Pages

December 27, 2012

Feri oh feri!

Salam semua....

Kami sekeluarga tak berjalan mana pun masa ke Penang haritu. Lepas je saya habis interview packing barang dan checkout dari homestay. Homestay di Bertam ni quite affordable dan selesa. Tak terambil pula gambar(as usual):P. Anyway tak puas ke Penang, hajat di hati nak pergi lagi.

Untuk beri anak anak sedikit kenangan sebab xda berjalan mana kami bawa mereka pusing ke Georgetown menaiki jambatan Pulau Pinang then balik ke Butterworth naik feri. Mikael dan Muaz suka amat. Kebetulan kereta kami di hadapan sekali kat kepala feri. Best. Ini rasanya kali ketiga naik feri di sini. Buat anak anak kali pertama dan of course mereka sangat excited.

Inilah kapten feri tuh..see the face:)

Muaz gayat jadi kena dukung budak yang berat dekat 15kg ni..

mama suruh buat peace tapi diaorang jelir lidah pulak dah..



baru nak buat peace tapi mata pandang lain

Pada mikael, dia memang seronok sangat. Siap suruh pusing naik feri sekali lagi. Mikael tanya kenapa bot ni besar sangat. Gelak je saya dan hubby. Terus bagitahu ini bukan bot la abang, ini feri.  Muaz macam biasa tak heran pun, mungkin kecil lagi jadi belum pandai appreciate. Ini kalau menetap di Penang mahu di ajak mikael naik feri hari hari..hihi. Ok, next time InsyaAllah nak ke Penang lagi. Boleh jumpa Najwa kat sana. 

10 comments:

  1. hahahhaha!!!
    dah gaya Rockers dah jadiknya!!

    ReplyDelete
  2. Salam Fadilah..

    seronok anak2 dapat naik feri ya..

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhhhh! Syoknya jln2! Sy hujung thn ni tak g memane pun.

    =(

    ReplyDelete
  4. bestnya naik feri
    lama xnaik feri dekat Penang :-)

    ReplyDelete
  5. Interview apa?

    Bestla budak2 naik keta atas feri, saya pun gayat kot

    ReplyDelete
  6. Andakah yg sedang mendukung anak itu?. Sungguh manis orangnya Pn Dr sorang ni.

    Seronoknya gi Penang... terserlah keriangan di wajah you all.

    ReplyDelete
  7. Jelir lidah tu lagi cantik dari buat peace. Nampak gaya mereka berdua kakak yg suka - tak mahu yg buat-buat biar yg spontan macam tu nampak ceria:)

    ReplyDelete
  8. Bestnye naik feri! teringin nak pegi penang. Mesti letak dalam to-go-list next year.

    ReplyDelete
  9. dah berbelas thn x naik feri,,

    hihi syok hero tu..leh naik feri

    ReplyDelete
  10. @Mama2Q

    interview program master..

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai...Terima Kasih ya...Nanti komen lagi tau!