Pages

December 28, 2012

Tip hilangkan panas baran

Salam semua...

Hari ni Jumaat terakhir. Ya, terakhir dalam tahun 2012. Masa berlalu tanpa kita sedari. Moga 2012 memberi   impak yang baik dalam kehidupan kita sehari hari. Lupakan kenangan yang pahit kelat. Lupakan memori yang merobek jiwa...ehcehwah..

Pernah tak anda berdepan dengan orang yang panas baran?Atau kita sendiri yang panas baran?Heheh..saya akui setiap insan takkan terlepas dari rasa amarah. Namanya pun manusia. Bezanya cara kita kawal baran tuh. Siapa tak baran kalau disakiti, dikhianati atau tak dapat sesuatu diingini?Tapi, kita harus ingat marah ni macam api yang disimbah minyak. Semakin disimbah semakin marak. Siapa yang simbah kalau bukan syaitan laknatullah dan nafsu dalam diri. Jadi, saya nak berkongsi sikit tip hilangkan panas baran. Dapat info ni pun dari majalah solusi isu 49. Ada 3 cara iaitu melalui fizikal, psikologi dan islam.

Tip hilangkan panas baran cara fizikal:

1)Giatkan diri dengan pelbagai kegiatan luar
   Badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi
2)Kerap bersenam walaupun sebentar
   Bersenam mengurangkan paras keresahan, muram dan rasa rendah diri
3)Ubah diet pemakanan
   Merubah diet yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan berkeyakinan.
4)Kurangkan pengambilan kopi
   Kafein ialah bahan peransang dan jikan berlebihan ia akan menimbulkan keresahan, menganggu ketenangan minda dan memepercepatkan denyutan jantung.
5)Jaga pemakanan
   Lebihkan serat dan sayuran sayuran. Kurangkan memakan daging merah, protien dan herba.
6)Berhenti merokok
   Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru paru lebih baik dan pernafasan lebih licin dan selesa.

Tip hilangkan panas baran cara psikologi:

1)Berfikir secara positif dan tenang
   Belajar meluahkan kemarahan secara positif kerana ia boleh menukar tekanan menjadi kekuatan.
2)Elakkan daripada memekik atau bertindak agresif
   Luah perasaan yang dirasai pada masa, keadaan dan tempat yang sesuai
3)Tarik nafas panjang dan dalam dalam
   Banyakkan membaca buku motivasi
4)Kenali diri
   Kenali diri dan faktor yang menjadi pemicu sifat panas baran. Kawal diri setiap kali faktor itu datang.
5)Bezakan perkara dalam kawalan diri atau sebaliknya
   Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan, marah tidak akan mengubah apa apa. 
6)Dapatkan nasihat dan bimbingan
   Jika masih sukar dikawal, temui ustaz, ulama, guru, kaunselor atau pakar psikiatri.

Tip hilangkan panas baran cara islam:

1)Mengubah posisi
   Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
   "Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan. Dan jika tidak, maka hendaklah dia berbaring."(HR Muslim)
2)Berwuduk
   Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
   "Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah maka hendaklah berwuduk."(HR Muslim)
3)Membaca ta'awuz
   Lafaznya ialah "Auzubillahiminassyaithonirrojim". Maksudnya: "Ya Allah, lindungi aku daripada syaitan yang direjam".
4)Berzikir
   Banyak berselawat, bertahmid, dan bertakbir.
5)Kawal lisan
   Berdiam diri dan jangan bertutur kerana ramai manusia merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.
6)Minum air
   Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan
7)Berkata kepada diri
   Alihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

Moga dapat di amalkan, insyaAllah. Take care semua:)

10 comments:

  1. hehehe
    rasa2 macam tak panas baran pun
    tapi xtau la kan
    apa2pun nice entry sis :-)

    ReplyDelete
  2. Sy susah nak mrh org. Tapi sekali, mrh, mmg teruk. Sy tak suka. Merenggang persahabatan. Skg ni, sy lebih byk pk rasional. Istighfar je byk2.

    ReplyDelete
  3. saya kalau marah, biasanya akan diam. saya tak reti marah marah dengan kata kata. tak reti. atau mungkin belum reti.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Terima kasih atas perkongsian yang baik.. Tips yang bagus untuk memperbaiki diri yg banyak kekurangan ini.. semoga kita semua dapat menjalani hidup kita dengan lebih baik lagi, insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. wak pon kadang2 baran jugakk..,ahhKks

    ReplyDelete
  6. Salam Kenal..

    Tips ni amat berguna kepada sesiapa yang cepat marah. Kadang2 kita manusia biasa pon cepat marahkan. Thanks share..!
    Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

    Blog Qashmere
    Take Care Sis

    ReplyDelete
  7. nak kena selalu cuba tips2 yg dikongsi tu. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Buat lelaki2 baran di luar sana.. satu yg saya nak pesan, hilangkan baran tu.. sbb..

    ".. byk kes kecurangan isteri berpunca dari suami yg baran."

    Ecewah.. dah mcm pegawai Pejabat Agama pulak I bercakap.. kekeke..

    ReplyDelete
  9. Ok lah..

    saya akan berenti merokok..


    heeeee.....

    ReplyDelete
  10. Saya akan cuba kurangkan marah tahun depan..hu hu

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!