akak cepat sembuh hendaknya...amin...