Pages

January 26, 2013

Cukuplah Allah bagiku

Assalamualaikum semua...

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...Salam maulidurrasul semua, kalau di Johor orang sambut Maulidurrasul sampai sebulan..Moga kita sentiasa mengingati Rasulullah kerana baginda tak pernah melupakan kita...Berikanlah kami syafaatmu di akhirat kelak ya Rasulullah...

Lama tak update, maaflah tuan blog ada banyak kekangan. Kekangan masa, kekangan kesihatan...Saya kembali bekerja Isnin yang lepas, kembali bekerja dengan penuh semangat. Hari pertama saya sudah incharge scan yang bersusun. Pesakit rata rata merupakan pesakit kanser yang baru di diagnosa. Agak gementar kerana sudah lama tidak bekerja, bimbang melakukan kesilapan kerana kerja saya melibatkan manusia. Namun perancangan Allah itu lebih besar dari yang saya jangkakan. Hari ketiga bekerja saya dikejutkan dengan suatu perkara yang tak terduga. Hampir terduduk. Tapi saya bangun. Kita hanya manusia biasa yang tak dapat lari dari rutin hidup biasa. Dan juga tak dapat lari dari di uji dan di rundung masalah. Menangis boleh, tapi usah meratap. Cukuplah Allah bagiku...Cukuplah Allah bagiku...Setiap yang Allah beri itu ada seribu satu hikmah tersembunyi...Kadang sampai kita juga kurang mengerti, sweetkan Allah? Kita mahu cintaNya maka perlu melalui ujianNya..


Selamat berhujung minggu buat semua...minggu ni memang ramai yang bercuti panjangkan sampai hari Isnin..Selamat bercuti dan menghabiskan saat terindah bersama keluarga tercinta...Saya juga bercuti, tapi cuti kali ini ialah cuti sakit yang panjang...Keluarga jugalah penguat saya waktu ini, en hubby kata dia tetap sayang saya walau apa pun terjadi, bila saya sakit lagi dia sayang(saya percaya itu juga kata hatinya). Terima kasih wahai suamiku, moga rumahtangga ini berkekalan hingga ke akhirat...amin:)


10 comments:

  1. Semoga tabah hadapi dugaan dan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. take care. Gunakan kesempatan bercuti pjg ni utk betul2 rehat.

    ReplyDelete
  3. Semoga tabah hadapi ujian.. Allah sayangkan kamu..

    ReplyDelete
  4. Cuti sakit panjang? semoga cepat baik dan kuatkan semangat... Amin, semoga suami terus setia di sisi, waktu susah dan waktu senang :)

    ReplyDelete
  5. Sakit??.

    Suspen saya, sakit apakah itu. Tersalah makan lalu bentan ke?. Haihhh risau dibuatnya dgn statment Dr. Sirna ni. Apa2pun moga cepat sembuh dan berehat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. ujia ni datang tanpa kita menduga. yang penting yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk kita.

    ye.. :)

    ReplyDelete
  7. Doa kakak juga moga Fadilah redha atas segala ujian yg Allah berikan ini. Moga ada kesembuhan yg terbaik juga hendaknya...

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh, semoga tabah dengan ujian yang diberi, mohon kekuatan dari Allah, tepat sekali, cukuplah Allah sebagai penolong dan pelindung.

    ReplyDelete
  9. what happen? lama ke mc ni? hope everything goes well and get well soon

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!